Wednesday, January 28, 2015

apa itu google adsense ?


Google adsense adalah program perkongsian pendapatan daripada pengiklanan yang disediakan oleh Google.Caj yang dikenakan oleh Google kepada pengiklan akan dikongsi bersama di antara pemilik laman web ataupun publisher(penerbit) yang meletakkan iklan Google di laman web mereka.Google akan membayar setiap klik pada iklan mereka dan membawa pelawat kepada iklan pelanggan mereka.Dengan kata lain anda membantu Google membawa pelawat kepada pengiklan mereka dan anda diberikan ganjaran dalam bentuk perkongsian pendapatan hasil daripada caj iklan yang dikenakan. Pendaftaran menyertai program ini adalah percuma.

Bagaimana Bentuk Iklan Google ?

Saya pasti anda pernah melihat iklan Google ini di mana-mana .Ini kerana ramai pemilik laman web menyertai program ini sebagai salah satu daripada sumber pendapatan mereka di internet termasuk ramai penulis blog di Malaysia.

Pemilik laman web hanya perlu memilih bentuk dan jenis iklan Google Adsense ini bagi diletakkan pada laman web web ataupun blog mereka.Iklan ini mungkin terdiri daripada iklan berbentuk teks ataupun imej beranimasi .Terdapat 3 pihak yang terlibat dalam program Google Adsense iaitu

Publisher

Publisher adalah gelaran yang diberikan kepada pemilik laman web yang menyertai program Google Adsense.Mereka meletakkan kod iklan pada laman web mereka manakala Google memasukkan iklan berdasarkan kandungan yang terdapat di dalam laman web itu.Teknologi ini menjadikan program Google Adsense unik kerana iklan ditentukan secara automatik berdasarkan kandungan laman web publisher.Google menghantar sejenis robot atau lelabah untuk melawat laman web publisher dan menentukan iklan yang berkaitan sahaja keluar pada ruangan iklan.

Sekiranya laman web mempunyai kandungan tentang sukan ,hanya iklan berkaitan sukan keluar pada ruangan iklan yang ditentukan oleh publisher.Publisher tidak menentukan iklan yang keluar pada laman web mereka .Teknologi ini tidak terdapat pada program lain kecuali menerusi program Google Adsense.

Advertiser

Advertiser (pengiklan) bagi program Google Adsense datang daripada program pengiklanan pay per click Google Adwords .Pengiklan memilih kata kunci dan membidanya mengikut bajet pengiklanan mereka.Contohnya pengiklan yang menjual produk kasut sukan ,membida kata kunci “kasut sukan” pada nilai tertentu .Apabila ada pelawat mengklik pada iklan mereka,pengiklan akan dikenakan caj berdasarkan harga yang dibida.Caj tersebut akan dikongsi di antara publisher Adsense dan Google.

Misalnya pengiklan membida kata kunci “kasut sukan” pada nilai USD1.00 kemudian iklan itu keluar di blog anda.Apabila pelawat di blog anda tertarik kepada iklan itu lalu mengklik pada iklan dan melawat laman web pengiklan ,pengiklan tersebut dikenakan caj maksimum USD1.00 bagi setiap klik yang terhasil.

Google

Google Inc. adalah syarikat search engine (enjin carian) terbesar di dunia ketika ini.Kebanyakan hasil pendapatan mereka adalah menerusi pengiklanan .Keuntungan itu adalah selepas ditolak daripada perkongsian pendapatan mereka menerusi Google Adsense.

Bagaimana Google Adsense Berfungsi ?

Berikut adalah proses yang perlu anda lalui bagi menjana duit daripada Google Adsense.

Membina blog
Memohon akaun Google Adsense
Memasukkan kod Google Adsense pada blog anda
Membuat promosi blog
Pelawat klik pada iklan Adsense anda
Google membayar bagi setiap klik yang anda perolehi daripada blog anda

Google Adsense adalah program menang-menang antara pemilik laman web dan Google.Walaupun Google merahsiakan peratusan sebenar pembahagian pendapatan ,namun pendapatan mereka yang menjana wang menerusi laman web mereka adalah lumayan.

No comments:

Post a Comment