Wednesday, January 28, 2015

kajian kata kunci


Kajian Kata Kunci bagi Optimisasi Minisite

Kajian kata kunci ialah sistem yang terdiri daripada beberapa langkah utama.Ia kerapkali digunakan oleh Pakar Optimisasi Laman Web bagi mengkaji perkataan-perkataan sebenar yang digunakan oleh pengguna enjin carian dalam melakukan carian mereka.Ia langkah penting dalam membuat minisite yang menjual kerana ia adalah punca utama yang membawa pengguna enjin carian ke minisite kita.

Kajian kata kunci dilakukan dengan bantuan beberapa perisian online.Terdapat dua jenis perisian kajian kata kunci iaitu:

1)Perisian berbayar

*Perisian ini perlu didownload selepas dibeli
*Ia dipasang pada komputer dan memerlukan talian internet untuk berfungsi.
*Harga bagi perisian ini biasanya antara USD45 hingga mencecah ribuan dollar.
*Ia mempunyai keupayaan yang tinggi seperti carian kata kunci yang pantas,paparan data yang merangkumi banyak aspek dan fungsi menyimpan hasil kajian kata kunci .

2)Perisian percuma

*Perisian kajian kata kunci dalam kategori ini berbentuk perisian online.
*Perisian hanya dapat diakses daripada pelayar web dengan syarat komputer kita memiliki talian internet.
*Kualiti perisian kajian kata kunci percuma tidak kurang hebatnya berbanding perisian berbayar
*Perbezaan utama perisian percuma berbanding perisian berbayar adalah ia tidak disediakan fungsi menyimpan hasil kajian kata kunci.Tetapi masalah ini dapat diatasi dengan menyimpan hasil kajian kata kunci secara manual iaitu dengan menyalin semula atau copy and paste.

Tutorial ini menggunakan perisian percuma kerana dua faktor:

*Ia tidak melibatkan penambahan kos.Lebih-lebih lagi kualitinya tidak jauh berbeza
*Ia lebih mudah diakses oleh semua pembaca .Talian internet kini adalah sesuatu yang wajib bagi sesebuah perniagaan.

Google Adwords Keyword Tools

Perisian percuma yang digunakan adalah yang dikeluarkan oleh Google sendiri iaitu Google Adwords Keyword Tools.Ia dapat diakses di alamat https://adwords.google.com/select/keywordtoolexternal

Google Adwords Keyword Tools memiliki fungsi-fungsi penting yang memudahkan kajian kata kunci kita seperti berikut:

1.Dapat menyusun data-data kajian kata kunci

Kita dapat menyusun hasil kajian kata kunci supaya lebih mudah dibaca dan dianalisa.Susunan yang kerap kita guna adalah susunan mengikut jumlah carian

2.Dapat download hasil kajian kata kunci

Perisian percuma ini juga mempunyai fungsi yang sama seperti berbayar.Perisian percuma daripada Google ini membenarkan penggunanya mendownload hasil kajian kata kunci yang mereka lakukan.Namun fungsi ini masih tidak sempurna daripada segi penggunaannya yang kurang efisien.

Data-data kajian kata kunci yang didownload tidak dapat diproses dahulu.Format download yang dibenarkan adalah format.csv yang dapat diakses menggunakan perisian Microsoft Excel dan juga format .txt yang dapat diakses menggunakan perisian Notepad.

Kajian kata kunci minisite


Selepas minisite Google Adwords Keyword Tools dipaparkan ,fokus kajian kata kunci bagi negara Malaysia sahaja.Kita boleh memfokuskan kajian kata kunci pada mana-mana negara bagi pelbagai bahasa.Antara bahasa yang boleh menjadi pilihan adalah English USA,English UK,Chinese,Japanese,bahasa Indonesia dan pelbagai lagi bahasa utama dunia kecuali bahasa Melayu.

Buat pilihan bahasa Inggeris (English) dengan negara fokusnya Malaysia

Google menyimpan perkataan tidak dikenalinya sebagai daftar salah eja bahasa Inggeris.Jadi banyak perkataan bahasa Melayu didaftarkan sebagai salah eja bahasa Inggeris dalam direktori perkataan Google.

Ikuti langkah berikut bagi membuat kajian kata kunci fokus:

1.Klik 'Edit'
2.Buat pilihan bahasa yang dikehendaki dan negara fokus.Pilih English USA dan Malaysia
3.Isikan ruang kata dengan kata kunci umum bagi pasaran kita.
4.Taipkan huruf-huruf CAPTCHA diruang bawah.Ini adalah langkah berjaga-jaga oleh Google bagi memastikan manusia sebenar yang menggunakan servisnya.Mereka tidak mahu server mereka dibebani oleh arahan-arahan automatik daripada pihak ketiga.
5.Klik pada butang “Get Keyword Ideas' bagi melakukan kajian kata kunci.

Daripada keputusan yang dikeluarkan ,kita boleh mengikut kriteria yang kita mahukan.Contohnya kita mahu menyusun mengikut jumlah purata bilangan carian setahun.

Caranya klik pada ayat 'ApproxAvg Search Volume'.Simbol anak panah segi tiga ke bawah menunjukkan susunan dilakukan dari jumlah tertinggi ke jumlah terendah.Ini memudahkan kita memilih kata kunci yang memiliki jumlah carian tertinggi.

Kajian kata kunci perlu dilakukan berulangkali dengan pelbagai kombinasi kata kunci bagi mencari kata kunci yang mempunyai banyak carian.Kata kunci yang menjadi pilihan dapat disimpan dalam satu dokumen berasingan.

Saya menggunakan perisian Notepad iaitu akses di start>accecories>Notepad bagi menyimpan senarai kata kunci pilihan.

Notepad antara perisian yang ringan dalam komputer dan mudah digunakan.Perisian lain yang sesuai digunakan adalah Microsoft Word dan juga Microsoft Excel.
Disarankan membuat satu folder bagi menyimpan segala bahan-bahan minisite supaya mudah diakses dan mudah dicari apabila diperlukan.

Pilih carian set kata kunci yang mempunyai sekurang-kurangnya dua patah perkataan.Contohnya kambing boer,roti kaya,kata-kata hikmat,Perdana Menteri Malaysia dan seumpamanya.

Kata kunci yang mempunyai lebih banyak perkataan adalah lebih mudah dikuasai berbanding kata kunci tunggal.Ia lebih releven dengan carian pengguna enjin carian seterusnya meningkatkan CTR atau Click Through Rate iatu kadar klik berbanding paparan pada keputusan enjin carian.

Bedah siasat minisite pesaing menggunakan minisite carian

Salah satu cara yang mudah ,cepat dan murah bagi melakukan kajian kata kunci adalah melalui kaedah bedah siasat minisite pesaing.Ini adalah teknik yang pantas kerana biasanya minisite pesaing yang mempunyai senarai kata kunci yang releven dengan pasaran kita.Kita boleh melihat dan mengenalpasti kata kunci yang digunakan oleh minisite pesaing kita.

Teknik pertama dalam bedah siasat minisite adalah menggunakan enjin carian google dan juga enjin carian yang lain seperti Yahoo dan MSN.Gunakan pelayar web Internet Explorer ataupun pelayar web sedia ada.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1.Taip alamat Google http://www.google.com
2.Masukkan kata kunci di kotak carian yang disediakan .Kemudian klik butang “Search Now' atau tekan butang 'Enter' pada papan kekunci kita.Keputusan carian dipaparkan.
3.Klik link pertama yang muncul dalam senarai keputusan carian itu.Kita dibawa ke minisite yang paling releven dengan kata kunci carian kita.
4.Selepas minisite itu dipaparkan ,lihat kod-kod pengaturcaraan minisite itu bagi mengenalpasti kata kunci yang digunakan pada bahagian metatag minisite itu.
5.Klik butang kanan mouse dan pilih 'View Source'
6.Dalam paparan itu ,cari perkataan <meta name=”keyword”>.Pada meta name perkataan keyword diganti dengan perkataan-perkataan lain yang dijadikan kata kunci oleh pemilik minisite.
7.Kumpulkan senarai kata kunci yang terkandung di dalam metatag itu Contohnya <meta name=”Bengkel,Ipsah”>,ini adalah kata kunci yang digunakan oleh minisite itu bagi menarik trafik daripada enjin carian.

Ulang langkah dua hingga empat pada laman web di kedudukan kedua,ketiga,keempat dan kelima yang dipaparkan dalam keputusan carian Google.

Apabila selesai melakukan bedah siasat pada kelima-lima minisite itu,senarai kata kunci kita sepatutnya sudah mencecah 50 hingga 60 set kata kunci.

Sekiranya masih belum mencukupi ,lakukan bedah siasat pada laman web di kedudukan keenam hingga kesepuluh dalam senarai keputusan carian oleh enjin carian Google.

Bagi lebih banyak kata kunci yang lebih menyeluruh,gunakan enjin carian Yahoo dihttp://search.yahoo.com dan MSN http://www.msn.com. Lakukan carian dan bedah siasat minisite yang mempunyai kedudukan pertama hingga kelima dalam keputusan carian yang dipaparkan.

Kumpul dan simpan senarai kata kunci yang diperoleh di dalam satu dokumen supaya mudah digunakan pada masa akan datang.

Bedah siasat laman web pesaing menggunakan Google Adwords Keyword Tools

Perisian Google Adwords Keyword Tools menyenaraikan kata kunci yang dikesan mengikut formula Google Adwords Keyword Tools.Ia memaparkan kata kunci itu bersama-sama dengan data jumlah carian bagi setahun.Jumlah carian bulan sebelumnya dan juga jumlah minisite pesaing yang ada bagi kata kunci itu.

Langkah-langkah menggunakan teknik ini adalah seperti berikut:

2.Klik perkataan “Website Contain” bagi mengaktifkan fungsi kajian kata kunci berdasarkan isi kandungan laman web.
3.Masukkan alamat laman web pesaing yang didapati daripada keputusan carian Google sebelum ini ke dalam kotak yang disediakan.Masukkan alamat ke “Enter Web Page URL”.
4.Klik 'Get Keyword Idea Now'.Keputusan yang dipaparkan adalah menyerupai keputusan semasa melakukan kajian kata kunci.

Bedah siasat minisite pesaing menggunakan Keyword Density Tool

Keyword Density Tool adalah satu perisian kajian online yang menyenaraikan kata kunci yang terdapat dalam perenggan sesebuah minisite mengikut jumlah penggunaan perkataan kata kunci itu.Ini membolehkan kita mengetahui kata kunci apa yang digunakan oleh pesaing.

Berikut adalah cara penggunaannya:

2.Masukkan alamat url minisite pesaing anda dan klik 'Go'.
3.Keputusan carian dipaparkan.

Daripada keputusan itu dapat kita lihat minisite pesaing menggunakan kata kunci tertentu yang membolehkan ia mendapat kedudukan yang tinggi.

Perisian ini mampu menyenaraikan kata kunci dengan dua dan tiga perkataan.Ini memudahkan lagi usaha memgumpulkan kata kunci yang berkesan daripada laman web pesaing kita.Kata kunci ini dapat digunakan semula.

Tips-tips memilih nama domain

Nama domain ialah alamat url yang digunakan pada laman web kita.Contoh nama domain adalah seperti berikut:


Nama domain adalah unik dan khusus bagi satu-satu pengguna.Tidak boleh wujud dua nama domain yang serupa.Http://www.botys.com dan http://www.Botys.net adalah dua nama domain yang berbeza.

Sekiranya domain yang dimahukan sudah dibeli orang lain ,semak sama ada ia sudah digunakan bagi TLD(Top-Level Domain) yang lain.Antara TLD ada adalah seperti berikut:

1. .com
2. .net
3. .com.my
4. .my
5. .org dan lain-lain

Memilih nama domain adalah sama seperti memilih nama anak.Kita mahukan ia mempunyai sebutan yang sedap didengar,mudah diingati dan juga mempunyai makna yang tersendiri.

Sepuluh tips memilih nama domain yang terbaik

Gunakan kata kunci dalam nama domain.Contohnya susu.com,bengkel.com.kereta.com.Ini bagi meningkatkan kedudukan minisite itu dalam keputusan carian Google.Google mementingkan kata kunci dalam nama domain sebagai salah satu kriteria utama memilih minisite yang releven.

Gabungkan USP(Unique Selling Point) dalam nama domain.Contohnya sususedap.com,bengkelmudah.com,keretamurah.com.Ini bagi menggoda pelayar web supaya memasuki minisite kita daripada paparan keputusan carian Google.

Gabungkan jenama kita dalam nama domain itu.Contohnya Susuketereh.com,burgerramli.com,mihaz4x4.com,keretaproton.com.Kajian menunjukkan memaparkan jenama sejak dari awal lagi meningkatkan perkaitan produk kita dengan jenama kita.

Pastikan nama domain tidak melebihi dua patah perkataan atau tidak melebihi 13 huruf.Ini tidak termasuk TLD.Sekiranya panjang nama domain itu sukar diingati.

Pastikan nama domain tidak mengandungi perkataan yang negatif seperti bodoh,hitam,seks dan perkataan-perkataan lain yang mampu mengundang kontroversi .Ia memberi impak yang tidak bagus kepada bisnes kita.

Pertimbangkan perkataan-perkataan yang digunakan oleh sasaran pasaran atau target kita .Contohnya Fuiyoo.com dan Sempoi.com adalah nama domain untuk pasaran remaja.Offside.com dan theReds.com adalah domain untuk peminat bola sepak.Ini membuatkan minisite kita lebih mudah diingati oleh pasaran sasaran kita.

Gunakan sahaja nama perniagaan sebagai nama domain sekiranya nama perniagaan kita sudah mengandungi kata kunci yang dimahukan.Contohnya Norazahkatering.com,kelapaJeliKT.com dan PerabotAzman.com.

Kita boleh memiliki lebih daripada satu nama domain bagi minisite.Sekiranya kita mempunyai dua ataupun lebih nama domain yang mahu dimiliki,jangan teragak-agak membelinya .Ini kerana kita boleh memiliki banyak nama domain tanpa had bagi satu-satu minisite.

Selepas dibeli nama-nama domain itu boleh dihalakan kepada satu server fail sahaja.Ia seperti memberikan banyak nama timangan kepada seseorang.Nama-nama timangan itu masih merujuk pada seorang sahaja.Nama-nama domain itu masih merujuk pada sebuah minisite sahaja.

Ambil kira penggunaan sub-domain dalam memilih nama domain.Contoh sub-domain adalah seperti berikut:

1.ro.botys.com
2.computer.about.com
3.del.icio.us

Contohnya perniagaan berkenaan IT,kita boleh membeli nama domain Itsenang.com dan gunakan produk kita sebagai sub-domain seperti:

1.komputer.Itsenang.com
2.tetikus.itsenang.com
3.servis.itsenang.com

Sub-domain tidak memerlukan pembayaran,ia hanya perlu diset dari panel hosting kita.

Gunakan servis percuma Nameboy.com di http://www.nameboy.com bagi memudahkan kita mengimbas dan memilih nama domain yang di mahukan.

Taip kata kunci utama di ruangan 'Primary Word' dan kata kunci sekunder di ruangan 'Secondary Word' dan kemudian klik 'Go nameboy Go' bagi semakan.

Dalam minisite ini ,keputusan carian yang berwarna hijau bermaksud nama domain itu boleh dimiliki manakala keputusan yang berwarna merah sudah tidak boleh d imiliki.

Harga nama domain bergantung pada TLD pilihan kita.TLD.com dan net berharga kurang daripada RM50.00 setahun dan TLD.com.my berharga RM100.00 setahun.TLD terbaru daripada MyNIC adalah .my yang berharga RM150.00 setahun.Kita boleh menghubungi sales@primaya.com bagi mengetahui proses lebih lanjut dalam pembelian nama domain.

Kata kunci pada skrip jualan Skrip jualan

Skrip jualan pada minisite kita mempunyai perkataan yang dijadikan kata kunci ,yang dijadikan bahan carian pada Google.Selepas menulis teks skrip jualan pada minisite jualan,masukkan perkataan-perkataan yang dicari oleh pelanggan berkenaan produk dan perkhidmatan pada skrip jualan.Perkataan-perkataan itu boleh dikenal pasti menggunakan Google Adwords Keyword Tools.

Pastikan tiada kata kunci yang melebihi 10 peratus ini kerana kepadatan yang tinggi membuatkan minisite ditanda oleh enjin carian sebagai cubaan menipu mereka.Laman web yang didapati cuba menipu enjin carian di halang daripada dipaparkan pada keputusan enjin carian mereka.

seo


Cara mudah dikesan pelanggan

SEO untuk kadar trafik yang tinggi

SEO ialah akronim bagi Search Engine Optimization.Ia adalah teknik bagi meningkatkan kedudukan dalam paparan keputusan carian.Contohnya apabila kita mencari laman web dengan kata kunci 'cara buat ebook',blog http://ro.botys.com muncul pada Google sebagai pilihan pertama.

Laman web blog itu menggunakan beberapa teknik SEO bagi meningkatkan kedudukannya dalam carian Google bagi kata kunci 'cara buat ebook'.Kedudukan yang tinggi dan berada dalam paparan pertama keputusan carian amat penting kerana biasanya hanya kedudukan pertama hingga ke sepuluh dilawati oleh pengguna laman web carian.

Sekiranya terdapat 1300 carian bagi kata kunci 'cara buat ebook',berkemungkinan besar kesemua pencari melawat laman web blog ro.botys.com.Pelawat inilah yang kita perlu supaya jualan di minisite kita dapat dilakukan.

SEO adalah teknik khusus yang diimplemen dengan mengambil kira kriteria-kriteria yang digunakan oleh enjin carian seperti Google bagi menentukan kedudukan laman web tertentu dalam paparan keputusan cariannya

Cara Google Mencari

Google berfungsi seperti editor.Ia menghantar spider atau crawler iaitu sejenis skrip pengaturcaraan ringkas bagi mencari,mengindeks dan menyimpan segala laman web yang wujud di ruang .internet.

Selepas laman web dikesan,Google mengenalpasti kata kunci bagi laman web itu dengan mengira jumlah perkataan yang mendominasi laman web itu.Contohnya Google mendapati blog ro.botys.com sangar relevan dengan kata kunci 'cara buat ebook'.Jadi blog ro.botys.com tersenarai dalam kedudukan teratas hasil carian.

Teknik SEO Onpage meningkatkan potensi carian

Teknik SEO terbahagi kepada dua bahagian iaitu SEO onpage dan SEO offpage.

Teknik SEO onpage

Teknik SEO onpage adalah teknik yang dilakukan ke atas kod HTML laman web.Kita perlu tahu cara membaca dan mengubahsuai kod HTML.Ia hanya memerlukan kemahiran pengaturcaraan yang amat minimum dan amat mudah dilakukan.

Pertama sekali kita melihat kod HTML minisite yang mahu diubahsuai.Ini boleh dilakukan dengan menekan tab'source' di bahagian bawah perisian Kompozer.

Teknik SEO onpage yang pertama adalah metatag.Ini adalah teknik mudah yang hanya memerlukan kita menaip perkataan berikut:

<meta name=”description” content=”SusuSedap.com adalah laman web berkenaan Susu dan teknik khas bagaimana membuat susu sedap untuk dinikmati seisi keluarga.Kami juga ada menjual susu dengan resepi kami yang tersendiri untuk mereka yang tidak mempunyai kelapangan.”/>

<meta name=”keyword” content=”susu sedap,susu enak,susu strawberi,susu cameron highlands,beli susu sedap,resepi susu sedap”/>

Metatag description ialah teks yang dipaparkan dalam keputusan enjin carian.Ia penting kerana ia adalah teks pertama dilihat oleh pengguna dalam enjin carian berkenaan minisite kita.Teks itu mempunyai daya tarikan yang tinggi apabila pengguna enjin carian menemui minisite bisnes kita pada carian Google.

Meta keyword ialah senarai kata kunci laman web yang kita mahu enjin carian letakkan kedudukan.Analoginya adalah kita mengundi diri sendiri bagi kata kunci yang di-ingini .
Kata kunci ini ditulis dan diasingkan dengan menggunakan tanda bacaan koma bagi memisahkan antara satu sama lain.Kita perlu mengubah isi dalam 'quote content ' sahaja.

Sesudah menyediakan meta description dan meta keyword,letakkan ia dalam tag head pada kod HTML.

Teknik seterusnya dalam SEO onpage adalah meletakkan kata kunci ke dalam tag-tag pilihan

tag title

Tag title adalah teks yang muncul di bar window bahagian atas.Kod HTML bagi tag title adalah <title>letakkan kata kunci atau tajuk utama laman web<title>

Perkataan SusuSedap.com pada bar window diubah di tag title pada kod HTML di source.

Tukarkan tag title Delicious Fruit pada <title> kepada perkataan 'SusuSedap.com,susu yang sedap untuk pilihan keluarga yang sihat dan gembira'.

Tag heading

Tag heading adalah elemen HTML bagi menunjukkan teks di dalamnya perlu dipaparkan sebagai tajuk bagi perenggan itu.Kod HTML bagi tag heading adalah:

<h1>letakkan kata kunci</h1>,<h2>letakkan kata kunci</h2> dan <h3>letakkan kata kunci</h3>

Tajuk perenggan perlu relevan dengan isi kandungan perenggan perlu releven dengan isi kandungan perenggan .Jadi perkataan dalam tag heading perlu diberi penekanan berbanding teks dalam perenggan bagi paparan pada enjin carian.

Tag alternate(alt)

Tag alternate adalah tag yang mengandungi teks yang dipaparkan apabila kursor berada di atas satu-satu elemen.Antara elemen yang mempunyai tag alternate adalah tag imej(img)
Contohnya:

<img style=”width:159px;height:140px;”src=”images/demo_img.jpg” alt=”Buah Kiwi” class=”float_right”/>

Tag perenggan(p)

Tag perenggan (p).Pakar SEO menggalakkan kita meletakkan kata kunci pada perenggan pertama minisite.Ini bagi memantapkan lagi kepercayaan Google pada minisite kita dengan kata kunci itu.Caranya :
contoh <p>masukkan perenggan yang mahu dijadikan kata kunci</p>

Teknik SEO Offpage

Teknik SEO offpage ialah teknik SEO yang dilakukan di luar minisite kita.Ia adalah satu faktor yang tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh kita.Ini kerana teknik SEO offpage bergantung sepenuhnya pada backlink.Secara teknikalnya backlink merujuk kepada pautan daripada minisite lain pada minisite kita.
Bagi lebih mudah memahaminya ,cuba bayangkan situasi berikut:

Tuan Kasman mempunyai sebuah minisite www.kasmanpindah.com yang menyediakan perkhidmatan lori sewa bagi pemindahan perabot dan muatan berat yang lain.

Puan Sharipah pula adalah pemilik Sharipah Katering SDN BHD yang menyediakan perkhidmatan katering kenduri dan majlis makan yang lain .Puan Sharipah kerap menggunakan perkhidmatan Tuan Kasman ,beliau berpuas hati dengan perkhidmatan Tuan Kasman yang bagus dan tepat pada waktunya.

Puan Sharipah meletakkan pautan minisite Tuan Kasman pada minisite beliau,www.sharipahkatering.com seperti berikut <a href=”www.kasmanpindah.com”>Kasman Pindah Cepat dan Tepat</a>.

Merujuk pada kod HTML elemen pautan <a> di atas ia adalah backlink daripada www.sharipahkatering.com kepada www.kasmanpindah.com dengan kata kunci 'Kasman Pindah Cepat dan Tepat'.

Google dan enjin carian yang lain peka dengan backlink yang menuju ke minisite kita.Semakin banyak jumlah backlink semakin tinggi kedudukan minisite kita dalam enjin carian.

Merujuk contoh yang sama ,Google mendapati minisite www.sharipahkatering.com mengundi minisite www.kasmanpindah.com bagi kata kunci “Kasman Pindah Cepat dan Tepat'.Sekiranya ada pelayar yang cuba mencari melalui Google dengan kata kunci itu,minisite Tuan Kasman mendapat tempat pertama sekiranya tidak ada minisite lain yang mendapat undi yang sama.

Backlink dan SEO

Backlink adalah satu unsur yang penting dalam teknik Search Engine Optimization atau SEO.Sekiranya kita cuba mencari kata kunci SEO technique ,hampir ke-semuanya menceritakan teknik mendapatkan backlink.SEO seolah-olah sinonim dengan perkataan backlink.

Mendapatkan backlink dengan memberi komen di blog

Terdapat beberapa cara mendapatkan backlink daripada minisite yang lain.Antaranya adalah dengan cara memberi komen di blog orang lain.Teknik ini mudah dilakukan,ia terdiri daripada tiga langkah berikut:

1.Layari http:www.technorati.com dan lakukan carian dengan kata kunci yang berkaitan dengan minisite kita.
2.Klik keputusan yang dipaparkan dan baca artikel yang ditulis
3.Isikan ruangan komen dengan pendapat yang bernas dan tambah pautan ke minisite kita.Ruangan komen biasanya boleh diisi dengan kod HTML

Contohnya
Menurut saudara,tiada <a href=”http://www.sususedap.com”> susu yang sedap di dunia</a> ini .Saya Jamil daripada sususedap.com ingin mencadangkan supaya saudara mencuba produk saya.Ia pasti tidak mengecewakan saudara.”

Berikut beberapa tip dalam mendapatkan backlink ini

1.Gunakan bahasa yang mudah dan ringkas .Elakkan membuat karangan atau artikel sendiri di dalam ruangan komen mereka.

2.Kebanyakan blogger tidak gemar mereka yang cuba menunjuk pandai di dalam blog mereka.

3.Elakkan meletak banyak backlink dalam setiap komen kita.Ia hampir pasti tidak dibenarkan bagi paparan umum kerana pemilik blog itu tahu kita cuba melakukan link spamming.

4.Link spamming adalah aktiviti meletakkan backlink yang intrusif dalam bilangan yang banyak pada satu-satu masa.

5.Digalakkan lebih kreatif bagi mendapatkan bagi mendapatkan backlink daripada minisite yang lain.Gunakan teknik dan cara yang tidak konvensional asalkan ia tidak menyalahi etika yang membolehkan minisite kita disekat oleh enjin carian.

Mendapatkan backlink melalui forum

Forum ialah laman web yang menyediakan platform bagi penggunanya bertukar-tukar pendapat dan berdiskusi.Kebanyakan laman web forum membenarkan penggunanya meletakkan pautan selagi mana pautan itu relevan dengan isi perbincangan forum itu.

Gunakan laman web BoardReader,http://www.boardreader.com bagi mencari topik-topik yang releven dengan kata kunci kita.Taip kata kunci yang disasarkan dan klik 'Search'.Contoh kita mencari topik berkenaan susu lembu..

Blog sebagai senjata SEO

Blog berasal daripada perkataan Web-Log yang bermaksud log maklumat online.Daripada perkataan itu ia diringkaskan menjadi webblog dan seterusnya hanya tinggal blog.Blog adalah medium online yang semakin diterima ramai.Penggunaannya semakin meluas kerana ia mudah digunakan.

Blog percuma sebagai senjata SEO

Antara blog percuma adalah Blogspot http://www.blogspot.com dan Wordpress http://www.wordpress.com. Apabila kita sudah mendaftar di laman itu,kita diberi satu blog dengan nama pilihan anda.

Digalakkan menggunakan blog di wordpress.com berbanding blogspot.com kerana:

1.Bagi pengguna internet yang peka dan profesional ,blogspot,com adalah jenama yang sinonim dengan remaja ataupun spamblog.Imej blogspot.com kebanyakannya digunakan oleh remaja dan para pengamal internet marketer sahaja.

2.Blogspot.com sudah digunakan oleh ramai blogger.Malah blogspot.com adalah salah satu laman weblog yang terbesar di internet.Ini bermakna peluang kita mendapatkan alamat laman blog dengan kata kunci yang mesra SEO adalah tipis.Lebih.lebih lagi sekiranya kata kunci kita dalam bahasa inggeris.

3.Kebanyakan tema blogspot terlalu konvensional dan terlalu grafik.Ia tidak sesuai bagi menggambarkan blog yang bersifat bisnes yang benar dan berpotensi besar.

4.Tema blogspot juga terhad.Ini menyukarkan kita meletakkan gambar header baru dalam blog kita

5.Rekaletak dan reka grafik laman blogspot.com memerlukan kemahiran CSS yang tinggi.Ia tidak sesuai untuk mereka yang baru mendalami ilmu reka grafik minisite.

6.Blogspot tidak menyediakan statistik pengunjung .Statistik pengunjung adalah yang wajib ada pada setiap minisite.Hanya dengan statistik sahaja kita dapat mengesan kata kunci yang banyak dicari oleh pengunjung.Melalui statistik kita dapat mengesan minisite lain yang meletakkan backlink kepada minisite kita.Penyedia blog wordpress.com menyediakan servis ini secara percuma.

Blog Wordpress sebagai senjata SEO

Digalakkan kita menggunakan enjin blog wordpress yang dipasang di server hosting kita.Wordpress mempunyai dua jenis servis iaitu:

1.Servis Percuma yang boleh didapati di http://www.wordpress.com

2.Blog yang dapat dipasang di server hosting kita

Kaedah kedua memberi kita kawalan sepenuhnya bagi melakukan apa sahaja dengan blog itu.Sekiranya kita mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam pengaturcaraan PHP dan CSS,kita boleh mereka tema blog yang sangat unik dan khas bagi blog kita sahaja.

Terdapat juga laman web yang hanya menggunakan enjin wordpress sebagai laman web mereka.Dengan sedikit modifikasi dan penggunaan plugin atau aplikasi tambahan yang sesuai ,wordpress dapat digunakan sebagai minisite portal seperti Yahoo ataupun kelihatan seperti minisite statik

Teknik-teknik SEO mudah dilakukan ke atas blog.Blog adalah medium sosial .Ia seperti sebuah bilik perbincangan.Setiap perbincangan mendapat perhatian daripada blogger lain dan mereka mungkin menulis artikel dan seterusnya meletakkan backlink pada minisite kita sebagai cara memberi kredit iaitu menyatakan sumber asal artikel itu.

Enjin blog wordpress direka khas sebagai enjin yang mesra SEO.Laman enjin carian seperti Google dan Yahoo kerap kali meletakkan blog wordpress pada kedudukan muka pertama keputusan carian mereka.Struktur wordpress menepati kriteria laman web yang berautoriti seperti yang dipersetujui oleh Google.

Sekiranya mahu memudahkan kerja-kerja SEO bagi minisite bisnes kita,gunakan enjin wordpress sebagai salah satu ataupun enjin utama minisite bisnes.

Letakkan pautan blogdalam minisite kita.Gunakan blog ini bagi berkomunikasi dengan bakal pelanggan kita.Kongsi pengalaman dan kemahiran teknikal berkaitan topik dan juga produk kita.Ini meningkatkan kredibiliti kita mata bakal prospek sebagai bisnes yang boleh dipercayai dan mampu menyelesaikan masalah mereka.

Laman web direktori sebagai sumber pautan mudah

Kita boleh mendapatkan backlink daripada laman-laman web direktori.Laman web direktori diibaratkan sebagai buku Yellow Pages Online .Ia menyenaraikan sebanyak mungkin maklumat berkenaan bisnes dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan mana-mana topik.

Laman web direktori terhad kepada beberapa topik utama.Terdapat direktori bisnes,direktori berdasarkan negara dan juga direktori berdasarkan minisite.

Laman web direktori biasanya mengumpulkan sebanyak mungkin minisite yang wujud.Oleh kerana terdapat berjuta-juta minisite,kerja-kerja mengumpulkan maklumat ini menjadi amat sukar.Oleh yang demikian kebanyakan minisite direktori ini membenarkan kita meletakkan sendiri maklumat berkenaan minisite kita termasuk backlink.

Mencari laman web direktori di internet

Kita hanya perlu melakukan carian di enjin carian berdasarkan kata kunci bisnes kita dan ditambah kata kunci 'direktori'.
Contohnya perkataan 'direktori bisnes Malaysia'.Enjin carian memaparkan minisite direktori yang terdapat dalam arkib mereka.Gunakan kata carian yang umum kerana minisite direktori mensasarkan topik yang besar dan umum sahaja.Ini supaya ia mendapat banyak penyertaan daripada laman web yang wujud.

Menggunakan direktori blog

Blog juga mempunyai direktorinya sendiri.Jumlah direktori blog yang wujud menyaingi jumlah minisite direktori .Antara direktori blog yang popular adalah seperti berikut:

1.Technocrati di http://www.technoctati.com
2.BloggerMalaysia di http://www.bloggermalaysia.com
4.BlogUnivers di http://www.bloguniverse.com

Inilah kelebihan minisite bisnes yang mempunyai blog .Kita menggunakan blog bagi mendapatkan backlink daripada direktori blog.Sekiranya senarai minisite direktori blog itu tidak mencukupi ,kita boleh mencari di Google dengan menggunakan kata kunci 'blog directory' atau 'direktori blog'.

Laman web sosial sebagai sumber backlink mudah

Definisi laman web sosial ialah laman web yang kandungannya disumbangkan oleh penggunanya .Contoh laman web sosial yang popular adalah Myspace,Youtube dan Digg.Kandungan laman web ini 100 peratus bergantung pada penggunanya.

Pengguna Myspace menyumbangkan pelbagai kandungan seperti artikel dan video.Pengguna Youtube pula memfokuskan pada download video sahaja.Manakala pengguna minisite Digg pula berkongsi berita yang mungkin popular di kalangan pengguna Digg yang lain..

Manakala laman web social bookmark ialah laman web sosial khusus bagi pengguna berkongsi dan bertukar-tukar backlink dengan pengguna lain.Laman web ini secara asasnya adalah laman web untuk penggunanya menyimpan atau bookmark laman web yang mereka rasakan menarik.Bookmark ini kemudiannya dipaparkan kepada pengguna lain atas dasar perkara yang disukai seorang pengguna mungkin juga disukai oleh pengguna yang lain.

Laman web social bookmark mudah digunakan .Fungsi grafik yang digunakan hampir sama dengan antara muka blog dan antara muka laman direktori.Sehingga hari ini terdapat lebih daripada 240 laman web social bookmark.Ia mungkin jumlah yang sedikit pada pandangan kita.Namun kelebihan laman web social bookmark adalah ia tiada had jumlah backlink.Kita boleh meletakkan seberapa banyak backlink ke minisite kita dengan syarat ia tidak menyalahi syarat-syarat yang tetapkan seperti link spamming.

Tidak digalakkan menggunakan laman web ini hanya bagi meletakkan backlink semata-mata.Ini kerana pengguna laman web ini sensitif pada pengguna lain yang cuba mempromosi minisite mereka semata-mata.

Pengguna lain tidak suka backlink ataupun bookmark yang kelihatan seperti cubaan menjual sesuatu kepada mereka.Kongsi dan letakkan backlink yang dirasakan sesuai.Antara ciri-ciri backlink minisite yang disukai oleh pengguna laman web social bookmark adalah seperti berikut:

1.Teknologi seperti IT,komputer,gajet,pengaturcaraan.

2.Kewangan peribadi seperti cara berjimat cermat,analisis pasaran,teknik buat duit.

3.Keibubapaan seperti cara mendidik anak dan isu-isu persekolahan

4.Cerita-cerita lucu seperti gambar-gambar dan video lucu

5.Cerita ataupun sesuatu yang mengagumkan seperti gambar pemandangan yang indah dan video saintifik.

Contoh laman web social bookmark adalah seperti berikut:

1.Delicious di http://www.delicious.com
3.Stumbleopen di http://www.stumbleupon.com
4.MyBloglog di http://www.mybloglog.com

Laman-laman web social bookmark ini tidak sama bentuknya antara satu sama lain.Setiap satu mempunyai kelebihan dan kegunaannya yang tersendiri.Contohnya pengguna web Delicious lebih tertarik pada cerita berkaitan gajet,pengaturcaraan dan IT.Pengguna web Digg pula lebih menyeluruh.Pengguna web Stumbleupon pula lebih menyukai cerita ataupun bahan yang memberi inspirasi,sesuatu yang lucu dan mengkagumkan.Lakukan carian di Google dengan dengan kata kunci 'top 10 social bookmarking sites' bagi melihat senarai yang lebih panjang.

Pengiklanan Online

Selain SEO,kita boleh menggunakan pelbagai servis pengiklanan online .Konsepnya adalah sama seperti pengiklanan fizikal iaitu laman web yang tinggi kadar trafiknya menyewakan sedikit ruang untuk kita meletakkan iklan.Pengiklanan online adalah lebih efisien .Ini kerana setiap iklan kita boleh disesuaikan dengan kata kunci dan juga jenis maklumat yang dipaparkan minisite pengiklan itu.

Contohnya kita mahu meletakkan iklan di halaman yang memaparkan berkenaan kebaikan susu lembu dalam minisite khasiat pelbagai produk tenusu.Oleh itu kita meletakkan iklan dengan kos yang lebih rendah.

Pengiklanan menggunakan Search Engine Marketing(SEM)

Ia disediakan oleh Google dan Yahoo.Kita boleh mendaftar dengan laman web itu bagi mendapatkan kelebihan mengiklan minisite kita bagi setiap kata kunci tertentu yang ditaip oleh pengguna mereka.

Contohnya apabila menaip kata kunci 'bisnes' di Google.sebuah iklan memaparkan minisite 'kursusperniagaan.com' muncul di sebelah kanan laman keputusan carian.

Servis ini dipanggil Google Adwords dan ia memerlukan modal.Ini kerana konsepnya sama dengan pengiklanan di dalam surat khabar.Kita membayar bagi mendapatkan paparan di laman web.

Modal yang diperlukan adalah rendah dan prosesnya mengambil masa yang singkat sekitar 30 minit hingga satu jam.Ia juga mudah dilakukan dan maklumat berkenaan Google Adwords boleh didapati secara online.Ia mempunyai dokumentasi yang lengkap.

Google Adwords mempunyai beberapa sistem yang berupaya menjejaki kata kunci yang menjual.Ini meningkatkan keberkesanan kempen pengiklan.Ia juga membolehkan kita mengubah kadar bidaan harga bagi mengawal perbelanjaan pengiklanan.

Keupayaan ini dapat digunakan mengawal kedudukan iklan kita bagi mendapat kadar klik yang lebih yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan kadar trafik minisite kita.

Boleh juga bersama berkongsi dan bertukar idea serta pendapat di forum WangCyber di http://www.wangcyber.com. Banyak ilmu yang dapat ditimba dan dikongsi oleh pemasar dan peniaga internet yang berkumpul di forum itu.

reka grafik


Asas Reka Grafik Minisite Jualan

Seni reka grafik mengutamakan rekaan dengan menjadikan pengguna sebagai asas dan sebab hasil karya dibuat.Ia meletakkan pengguna sebagai fokus utama..Ini perlu diterapkan dalam minda kita atau pereka grafik supaya minisite yang direka mudah dilayari pengguna.Selain itu mesej yang mahu disampaikan dapat diterima oleh pengguna.Cukup sekadar minisite kita mudah dilayari ,kemas dan sedap mata memandang.

Pereka minisite atau peniaga sendiri perlu mempunyai asas reka grafik dalam membina minisite jualan.Minisite dari sudut bisnes,adalah medium komunikasi antara peniaga dan pembeli.Jadi rekaan minisite itu perlu mempunyai mesej dan sampai kepada pengguna.Adakah minisite kita memberitahu secara jelas kepada pelanggan yang:

1.Beli produk saya sekarang
2.Kami boleh dipercayai
3.Anda boleh melakukannya.

Tips
Tulis mesej yang mahu kita sampaikan kepada pengguna atau bakal prospek.Apakah yang pengguna perlu rasa apabila melayari minisite kita?Kata kuncinya adalah perasaan.
-
-
-
-

Sekiranya kotak kosong itu sudah diisi sekurang-kurangnya empat jenis perasaan,kita sudah mempunyai mesej asas yang cukup .Latihan ini dilakukan kerana setiap jenis perkataan,warna dan gambar yang digunakan dalam minisite bergantung sepenuhnya pada senarai kata kunci yang merujuk pada perasaan.

Asas warna

Warna secara fizikalnya adalah kehadiran cahaya dalam pelbagai frekuensi gelombang .Lain warna,lain frekuensi gelombang.Perbezaan frekuensi ini memberi perasaan yang berbeza kepada manusia yang apabila melihat warna itu .Gabungan cahaya pelbagai frekuensi gelombang ini memberi kita persepsi yang cahaya berwarna putih.

Warna asas dalam pembinaan minisite terdiri daripada tiga warna RGB iaitu:
1.Merah(Red)
2 Hijau(Green)
3.Biru(Blue)

Gabungan ketiga-tiga warna dalam jumlah yang sama menghasilkan warna putih.Gabungan salah satu warna dengan warna yang lain dalam jumlah yang tidak sama menghasilkan pelbagai jenis warna.

Teknik menggunakan warna dengan dengan betul dalam minisite bergantung pada mesej yang hendak disampaikan.Teknik yang biasa digunakan adalah memilih warna asas atau base color bagi latar belakang minisite.Warna ini bergantung pada perasaan yang kita ingin pengguna rasai.Contohnya kita mahu pengguna berasa minisite kita kukuh,stabil dan jujur.Jadi warna biru adalah warna yang dapat menggambarkan perasaan itu.Jadual berikut adalah sebahagian warna dan perasaan yang digambar oleh sesuatu warna.
Merah
Berani,unik,bertenaga,bertuah,cinta,hangat
Biru
Aman,stabil,kukuh,luas pengetahuan,tiada batasan
Hijau
Alam semulajadi,tenang,segar,subur,nyaman,ubat,tuhan
Kuning
Raja,tenaga,letupan,dinamik,pantas,elektrik,impak
Oren
Bertenaga,remaja,segar,harapan,usaha,lapar
Indigo/Unggu
Misteri,sukar difahami,tidak boleh dijangka,unik,eksotik
Putih
Aman,suci,neutral,reda,hospital,keagamaan
Hitam
Elegan,ekslusif,mahal,mewah
Warna dan perasaan

Memilih warna kedua sebagai asas warna penegasan

Warna ini digunakan bagi bahagian-bahagian minisite yang mahu ditonjolkan supaya pembaca memberi perhatian pada bahagian itu.Warna penegasan adalah warna yang kontras dengan warna asas.

Warna kontras memberikan impak atau penegasan berbanding warna asas.Manakala warna harmoni memberikan kesan sekata,tenggelam dan senada dengan warna asas.

Warna Kontras

Warna kontras ialah warna yang bertentangan dalam roda warna .

Warna Harmoni

Warna harmoni pula adalah warna yang bersebelahan roda warna

Contoh warna kontras adalah seperti berikut:

1.Hijau-Merah
2.Biru-Kuning
3.Hitam-Merah
4.Hitam-Kuning

Contoh warna harmoni

1.Hijau-Biru
2.Merah-Jingga
3.Biru-Indigo
4.Hitam-Biru
5.Putih-Kuning

Berhati-hati dalam memilih warna asas supaya ia tidak memberi maksud yang negatif apabila digandingkan dengan warna kedua yang digunakan bagi memberi penegasan dan impak kepada pengguna.Contohnya

Walaupun warna hitam sebagai warna asas memberikan perasaan elegen dan mewah,tetapi apabila digandingkan dengan warna merah sebagai warna kontras,iajuga memberi perasaan kejahatan ,tidak elok,pembunuhan dan lain-lain perasaan yang negatif.

Kita perlu memilih warna kontras sebagai warna tema perniagaan.Manakala warna lain yang sesuai sebagai warna asas dan warna latar belakang.Antara warna yang mudah ialah warna kelabu keputihan,warna putih kebiruandan warna putih dengan sedikit jingga sebagai warna asas.Warna-warna ini tergolong dalam warna neutral dan mudah digandingkan dengan warna-warnalain sebagai warna kontras.

Tiga langkah utama memilih warna tema minisite kita adalah seperti berikut:

1.Pilih warna kontras bagi dijadikan penegasan tulisan,rangka gambar dan sebagainya.Contoh kita memilih biru Cyan kerana ia memberikan perasaan segar dan kukuh.

2.Pilih warna bagi dijadikan latar belakang .Pastikan ia memberikan kesan perasaan yang sesuai apabila digandingkan dengan warna kontras pada langkah pertama.Sekiranya sukar membuat pilihan,pilih warna neutral seperti putih,kelabu dan biru.Kita memilih warna kelabu gelap kebiruan.Ini memberi penegasan yang maksimum kepada warna kontras pilihan kita iaitu Cyan.

3.Sediakan beberapa warna harmoni daripada warna asas dalam langkah kedua bagi warna hiasan pada pautan dan elemen lain yang memerlukan penegasan yang minimum.Kita memilih warna indigo dan magenta.Ini memberi penegasan yang minimum pada pautan dan elemen-elemen html kecil yang lain.


Asas Tipografi Minisite

Tipografi adalah seni khat yang khusus bagi tulisan rumi.Seni tipografi ini berasal daripada zaman Greek purba dan ia terus berkembang bersama-sama mubaligh Kristian yang membawa kitab bible yang penuh dengan seni tipografi ke serata dunia.Oleh kerana kebanyakan penulisan dalam internet menggunakan huruf rumi,jadi seni tipografilah yang menjadi panduan dalam menghasilkan minisite.

Jenis Tipografi

Dalam seni tipografi moden terdapat dua jenis huruf iaitu :

Serif

Serif ialah perkataan latin yang bermaksud mempunyai lebihan dan mempunyai ekor..Huruf jenis ini mempunyai ekor pada tulisan mereka.Ekor ini dipercayai berasal daripada cara rakyat Greek Purba yang menulis di atas ketulan tanah liat menggunakan kayu.Setiap tulisan mereka meninggalkan kesan ekor.

Lama-kelamaan ia menjadi satu trend dan diterima ramai sebagai satu seni penulisan dan terus kukuh sehingga hari ini.Antara contoh tulisan dalam jenis ini adalah Times New Romance,Monotype Corsiva dan Georgia.

Jenis penulisan serif memberi kesan elegan,konservatif dan ekslusif.Ia juga memudahkan pembacaan dengan syarat saiz huruf yang digunakan lebih daripada saiz 10pt bagi skrin komputer.

Ia tidak sesuai bagi pembacaan intensif melalui skrin komputer kerana ia memberi perasaan berat,penuh dan semak.Ini berlaku kerana skrin komputer tidak mempunyai resolusi yang tinggi bagi memaparkan tulisan serif dengan jelas.Huruf serif dalam skrin komputer tidak cukup tajam lalu menyukarkan pembacaan..

Sans Serif

Sans Serif bermaksud tiada ekor.Huruf dalam jenis ini tidak mempunyai lebihan dalam pembinaan huruf mereka.Ianya cukup bersih dan mudah dibaca melalui skrin komputer.Contoh tulisan jenis sans serif adalah Calibri,Impact,Arial dan Verdana.

Tipografi dalam minisite bergantung pada tujuan tulisan itu digunakan.Jenis huruf sans serif sesuai digunakan bagi tajuk utama,heading dan quote.Sans Serif hanya sesuai digunakan bagi tulisan yang memerlukan pembacaan minimum iaitu 200 hingga 300 huruf.

Manakala penulisan yang memerlukan pembacaan yang banyak pula adalah lebih sesuai digunakan jenis tulisan serif.Jenis tulisan serif mampu memuatkan lebih huruf dalam satu garisan dan mampu dibaca dengan selesa walaupun saiznya agak kecil.

Saiz Tulisan Dalam Minisite Jualan

Saiz tulisan antara 8pt hingga 11pt bagi huruf dalam perenggan tulisan jenis sans serif dan 10pt hingga 12pt bagi tulisan jenis serif.Ini adalah saiz selesa dibaca bagi kedua-dua jenis tulisan itu.Tetapi kita boleh bereksperimen dengan pelbagai saiz dan warna tulisan bagi setiap jenis huruf bagi mendapatkan efek yang menarik,lebih-lebih lagi bagi heading dan quotes.

Penggunaan warna yang sesuai bagi tulisan amat ditekankan.Guna warna kelabu gelap bagi tulisan dalam perenggan dan elakkan penggunaan warna hitam penuh sebagai warna tulisan.Warna hitam terlalu konvensional bagi minisite.Malah media konvensional juga banyak menggunakan warna kelabu kerana ia menjimatkan kos..Warna kelabu gelap adalah normal dan mudah diterima ramai kerana ia mudah dibaca.

Pilihan jenis huruf yang terhad

Pilihan jenis huruf yang ada sebenarnya terhad kepada beberapa jenis sahaja.Sudah amalan ramai pereka minisite menggunakan satu ataupun dua jenis tulisan sahaja dalam minisite mereka.Ini kerana setiap minisite yang dipaparkan,jenis tulisan yang digunakan bergantung pada komputer pengguna minisite itu.Sekiranya komputer pengguna tidak mempunyai jenis tulisan yang digunakan dalam minisite kita,jenis tulisan default digunakan.

Disarankan supaya menggunakan pilihan jenis huruf berikut bagi pembinaan minisite:

1.Serif=monotype corsiva,times new romance,georgia dan garamond
2.sans serif=arial,arial black,arial narrow,verdana,impact dan lucida sans

membina minisite jualan


Membina Minisite Jualan

Membina Laman Web Yang Menjual

Sebelum membina minisite ,kita perlu tahu dan faham cara minisite itu berfungsi.Ini memudahkan kita menguasai isu-isu asas dalam membina laman web.

Asas laman web adalah satu fail yang ditulis mengikut format yang tersendiri.Format ini digelar HTML(Hyper Text Mark Up Language).Fungsi format ini adalah bagi memudahkan pelayar web memaparkan isi kandungan fail tadi dengan betul.

Ia kemudian diletakkan dalam komputer yang bertindak sebagai pelayar atau server.Server ini menghantar kepada mana-mana komputer yang mahu melihat fail HTML tadi melalui pelayar web.Servis server ini dinamakan atau dipanggil hosting.

Nama domain bertindak sebagai alamat laman web.Secara asasnya , setiap server memiliki satu set nombor yang bertindak sebagai alamat atau IP address Contohnya 192.168.100.64

Nombor-nombor ini sukar diingati jadi wujud servis yang dipanggil DNS atau Domain Name Server.DNS ini menyimpan nama domain dan IP address server kita.

Apabila sebuah komputer meminta atau memanggil nama domain kita,DNS terus mencari IP dan seterusnya menghantar arahan kepada server bagi menghantar fail HTML kepada pelayar web tadi.

Kini banyak format yang digunakan dalam pembinaan minisite.Antara format yang popular adalah HTML,DHTML,XML dan CSS serta lain-lain format.Format ini lebih mudah dipelajari namun terhad pada membina laman web statik iaitu laman web yang hanya memaparkan informasi.

Bagi laman web yang memerlukan kemasukan data daripada pihak ketiga dan kemudian diproses sebelum dipaparkan semula ,pengaturcaraan pada server perlu dilakukan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP,MySQL,ASP,SQL,Ruby on Rail,Javascript dan Ajax.

Bagi memudahkan proses pembinaan minisite,disyorkan mencari dan menggunakan templete yang banyak terdapat diinternet.Contohnya seperti berikut:

1.Oswd.com-http://www.oswd.com
2.Opensource Templete-Http://www.opensourcetempletes.org/
3.Free CSS-http://www.free-css.com
4.OpenSource Web Designer-http://www.opendesigns.org/
5.OpenSource Web Templetes-http://www.oswt.co.uk/

Pastikan templete yang mahu digunakan perlu dilesenkan sebagai Creative Commons atau lesen GNU .Produk ini tidak memerlukan kita membayar royalti kepada pencipta asal.Namun terdapat beberapa sekatan atau perkara yang penting yang boleh dibaca dalam fail teks README.txt yang disertakan bersama templete.

Menggunakan Oswd.com bagi mencari templete percuma laman web

step pertama
lawat laman web oswd.com dan download satu templete yang mahu gunakan.

Step kedua

unzip fail.zip yang didownloadkan dan extract all semua fail

Ikuti struktur minisite itu.Setiap gambar diletakkan dalam sebuah folder yang berasingan iaitu fail images.

Index.html adalah fail utama yang dipaparkan apabila laman web dilayari.Fail style.css pula mengandungi segala stail yang digunakan oleh laman web itu.

Menggunakan perisian Kompozer membina minisite

Perisian Kompozer ialah perisian bagi menghasil dan mengubahsuai fail HTML.Ia lebih mudah dipelajari berbanding mempelajari bahasa HTML secara terus.Perisian ini adalah percuma.

Perisian ini dikategorikan sebagai Open Source .Dalam bengkel amali pemasaran internet di kursusperniagaan.com, ia menekankan pada penggunaan perisian Open Source bagi membina minisite.Gunakan perisian Open Source bagi mengelakkan tindakan undang-undang .Ini kerana menggunakan perisian cetak rompak bagi tujuan perniagaan adalah salah dan tidak dibenarkan.

Perisian Kompozer termasuk dalam kategori perisian What You See Is What You Get(WYSIWYG) sama seperti perisian Adobe Dreamweaver CS4,Microsoft Word,Microsoft Publisher dan lain-lain.

Ia hanya memerlukan kemahiran asas dalam mengendalikan komputer bagi digunakan dengan sempurna.Sekiranya kita sudah tahu cara menggunakan perisian Microsoft Word,jadi mudah bagi kita mempelajari perisian Kompozer ini..Berikut adalah langkah-langkah mudah menggunakan Kompozer:

1.Muat turun perisian Kompozer di http://kompozer.net/download.php
2.Pilih download bagi window (pilih 32 atau 64 bit)
3.Unzip.fail .zip fail yang telah didownload dan extract files
4.Dalam folder yang diextract klik pada ikon Kompozer
5.Buka fail templete yang didownload tadi bagi tujuan ubahsuai menjadi minisite kita.Caranya klik ikon open dalam perisian Kompozer
6.Kemudian buka folder templete yang dileraikan dalam langkah sebelum ini dan tekan open sekali lagi
7.Klik fail index yang didownload dan free templete anda dibuka dalam perisian Kompozer
8.Selepas fail templete HTML itu dipaparkan ,kita boleh mengubah bahagian-bahagian yang kita mahu dengan cara yang sama seperti mengendalikan Microsoft Word.Kita boleh memasukkan ayat-ayat jualan yang disiapkan bagi menggantikan perkataan-perkataan dalam templete itu.Kesemua ciri-ciri perkataan boleh diubahsuai.Warna ,saiz,jenis dan pelbagai dekorasi bagi sesuatu perkataan boleh diubah dengan menggunakan toolbar .

Contohnya tukar tajuk utama laman web.Caranya Highlight perkataan yang mahu diubah selepas itu taip perkataan baru untuk ubah perkataan yang dihighlight.

Kenali fungsi setiap ikon-ikon bagi memasukkan dan mengubahsuai elemen HTML yang lain.Antara elemen-elemen itu adalah gambar atau imej,link,jadual dan CSS.

Sebelum melakukan ubahsuai ataupun memasukkan imej baru,semua imej yang mahu digunakan perlu disalin ke dalam folder images..Ini bagi memudahkan proses upload ke dalam server hosting.Contoh kita mahu memasukkan imej yang baru ke dalam templete.Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Klik pada ruang templete yang mahu dimasukkan gambar baru.Contohnya letak gambar pada bahagian awal teks.

1.Pada Kompozer ,klik ikon 'image'.
2.Paparan berikut muncul .Klik ikon 'folder'
3.Pilih gambar yang mahu dimasukkan .Contohnya fail imej imej.png.Selepas itu klik 'open'.
4.Tulis dalam ruangan 'alternate text' kata kunci bagi gambar itu dan klik 'ok'.
5.Gambar itu kini dipaparkan di dalam Kompozer.

Tetapi posisi itu kelihatan tidak sesuai.Ubah posisi gambar ke sebelah kiri perenggan.Ini memerlukan kita mengubahsuai CSS bagi gambar itu.Ikuti langkah-langkah ber ikut:

1.Klik kanan pada gambar dan pilih menu 'image properties'.
2.Kemudian ,klik 'Advance Edit'
3.Pada window yang dipaparkan ,klik pada tab 'Inline Style'.Inline style ialah CSS yang diletakkan dalam elemen HTML.
4.Cari kotak dengan label 'Property' dan taip perkataan 'float'.
5.Pada kotak 'Value' taip perkataan 'left' .Ini menjadikan imej itu berada di sebelah kiri pelanggan.
6.Paparan CSS untuk ubahsuai posisi gambar.
7.Ia masih memerlukan sedikit ubahsuai .Perenggan itu memerlukan sedikit ruang bagi mengasingkannya daripada gambar itu.Ia disebut sebagai whitespace dalam bidang reka grafik.

Kita perlu mengubahsuai Inline Style pada imej itu.dengan memasukkan 'Property Marginj' dan nilai yang sepatutnya.Langkah-langkah adalah seperti berikut:

1.Pergi ke tab 'Inline Style' .Klik kanan > Image Properties > Advanced Edit > Inline Style.
2.Taip perkataan 'margin-right' dalam kotak 'Property'.Ini bermaksud kita hanya mahu mengubahsuai ruang di sebelah kanan imej tersebut.
3.Taip '10px' dalam kotak 'Value'.

Posisi gambar dan teks telah dijarakkan dan pandangan pembaca lebih jelas.

Kadangkala kita mahu menukarkan gambar yang sedia ada dalam templete dengan gambar yang lain.
Contohnya kita mahu menukar gambar dalam templete HTML kepada gambar yang sudah diambil.Gambar yang mahu ditukarkan perlu mempunyai saiz yang sama dengan gambar yang mahu ditukarkan bagi mengelakkan sebarang komplikasi pada templete anda.

Langkah-langkah menukarkan gambar kepada gambar yang lain adalah seperti berikut:

1.Klik kanan mouse pada gambar ,pilih 'image properties;.klik ikon folder di bahagian image location
2.Pilih image yang mahu dimasukkan dan klik gambar yang sudah diletakkan dalam folder images.Nama fail itu adalah demo_img.Kemudian klik ok,gambar itu sudah ditukarkan dengan imej yang anda pilih.
3.Pilihan gambar dibuat bagi menggantikan gambar sedia ada.
4.Gambar asal pada fail index.html
5.Gambar asal pada fail index.html sudah diganti.

tumpuan pelanggan


Menaikkan Tumpuan Pelanggan

Pendahuluan yang mengumpan ,skrip jualan yang berpengaruh dibantu dan susun atur skrip jualan yang baik mampu menaikkan tumpuan pelanggan.

Satu perenggan satu isi

Semasa menerangkan kelebihan produk gunakan kaedah satu perenggan satu isi.Ini bagi memudahkan pelanggan membaca satu per satu deskripsi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pecahan perenggan demi perenggan membantu pelanggan yang membaca menggunakan kaedah kelompok.Pelanggan tidak membaca dari satu perkataan ke satu perkataan .

Pelanggan membaca dengan mengumpulkan beberapa perkataan kepada satu kumpulan.Kemudian mereka membaca dari satu kumpulan perkataan kepada satu kumpulan perkataan hingga ke akhir perenggan.

Bandingkan teks sebelum ini dengan teks berikut:

Semasa menerangkan kelebihan produk gunakan kaedah satu perenggan satu isi.Ini bagi memudahkan pelanggan membaca satu per satu deskripsi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.Pecahan perenggan demi perenggan membantu pelanggan yang membaca menggunakan kaedah kelompok.Pelanggan tidak membaca dari satu perkataan ke satu perkataan .Pelanggan membaca dengan mengumpulkan beberapa perkataan kepada satu kumpulan.Kemudian mereka membaca dari satu kumpulan perkataan kepada satu kumpulan perkataan hingga ke akhir perenggan.

Kedua-dua teks yang sama ,tetapi teks sebelum ini lebih mudah dibaca.

Panjang Ayat Tidak Lebih 20 Patah Perkataan

Panjang ayat yang efektif bagi tujuan bacaan pada minisite adalah sekitar 14 hingga 16 patah perkataan.Ayat yang terlalu panjang ataupun terlalu pendek menyukarkan keadaan.Dicadangkan setiap ayat yang ditulis tidak melebihi 20 patah perkataan.

Kita membaca mengikut panjang nafas kita.Pernafasan itu sendiri menjadi ritma bacaan kita.Apabila ayat yang ditulis terlalu panjang, ia menyebabkan tumpuan terganggu kerana ritma bacaan perlu diulang semula pada ayat yang sama..

Guna Ayat Aktif

Gunakan ayat aktif semasa menulis.Menurut koordinator Kebangsaan ,Bengkel Penulisan Reader's Digest,Ray Newton ,ayat aktif menggerakkan imaginasi pembaca.

Bandingkan dua ayat berikut:

“Seorang kanak-kanak ditemui mati dalam kes pembunuhan”

Seorang kanak-kanak dibunuh

Mana ayat yang lebih memberi imaginasi?

Perkataan pembunuhan membayangkan peristiwa tetapi perkataan dibunuh memberi bayangan aksi dan perbuatan.

Grafik menguatkan skrip jualan

Penggunaan gambar membantu mengukuhkan mesej

Gunakan kaedah reverse hitam putih

Selain penggunaan foto sebagai bahan bantu teks jualan ,penggunaan kaedah reverse iaitu teks berwarna putih berlatar belakang warna hitam dapat menarik perhatian pelanggan.

Gunakan kaedah petak

Penggunaan petak yang disambung menggunakan garisan putus membantu menarik tumpuan pelanggan.Ia digunakan bagi mengumumkan sesuatu yang penting seperti tawaran ,aktiviti ataupun pengumuman yang perlu diketahui pelanggan.

Gunakan penanda berwarna pada teks

Penggunaan penanda berwarna atau text highlight dapat menarik perhatian perhatian pelanggan membaca teks berkenaan.Ia menunjukkan kepentingan teks itu.Perkataan tertentu dalam skrip jualan pula ditanda dengan penanda berwarna kuning.

Menggantikan warna teks kepada warna lain

Pada amalan kebiasaan ,teks skrip jualan adalah berwarna hitam .Penjual boleh menggantikan beberapa perkataan yang dianggap penting dan perlu dilihat oleh pembaca dengan menggantikannya dengan warna lain.Warna merah dan biru adalah dua jenis warna popular yang digunakan bagi menonjolkan perkataan itu.

Gunakan bold,italics,garisan dan huruf besar

Terdapat empat elemen grafik pada teks yang boleh menarik perhatian pelanggan membaca skrip jualan.Penggunaan elemen ini hanya digunakan bagi memberi kesan kepada skrip jualan .

Penggunaan “bold”,”italics”,”garisan” dan “huruf besar” membantu meningkatkan daya persuasif skrip jualan melalui pendekatan grafik .Tetapi ia digunakan pada kadar sederhana bagi mengekalkan momentum skrip jualan bagi memujuk pelanggan membaca dari awal sehingga akhir.



Berkesan
Kurang berkesan
Bold
Terdapat empat elemen grafik yang boleh menarik perhatian pelanggan membaca skrip jualan
Terdapat empat elemen grafik yang boleh menarik perhatian pelanggan membaca skrip jualan
Huruf besar
Terdapat EMPAT ELEMEN GRAFIK lain bagi menarik perhatian pelanggan membaca skrip jualan
TERDAPAT EMPAT ELEMEN GRAFIK LAIN BAGI MENARIK PERHATIAN PELANGGAN MEMBACA SKRIP JUALAN
Italics
Terdapat empat elemen grafik lain bagi menarik perhatian membaca skrip jualan
Terdapat empat elemen grafik lain bagi menarik perhatian membaca skrip jualan
Garisan
Terdapat empat elemen grafik lain bagi menarik perhatian pelanggan membaca skrip jualan
Terdapat empat elemen grafik lain bagi menarik perhatian membaca skrip jualan