Wednesday, January 28, 2015

bermula dengan google adsense


Bermula Dengan Google Adsense

Saya akan menunjukkan cara mudah bermula dengan program Google Adsense iaitu menerusi laman blog.Blog adalah laman web yang berkonsepkan jurnal online (dalam talian).Blog membolehkan pemiliknya menambah kandungan laman mereka dengan mudah.

Kandungan blog disusun mengikut tarikh artikel(post) disiarkan.Antara kelebihan blog ialah membolehkan anda berinteraksi dengan pembaca blog anda.Pembaca atau pelawat laman web blog boleh memberi respon (reaksi) dan komen kepada semua artikel yang anda tulis menerusi blog.

Laman blog juga digemari oleh kebanyakan search engine (enjin carian) kerana menjanjikan kandungan asli dan baru bagi disenaraikan di keputusan carian mereka.Pastikan kandungan laman blog anda berinformasi dan bukan semata-mata mengandungi cerita peribadi anda.Anda juga boleh mengaitkan pembaca blog anda dengan situasi yang anda tulis di blog anda.

Kebanyakan laman web yang ditolak bagi menyertai program Google Adsense adalah kerana tidak mempunyai kandungan yang baik ataupun asli hasil daripada copy dan paste dari laman web lain.Google hanya meluluskan laman web yang mempunyai kandungan yang unik dan tidak sama dengan laman web lain.Sekiranya anda ingin menyalin kandungan daripada laman web lain dan memasukkannya dalam blog anda,sila masukkan sumber rujukan atau memberi kredit kepada penulis asal.

Saya menyarankan supaya anda menulis sendiri kandungan laman blog anda supaya ia dapat melatih anda menulis.Anda boleh apa sahaja ,namun saya sarankan agar anda menulis tentang tentang satu topik atau niche.Contohnya anda ingin menulis tentang kewangan,tulis artikel bberkenaan kewangan secara konsisten pada blog anda bagi memastikan hanya iklan Adsense berkenaan kewangan disiarkan pada laman blog anda.

Apakah Bahasa yang digunakan ?

Pada masa kini ,bahasa Melayu masih belum diterima dalam program Google Adsense.Anda perlu menggunakan bahasa Inggeris bagi penulisan blog anda.Anda dapat menggunakan ayat dalam bahasa Inggeris yang mudah bagi menulis artikel diblog anda.Anda dapat merujuk berita online dari dalam atau luar negara bagi mencari idea penulisan.

Bagaimana dengan blog dalam bahasa Melayu ? Anda dapat memasukkan kod Adsense sesudah mempunyai akaun Google Adsense.Namun iklan adakalanya tidak disiarkan oleh Google kerana unsupported language (bahasa yang tidak disokong) .Jangan sesekali memohon akaun Google Adsense dengan blog dalam bahasa Melayu.Kakitangan Google tidak memahami bahasa Melayu .Permohonan anda pasti ditolak apabila ia ditulis dalam bahasa yang tidak difahami oleh mereka.

Antara bahasa lain yang disokong menerusi program Google Adsense adalah Itali,Mandarin,Indonesia,Latin dan banyak lagi .Dukacitanya bahasa Melayu belum tersenarai dalam bahasa yang disokong.Mungkin suatu hari nanti ,program Google Adsense akan dibuka sepenuhnya kepada laman web bahasa Melayu.

Bagaimana Google Membayar Anda ?

Google mempunyai reputasi yang baik di kalangan publisher kerana mereka membayar tepat pada masanya setiap bulan.Kebiasaannya pembayaran dilakukan antara 23 hingga 25 hari bulan setiap bulan.Bayaran hanya akan dilakukan setelah akaun anda mencapai jumlah pendapatan sekurang-kurangnya USD100.00.Sekiranya akaun anda belum mencapai jumlah itu, baki akan dibawa ke bulan hadapan.

Kini, Google menguasai banyak bidang terutamanya bidang teknologi search engine.Google juga menjadi syarikat gergasi teknologi maklumat yang sukar dicabar oleh mana-mana syarikat sehinggakan Bing (dulunya MSN) terpaksa bergabung dengan Yahoo! Bagi bersaing dengan Google dalam teknologi search engine.Google juga cuba memecahkan dominasi Microsoft menerusi pembangunan sistem operasi mereka sendiri iaitu Chrome selain membangunkan sistem operasi telefon mereka yang dinamakan Android.

Terdapat dua kaedah pembayaran yang ditawarkan kepada publisher dari Malaysia pada masa ini iaitu menerusi cek dan menerusi Western Union.Apabila jumlah di dalam akaun anda mencapai USD50.00 .Google akan menghantar satu poskad yang mengandungi kod pengesahan.Kod ini bertujuan memastikan alamat anda adalah benar.Bayaran tidak diuruskan sekiranya anda belum menerima kod ini walaupun akaun anda telah mencapai jumlah USD100.00.

1)Cek

Apabila anda memilih menerima cek,kebiasaannya akan mengambil masa dua minggu untuk sampai ke alamat anda di Malaysia.Kemudian anda boleh memasukkan cek itu di mana-mana bank perdagangan di Malaysia seperti Maybank,CIMB,RHB,Bank Muamalat,Bank Rakyat,Public Bank dan sebagainya.Anda perlu ke kaunter bagi urusan ini .Jangan memasukkan dalam mesin ATM Fast Cheque.Setiap bank ini mengenakan caj yang berlainan.

Saranan saya gunakan RHB atau CIMB bagi menukar cek Google Adsense anda kerana caj penukaran agak rendah iaitu kurang RM20.00 bagi setiap cek.Caj bank ini akan ditolak daripada jumlah wang yang anda terima ,Masa yang digunakan menukar cek tersebut adalah 30 hari.

Jadi anda perlu menunggu hampir 44 hari bagi menikmati pendapatan anda daripada program Google Adsense apabila memilih kaedah pembayaran menggunakan cek.Tempoh sah cek ini pula adalah tiga bulan ataupun 90 hari .Saya harap anda segera menghantarnya ke bank setelah cek tersebut diterima.

2)Western Union

Apabila anda memilih kaedah Western Union anda hanya memerlukan satu hari bagi menuntut wang anda kepada wang tunai .Jadi anda akan menerima wang anda dengan lebih cepat .Dengan Western Union ,anda boleh menuntutnya di CIMB,RHB,Agro Bank,Pos Malaysia atau mana-mana bank yang mempunyai logo Western Union di premis mereka.Dapatkan bantuan staf berkaitan bagi mengisi borang tuntutan wang anda.

Bagi memudahkan proses ,cetak muka surat penyata Google Adsense yang mengandungi nombor MCTN Western Union.Anda akan menerima wang anda dalam Ringgit Malaysia walaupun anda dibayar dalam US Dollar (USD) oleh Google.Pihak ajen Western Union akan menukarnya mengikut kadar tukaran mata wang semasa.Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Western union ,anda boleh melayari http://www.westernunion.com.

Antara kedua-dua pilihan kaedah bayaran ini,saya sarankan supaya anda memilih Western Union kerana lebih cepat dan mudah.Anda tidak perlu menunggu lama bagi menikmati hasil usaha anda dalam Google Adsense.Ini akan meningkatkan motivasi anda untuk terus berusaha lebih baik.

Perbandingan antar Cek dan Western Union

Berikut adalah jadual perbandingan antara kaedah pembayaran menerusi cek dan Western Union.



Cek Asing
Western Union
Tempoh penerimaan
14 hari atau lebih
Serta-merta secara online
Tempoh sah
90 hari
35 hari
Jenis publisher
Individu dan perniagaan
individu
Mata wang
USD change to RM
USD ,ajen bayar tunai RM
Caj
Tinggi
Tiada caj Google bayar
Tempoh pertukaran
30 hari
1 hari

Daripada jadual diatas ,tempoh selama 44 hari bagi menerima wang hasil daripada usaha anda menulis blog adalah cukup panjang.

Memahami Polisi Google Adsense

Sebelum memohon akaun Google Adsense ,saya harap supaya anda memahami polisi penting ini.Kebanyakan publisher tidak memahami polisi ini hingga menyebabkan akaun mereka dibatalkan dan dilarang menyertai program Google Adsense buat selama-lamanya.

Google sentiasa mengemaskini polisi mereka dari masa ke semasa .Pastikan anda sentiasa mengambil tahu tentang perubahan polisi yang dilakukan oleh Google supaya tidak menjejaskan akaun anda .Anda boleh melihat senarai polisi Google di laman web rasmi http://www.google.com/Adsense/policies.

Antara polisi penting yang anda perlu tahu ialah :

1) Satu akaun Goole Adsense setiap orang

Anda hanya dibenarkan memiliki satu akaun Google Adsense walaupun anda mempunyai banyak laman web .Anda tidak dibenarkan memiliki lebih satu akaun .Sekiranya dikesan oleh Google ,kesemua akaun anda akan dibatalkan .Sekiranya anda mempunyai laman web yang banyak ,semua laman tersebut akan menggunakan kod Adsense daripada satu akaun sahaja.

2)Jangan minta orang lain klik iklan anda

Jangan sesekali meminta pelawat laman web anda klik pada iklan Adsense anda.Contohnya “Sila Klik Iklan Di Bawah Untuk Menyokong Kami” .Tindakan ini akan menyebabkan akaun anda dibatalkan.Anda hanya perlu membiarkan pelawat menentukan sama ada mahu klik ataupun tidak pada iklan anda.Apabila mereka berminat dengan iklan itu,mereka akan klik.

3)Memberi Insentif apabila kilk iklan

Anda juga dilarang memberi insentif kepada pelawat laman web anda supaya mereka kilik pada iklan Adsense anda.Contohnya “Sila klik iklan dibawah ,ebook percuma kepada anda”.Tindakan ini juga menyebabkan akaun anda dibatalkan.

4)Klik iklan anda sendiri

Anda dilarang mengklik pada iklan Adsense anda sendiri.Jangan mengambil jalan pintas walaupun sekadar ingin menguji.Google mempunyai teknologi yang cukup canggih bagi mengesan sama ada
anda klik pada iklan anda sendiri ataupun tidak,walaupun anda menggunakan komputer di kafe siber.Sesiapa yang klik pada iklan sendiri pasti tidak akan terlepas.Kebanyakan orang yang mengklik iklan sendiri ,akaun Google Adsense mereka dibatalkan tidak lama selepas itu.Ingat tiada jalan pintas
menjana duit dengan Google Adsense.

5)Statistik penting akaun Adsense anda

Google melarang publisher mereka mendedahkan maklumat penting seperti CTR,Impression dan sebagainya.Sekiranya dikesan akaun anda akan dibatalkan.Google meminta agar publisher merahsiakan maklumat prestasi iklan mereka.Ini bagi mengelakkan maklumat itu jatuh ke tangan pesaing mereka.Hanya maklumat pendapatan sahaja dibenarkan didedahkan.

6)Kandungan pornografi

Google sangat menitikberatkan tentang laman web yang selamat bagi semua orang termasuk kanak-kanak.Jangan sesekali memasukkan gambar atau kandungan pornografi pada laman web anda, sekiranya dikesan akaun itu akan dibatalkan .

INFO

Impression bermaksud paparan atau dilihat.Sekali iklan anda keluar atau load,ia dikira 1 impression.Apabila anda refresh atau mengemaskini halaman ,ia dikira 1 impression juga.1000 impression bermaksud 1000 kali iklan anda dilihat orang .

CTR bermaksud Clickthrough Rate iaitu satu ukuran bagi mengukur prestasi iklan anda.Peratusan klik iklan anda daripada keseluruhan iklan anda yang dipaparkan.

Perkara di atas adalah antara polisi penting yang dipandang ringan oleh pemilik laman web .Apabila anda melanggar polisi ini, akaun anda dibatalkan.Malah rayuan selepas itu juga tidak dilayan.Jangan sia-siakan peluang anda bagi menghasilkan pendapatan lumayan menerusi program Google Adsense.

Google sangat tegas dalam melaksanakan sebarang polisi yang ditentukannya.Jangan mencabar Google dengan melakukan perkara yang dilarang mereka.Ini merugikan anda kerana antara sumber pendapatan yang paling mudah di internet adalah menerusi program Google Adsense.


No comments:

Post a Comment