Wednesday, January 28, 2015

aplikasi android untuk penerbitan internet


APLIKASI ANDROID UNTUK PENERBITAN INTERNET

Peranti android merupakan alternatif pengkomputeran terbaik ketika jauh dari komputer .Dengan teknologi di genggaman ,kemanfaatan peranti semakin terasa dengan adanya aplikasi terbaik untuk penerbitan internet.

Penerbitan internet meliputi segala macam bentuk atau cara mempamerkan hasil yang dilakukan individu khusus di talian.Ia boleh merangkumi pelbagai perkara dan tujuan termasuklah bersosial,berkongsi maklumat,perniagaan serta urusan pejabat.

Jika anda memiliki peranti yang menggunakan platform android,cara bijak adalah anda tidak mensia-siakan kelebihan cirinya untuk berbakti kepada anda tidak kira tempat dan masa.Sebenarnya
anda mampu mengoptimumkan penggunaannya bagi tujuan aktiviti seperti penerbitan internet yang sebelum ini hanya dilakukan di desktop atau pun komputer peribadi sama ada di rumah mahu pun di pejabat.

Jika dalam artikel sebelum ini telah memberi anda sedikit idea cara bijak menggunakan android secara penerbitan internet.Kali ini kita ringkaskan kerana ia juga tidak semestinya yang sukar-sukar.

ISI MASA SENGGANG

Realitinya, kini anda boleh menjimatkan masa anda dengan melakukan kerja-kerja seperti mengemaskini blog ,hubungi kenalan untuk berbincang,memuat turun gambar serta perkongsian data penting melalui medium mudah alih.

Pengkomputeran awan menawarkan anda medium mudah alih yang membenarkan pemasangan aplikasi berguna meliputi pelbagai fungsi kecil untuk tugasan anda.Jangan fikir tiada kaitan.Hal ini kerana, anda pasti memerlukan aplikasi-aplikasi ini bagi memperkemaskan teknik pnerbitan internet anda menggunakan peranti android .

Sebagai contoh, jika anda ingin menaip sesuatu bahan maklumat tertentu sebelum anda ingin ulang semak dan dipamerkan di blog anda,anda pasti memerlukan medium yang membenarkan anda melakukan taipan awal sebelum menyunting.Anda juga pasti mahukan sesuatu yang mudah serta senang dikendalikan.Untuk itu ,salah satu aplikasi android yang boleh anda muat turun ke peranti anda adalah Document To Go.Menariknya aplikasi ini menyokong platform perisian mini Microsoft
Word ,Excel,Powerpoint dan Adobe fail PDF di peranti Android anda .Sudah tentu mudah bukan?

TIP PENTING

Penerbitan internet ini pada dasarnya dimanipulasikan daripada kegiatan aktif pengguna internet hari ini yang sentiasa mahu lebih pantas daripada yang lain.Oleh itu , konsep itu diguna pakai terhadap platform sandaran penerbitan dilakukan.Anda boleh lebih peka dengan kemudahan peranti anda berfungsi.Ada pelbagai tip yang boleh anda cuba.Antaranya adalah berkaitan penerbitan video eklusif peribadi.

Spesifikasi peranti sekarang terutamanya telefon pintar dan tablet terus semakin maju berikutan persaingan dalam industri yang semakin hebat.Hal ini termasuklah daripada segi kebolehan kameranya menghasilkan imej dan video.Kini banyak sudah boleh merakam video sehingga resolusi penuh HD.

Jadi untuk menjadikan penerbitan di laman sosial atau pun blog anda lebih menarik dan menyengat,sunting dahulu dengan aplikasi Android , misalnya Clesh Video Editor dan lihatnya hasilnya yang pasti membuatkan rakan anda teruja.

Selain itu ,untuk memastikan kemas kini pada blog anda sentiasa diperbaharui anda semestinya boleh melakukannya dengan beberapa aplikasi yang saling berkaitan .Ia lebih memudahkan di samping menjimatkan masa.Ketika anda sedang berehat ,menunggu yang tersayang atau pun sedang beriadah ,catat segala idea dengan pelbagai aplikasi pilihan android sebelum disuntung dan terus dimuat turun..

OPTIMUMKAN PENGGUNAAN

Anda perlu jadi pengguna yang bijak .Anda patut ringan-ringankan tangan sesekali semak pada Google Play untuk ketahui aplikasi terbaru.Mana tahu ia akan membantu anda pada saat genting.Idea penerbitan internet menggunakan Android ini jika dipelbagaikan pasti memberikan anda kepuasan sebenar melayari dunia teknologi di hujung jari.

Istimewa untuk anda ,kami berikan senarai aplikasi yang sesuai sebagai idea penerbitan internet guna Android .Segala-galanya terletak di tangan anda,jadi pembeli bijak yang turut bijak menggunakan aplikasi Android

15 APLIKASI TERBAIK PENERBITAN INTERNET

JUMP DESKTOP

Jump Desktop aplikasi alat kawalan jauh desktop yang membolehkan anda mengawal komputer anda dari telefon atau tablet.Nah mudah untuk membuat kerja-kerja menerbitkan bahan bukan.Serasi dengan kedua-dua RDP dan VNC,JUMP DESKTOP adalah selamat,boleh dipercayai dan sangat mudah untuk dikendalikan.Antara muka pengguna yang diselaraskan memberikan anda peluang untuk bekerja pada mana-mana peranti sama ada telefon pintar atau tablet.

ADOBE PHOTOSHOP TOUCH

Sunting imej yang dirakam dengan tablet anda yang turut punya pilihan untuk mencari imej di carian Google .Adobe Photoshop Touch ini direka dengan ciri-ciri teras Photoshop khusus untuk tablet Android.Gabungkan imej, guna kesan professional serta terbitkan dan kongsi dengan rakan-rakan,keluarga dan rakan-rakan melalui laman web seperti Facebook dan banyak lagi hanya melalui tablet Android anda.

KAMUS ASTROTEK

Bagaimana ketika anda sedang mencari maklumat untuk diterbitkan ke blog anda ,ada pula perkataan Inggeris yang anda tidak faham?Aplikasi ini menyediakan lebih daripada 25000
definisi perkataan Bahasa Inggeris -Bahasa Malaysia.Fungsi perencanaan Bahasa Inggeris membolehkan anda belajar cara yang betul untuk menuturkan sesuatu perkataan.Fungsi Sejarah dan Penanda Buku memberi panduan kepada anda untuk mencari perkataan yang dikehendaki dengan cepat.”Memberitahu Carian “ menjadikannya mudah untuk menyalin perkataan daripada mana-mana aplikasi lain dan mencari maknanya.

PATH

Instagram percuma untuk Android ini merapatkan jurang antara aplikasi fotografi sosial yang telah direka untuk penerbitan internet yang baik.Muat naik foto ke blog anda dan hantar juga ke Facebook untuk berkongsi dengan rangkaian yang lebih meluas.

ONAVO

Anda mungkin sedar bahawa tarif bimbit anda menyediakan 500MB data sebulan,tetapi adakah anda tahu bagaimana data yang akan digunakan oleh aplikasi yang berbeza?Ketika anda sibuk dengan kerja-kerja penerbitan internet .Onavo akan menunjukkan anda bagaimana untuk memantau trafik data dan memaparkan sebagai carta yang sangat mudah difahami.

DOCUMENT TO GO

Kini anda boleh melakukan kerja-kerja taipan secara langsung melalui perisian Microsoft Word,Excel,PowerPoint dan Adobe fail pdf di peranti Android anda.Mudah digunakan ,Document To Go adalah satu aplikasi mudah alih yang berbaloi digunakan dari segi urusan pra penerbitan internet yang baik.

OPERA MINI

Mencari alternatif kepada pelayar web pra-muat Google Android? Opera mini adalah pilihan yang tepat .Untuk mencari maklumat tambahan atau membuka platform blog anda ,ia mengguna teknologi mampatan yang memastikan laman web memuatkan pelayaran dengan lebih pantas serta kos yang lebih kurang dalam penggunaan data.

MP3 CUTTER

Jika anda ingin meletakkan bahagian lagu-lagu kegemaran anda samaada di Facebook,blog atau apa sahaja platform penerbitan internet lain,jimatkan masa anda untuk muat turun bahagian tertentu yang menarik sahaja.Apa kata potong mana yang tidak berkenaan dengan MPC3 CUTTER dan gunakan mana yang menarik sahaja.

WORDPRESS

Walaupun terdapat pelbagai cara baru untuk membuat blog ,tetapi blogging yang paling popular adalah Wordpress .Anda boleh menggunakan aplikasi Android Wordpress untuk mengepos ,mengedit dan mengurus blog anda semasa dalam perjalanan hanya dengan memerlukan peranti di tangan.

DROPBOX

Tertanya-tanya apa keseronokan yang boleh anda nikmati melalui perkhidmatan awan ?Dropbox
membantu anda memahami ,Apabila dipasang pada komputer dan peranti Android anda.anda boleh menukar fail antara kedua-duanya mengikuti kehendak meliputi gambar,video dan dokumen.Jadi hantar apa sahaja fail yang diperlukan sebelum diterbitkan.

CAMCARD

Dengan CamCard ,anda menggunakan kamera peranti Android untuk mengambil gambar kad perniagaan .Dalam tempoh beberapa saat ,Camcard mengimbas imej dengan menggunakan teknologi watak pengiktirafan optik (CCR) dan ekstrak semua maklumat yang berkaitan seperti nama dan gelaran orang,nama syarikat,alamat,nombor telefon,alamat e-mel dan laman web.Anda kemudiannya boleh membuat apa-apa pembetulan yang perlu dan simpannya kenalan telefon anda.Jadi seorang lagi rakan professional yang dapat membantu anda tatkala runsing mengenai hal-hal penerbitan telah ditemui.

EVERNOTE

Kadangkala kala ,tugasan seharian cukup banyak ,sehinggakan terlupa anda masih perlu mengemaskini blog .Evenote dapat membantu anda ingat segala-galanya di semua peranti yang anda gunakan .Fungsinya termasuklah penyimpanan dan menyegerakan nota serta senarai tugasan.Selain itu juga anda dapat menambah gambar untuk bantuan memori visual.

SMART OFFICE2

Sunting,cipta,cetak dan kongsi dokumen.Hanya pada telefon pintar atau tablet Android anda.Pengumpulan maklumat dan menyuntingnya untuk menjadi penerbitan internet anda sendiri tentu mudah dengan aplikasi pejabat pintar ini.Antara mukanya konteks semudah seret dan lepas ,selain itu ,anda dapat berkongsi e-mel dalam format asal atau PDF dan perkongsian DropBox atau Goggle Docs.

COLORNOTE NOTEPAD NOTES

Ini adalah aplikasi notepad berkuasa di mana nota dimasukkan sama ada sebagai nota teks yang mudah atau senarai semak secara dalam talian.Di samping itu anda boleh memberi tajuk pada setiap nota dengan memberikan salah satu daripada sembilan warna untuk setiap nota .Anda juga boleh melindungi kata laluan nota anda .Anda sudah ada pembantu sekarang.

ANDROMEDIA VIDEO EDITOR

Anda pasti ada web TV anda sendiri bukan .Jadi jangan buang masa untuk menyunting video tersebut di desktop anda kerana kadangkala mungkin kita tidak sempat .Aplikasi suntingan video untuk platform Android ini sangat unik dengan sangat intuitif untuk digunakan sesiapa sahaja .AnroidMedia dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri umum dan tambahan bagi menjadikan hasil penyuntingan video anda kelihatan professional dalam beberapa minit.Membuat filem tidak pernah semudah ini.

No comments:

Post a Comment