Wednesday, January 28, 2015

buat duit gaya android


BUAT DUIT GAYA ANDROID

Selain menggunakan Android seseorang juga pasti mahu pulangan daripadanya ,terutamanya yang mampu menjana duit.Salah satu yang boleh diberi perhatian adalah menerusi pembangunan aplikasi.

Adakah anda seorang pengguna Android ? Berikutan daripada perkembangan pesat yang ditunjukkan oleh platform sandaran yang menggunakan peranti Android ,ia telah menguasai pasaran
terbuka dengan bilangan penggunanya mencecah berbilion-bilion pengguna di seluruh dunia.Tetapi adakah anda sebagai pengguna Android sedar bahawa peranti anda sebenarnya membawa 'tuah'?

Laporan Gartner menyebut pada suku terakhir tahun 2011.50.9% daripada bahagian pasaran penjualan peranti di seluruh dunia adalah menggunakan sistem operasi Android.Realitinya ini menunjukkan bahawa sistem operasi (OS) Android mula mendapat tempat di samping penjualan perantinya (tablet dan telefon pintar) semakin digemari pengguna pada harga yang berpatutan.Apa tunggu lagi ,manfaatkan peluang daripada perkembangan positif ini dengan idea penerbitan yang mengkagumkan.

Bukan semua pengguna Android sedar bahawa peranti mereka sebenarnya memiliki rahsia untuk menambah pendapatan.Berikut adalah idea buat duit penerbitan internet secara pembangunan aplikasi Android untuk mengalirkan wang ke poket anda.Tiada salahnya ,malah menguntungkan jika anda terbitkan sesuatu aplikasi yang mampu menjana pendapatan tambahan anda tanpa sedar.

PEMBANGUN APLIKASI ANDROID

Untuk membangun aplikasi untuk Android ,ia cukup mudah berbanding sistem operasi lain dengan perangkaan untuk pasaran membangun yang lebih meluas.Pembangun aplikasi juga boleh mendapatkan segala dokumentasi tentang ciri-ciri platform utama yang boleh diterokai dengan melayari laman web pembangun Android.

Segala rangka kerja untuk membina aplikasi ,alat membangun,pengujian aplikasi dan bagaimana untuk menerbitkan perisian untuk platform Android turut diberikan bagi memudahkan pembangunan aplikasi Android.

Oleh sebab itu ,Android menyediakan jutaan aplikasi dalam pasaran Google Play yang menjadi platform utama muat turun aploikasi penggunanya.Namun bagaimana pula untuk buat duit?

Langkah pertamanya adalah anda perlu mengemukakan permohonan untuk menjual aplikasi anda melalui Google Play di laman khususnya Developer.android.com.Sesiapa sahaja daripada kalangan pembangun aplikasi boleh melakukannya tetapi mesti memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Google sendiri.

Aplikasi yang bersandarkan platform Android sebenarnya tidak sesukar mana untuk dibangunkan kerana ia juga boleh menggunakan Java.Apa yang penting anda perlu membuat penyelidikan berkenaan minat dan analisis tentang rekod muat turun popular serta versi platform Android yang mana paling banyak digunakan pengguna bagi memastikan aplikasi anda menepati ciri-ciri tersebut.

BEBERAPA TIP BUAT APLIKASI

Jual Iklan dalam aplikasi

Alternatif popular bagi pembangun aplikasi adalah turut menjual iklan di dalamnya sekali seperti melalui ADMOB.Setiap kali seseorang klik pada salah satu iklan anda akan dibayar.

Sesetengah daripada pembangun telah terbukti menerima pulangan yang lebih daripada jualan iklan melalui cara ini berbanding bayaran aplikasi itu sendiri.

Ini dapat mengurangkan kerunsingan berkenaan pulangan kos anda di mana melalui pasaran Android ,anda dapat memohon dan menerima bayaran balik dalam tempoh 24 jam selepas pembelian.

Menjual Penyesuaian(Customize)

Strategi penting bagi memastikan aplikasi anda buat duit secara maksimum .Aplikasi asas adalah percuma tetapi bagi mereka yang ingin benar-benar masuk ke dalamnya ,berikan pengguna melakukan pembelian untuk memberikan pengalaman yang lebih baik ketika menggunakan aplikasi tersebut.

Kandungan Aplikasi berbayar

Anda perlu menyediakan tapak aplikasi yang percuma kukuh bagi meyakinkan pengguna berkenaan kandungan aplikasi anda.Bagi pemuzik atau pun penulis bebas boleh menggunakan strategi ini .

Selain itu , pembangun biasa yang mahu menjual sama ada seperti kesan bunyi(sound effect) atau karya -karya tulisan(pastikan bukan diciplak) juga pasti punyai peluang.Ia bergantung sama ada keuntungan secara langsung atau pun melalui kaedah kerjasama.Kenakan bayaran untuk setiap muat turun.

Jual Plugin

Realitinya ,Android tidak mempunyai binaan 'plugin' secara rasmi .Tetapi sesetengah pembangun lebih selesa dengan cara binaan aplikasi dengan cara Java iaitu dengam memanfaatkan pemuat kelas khusus untuk mengakses fail JAR tempatan.Jika anda mendapat satu rangka kerja untuk bekerja dengan kod anda ,anda punya pilihan untuk menjual plugin bagi aplikasi percuma.

No comments:

Post a Comment