Wednesday, January 28, 2015

cara membina blog


Membina Blog

Sudahkah anda mempunyai idea? Saya menerangkan cara anda dapat mencari idea bagi blog anda.Ini adalah langkah penting sebelum anda memulakan pembangunan blog di internet bagi mencari wang.Sekarang mari bina blog pertama.

Membuka Akaun Gmail

Bagi memudahkan urusan selepas ini ,saya menyarankan supaya anda membuka satu akaun Gmail terlebih dahulu.Ini kerana Google mengamalkan sistem bersepadu bagi semua perkhidmatan yang ditawarkan olehnya seperti Blogger.com,Adsense,Feedburner,Orkut,Adwords dan sebagainya.Bagi membuka akaun Gmail sila layari http://gmail.com

Dengan adanya akaun Gmail, ini memudahkan anda mendaftar pelbagai lagi kemudahan yang disediakan olehnya selepas ini.Akaun Gmail berguna bagi pemasaran blog dan analisa blog anda.Membuka akaun Gmail juga bermaksud anda memiliki Google secara automatik.

Mendaftar di blogger.com

1)Layari http://www.blogger.com, kemudian masukkan e-mel Gmail dan password pada ruangan sebelah kanan.

2)Kemudian isikan ruangan [Display Name] dan tik pada [Email Notification] dan [Acceptance of Term] seterusnya klik [Continue].

3)Pendaftaran akaun Blogger anda selesai .Anda akan dibawa ke Dashboard Blogger bagi membina blog pertama anda.

4)Langkah seterusnya adalah klik pada [Create Your Blog Now] bagi membina blog anda.

5)Masukkan [Blog title] dan [Blog address] kemudian klik pada [Check Availability] bagi menyemak sama ada URL blog sudah itu sudah digunakan ataupun tidak.Sekiranya ia sudah digunakan anda perlu memasukkan cadangan URL yang lain bagi blog anda.

6)Langkah seterusnya adalah memilih template bagi blog anda .Anda boleh memilih template yang anda suka .Terdapat lapan pilihan template yang disediakan oleh Blogger.com.Anda hanya perlu klik pada gambar template dan tekan butang [Continue].Anda juga boleh menukar template ini kepada template yang bukan disediakan oleh Blogger.com seperti perkhidmatan template percuma bagi pembangun laman web.

7)Anda berjaya mendaftarkan blog anda .Seterusnya mulakan menulis artikel pertama pada blog anda atau mengubah setting pada blog anda.

8)Anda dapat menulis entri pertama dengan mengklik pada start blogging.

9)Sesudah itu klik butang Publish bagi menyiarkan entri itu kepada umum.Secara automatik entri itu boleh dilihat dan dibaca oleh orang ramai.

10)Sesudah entri yang anda cipta dipaparkan ,anda boleh melihat rupa bentuk keseluruhan blog anda I dengan klik pada View Post.

Kini anda berjaya menghasilkan blog pertama anda .Anda dapat menambah gajet dan fungsi tambahan lain pada blog anda bagi menjadikannya lebih cantik dan digemari oleh pembaca blog.Tema blog juga boleh diubah mengikut kemahuan anda..

Menambah Gajet Blog Anda

Bagi menambah gajet(gadget) atau fungsi tambahan pada blog ,anda boleh ke Dashboard Blogger dan klik pada Design.

Bagi menambah gajet ,klik [Add a Gadget] bagi memilih dan memasukkan gajet baru pada blog anda .Bagi membuang gajet yang anda tidak perlukan pula klik [Edit] dan klik [Remove].

Anda dapat memilih gajet yang diperlukan daripada lebih 20 gajet yang disediakan oleh blogger.Anda perlu klik pada butang tambah bagi memasukkan gajet tersebut pada blog anda.Anda boleh menjelajahi semua alatan ini kelak dan memilih gajet pilihan anda yang mempunyai fungsi tertentu bagi dimuatkan dalam blog anda.

Terdapat lebih daripada 1000 gajet yang menarik dapat anda gunakan.Anda boleh klik pada Basics,Featured,Most Popular dan More Gadgets bagi pilihan gajet blog anda.Gajet ini bertambah dari semasa ke semasa kerana Blogger.com membenarkan penggunanya membangunkan gajet mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment