Wednesday, January 28, 2015

20 tips berniaga di Facebook


20 TIPS BERNIAGA DI FACEBOOK
Sepertimana yang kita ketahui ,peranan Facebook hari ini adalah melebihi platform komunikasi sosial antara komuniti dan ia mewujudkan lebih banyak peluang dan ruang untuk pengguna berkembang menerusi aspek dan pendekatan sosial yang begitu digilai.Jumlah pengguna facebook cukup besar ini turut memberi peluang buat usahawan bagi mempelajari bagaimana caranya untuk menggunakan rangkaian sosial facebook bagi menjana kewangan.
Bayangkan sahaja sekiranya anda mampu menarik atau mendapatkan 0.10 sen daripada seorang pengguna facebook ,maka anda mampu menjana jutaan ringgit melalui pengguna facebook sahaja jika berjaya.Begitu juga jika anda mampu menarik seorang pelanggan baru melalui facebook ,anda juga mampu menarik jutaan lagi pelanggan yang dihubungkan di facebook menerusi satu cara dan rangkaian mudah iaitu sosial.
Dalam usaha menjana wang dan menarik pelanggan baru perniagaan anda menerusi Facebook ,terdapat beberapa cara langkah yang perlu dicuba dan diikuti .Berikut disediakan beberapa tips.
1)Biasakan diri
sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan facebook sebagai platform pemasaran bisnes anda ,bina akaun frofil peribadi anda sendiri terlebih dahuludi facebook untuk membiasakan diri dengan servis rangkaian sosial ini dan bagaimana selok-belok didalamnya.
2)Perancangan
seperti mana strategi pemasaran dan jualan lain,berniaga di facebook juga memerlukan perancangan.Pastikan apa dan bagaimana anda ingin mempromosikan baranagan anda dan kemudian lakukan di facebook ,Rancang dahulu.
3)Biar Lambat Tidak Mengapa
Anda tidak boleh mengharapkan respon sekelip mata .Ia memerlukan masa membina dan mendapatkan respon yang anda harapkan .Satu hari , satu minggu atau sebulan mungkin tidak mencukupi .Bina asas peminat (Fan) terlebih dahulu untuk melihat manfaatnya .
4)Facebook Page ,Bukan Profil Baru
Elakkan diri daripada dihalang menggunakan Facebook kerana menggunakan beberapa akaun untuk profil anda.Sekiranya anda sudah mempinyai akaun Facebook dan profile ,apa yang anda perlukan hanyalah menggunakan Facebook Page untuk tujuan perniagaan ini.Menu ini boleh didapati di bahagian bawah laman Facebook .Pilih kategori yang bersesuaian.
5)Butang Like
Butang “Like”Facebook membenarkan orang ramai berkongsi senarai tawaran yang anda sediakan .
Dengan klik butang “Like”, mereka boleh mengakses maklumat yang anda sediakan dimuka Facebook anda.Terdapat dua jenis butang Like dan XFBML lebih versatile.Ia membenarkan peminat anda klik “Like” dan meninggalkan komen.Anda juga boleh memasang butang “like” ini pada laman web atau blog anda agar ia mempunyai interaksi antara kedua-dua medium penting ini.Pergi ke Apps menu Facebook Developer untuk meendapatkannya.
6)Blog – Facebook
Terdapat banyak juga aplikasi di luar sana yang mampu menghubungkan Blog atau suapan berita ke laman Facebook anda.Lagi kerap anda pos sesuatu kepada kedua-duanya,maka lebih banyak juga trafik
akan terarah kepada Facebook dan Blog bisnes anda.
7)Berhubung
Untuk memastikan orang ramai mengunjungi muka Facebook anda ,anda juga perlu berhubung dengan komuniti .’Add’ individu-individu yang dirasakan bersesuaian dengan tawaran anda atau sertai komuniti
Facebook yang popular untuk anda membina rangkaian anda sendiri.Facebook juga mempunyai laman blog dan forum .Aktif-aktifkan diri anda.
8)Orang Berbudi Kita Berbahasa
Sekiranya anda menerima banyak peminat baru ,adalah baik untuk anda membina komunikasi dan hubungan dengan mereka secara langsung.Hantar mesej atau respon kepada setiap setiap satu peminat anda sebagai tanda penghargaan mereka ‘add’ anda .Ini juga membuka peluang untuk mereka memanjangkan laman Facebook anda kepada rakan yang lain .Anda akan menerima kumpulan pelanggan setia yang lebih banyak.

9)Jangan SPAM
Banyak cara mudah untuk mendapatkan asas peminat atau rakan Facebook anda .Tetapi SPAM bukan penyelesaiannya.Jika anda menggunakan cara ini ,boleh jadi anda akan kehilangan lebih banyak peminat berbanding anda mendapatkannya.Amalkan etika sosial yang baik.

10)Jual barangan di Facebook Marketplace
Tahukah anda bahawa di dalam Facebook terdapat aplikasi yang dinamakan Facebook Marketplace.Ia seperti ebay dan di sini anda boleh menjual ,membeli atau menyewakan hampir apa sahaja.
11)Iklan Berbayar
Facebook turut menawarkan aplikasi dan servis iklan berbayar.Klik pada menu Advertising di bahagian bawah laman sosial ini.Sekiranya anda benar-benar serius mencubanya , anda boleh memilih cara ini.Bajet pengiklanan juga boleh ditetapkan mengikut kemampuan anda.Kesannya lebih besar kerana iklan anda akan ditayangkan di Profile Page semua pengguna Facebook.





12)Inisiatif Lain

Ini memerlukan strategi dan kemahuan anda sendiri .Anda sudah mempunyai Facebook page, beberapa
iklan dan apakah lagi cara untuk menarik perhatian pengguna Facebook?Kupon dan diskaun boleh dipertimbangkan kerana ia nyata berkesan.
13)Pertimbangkan Langganan Mobil

Salah satu komponen berkuasa dalam Facebook Page ialah anda boleh menerima kemaskini laman anda menerusi telefon bimbit.Ia membolehkan komunikasi dua hala segera antara anda dan pelanggan anda .

14)Kerap Kemaskini Status

Bercakap mengenai kemaskini ,status anda juga perlu kerap ditukar agar laman anda ‘hidup’ dan nampak menghiburkan.Jangan biarkan status dan maklumat yang sama terlalu lama .Orang akan bosan.
15)Kandungan Dinamik
Tidak cukup Facebook Page dengan teks dan status.Gunakan gambar ,video,animasi atau apa sahaja yang dirasakan menarik.Kandungan dinamik dan interaktif mampu menarik pemgunjung.

16)Promosi Offline

Ia juga penting untuk anda menghebahkan kepada orang ramai agar mengunjungi laman Facebook anda di luar talian .Promosi dari mulut ke mulut ini agak tradisional tetapi terbukti mendatangkan hasil untuk anda.
17)Mulakan Dengan Rakan Terdekat

Tentu anda pernah menerima jemputan untuk menyertai sesebuah Page promosi atau bisnes seperti ini.Kadangkala ia mendatangkan kesan yang baik dan tidak baik.Sama ada rakan Facebook anda berminat atau block anda langsung .Sebaliknya ,untuk memperkenalkan Facebook Page anda ,mulakan
dengan rakan terdekat anda.

18)Aplikasi Facebook
Selain aplikasi dan plugin yang disebutkan sebelum ini, anda juga boleh mencuba aplikasi yang lain yang dirasakan bermanfaat untuk Facebook Page anda .Dapatkan sesuatu yang berguna untuk pemasaran dan promosi barangan anda di Facebook Developer.
19)Benarkan komen
Ini juga penting .Sebaiknya anda membenarkan sesiapa sahaja yang mengakses Facebook Page anda ,
untuk meninggalkan komen dengan membuat ketetapan ini di setting akaun.Ini seakan-akan satu testimoni dan menunjukkan respon hangat diterima pada Page anda.


20)Jujur
Anda kena jujur apabila mempromosikan barangan dan berniaga di Facebook.Pastikan barangan yang dipromosikan berada dalam kualiti yang baik dan sampai kepada pembelinya .Ia imej anda dan bukan imej Facebook anda Kejujuran kunci perniagaan yang baik.

No comments:

Post a Comment