Wednesday, January 28, 2015

cara memohon akaun google adsense


Permohonan Akaun Google Adsense

Terdapat beberapa kaedah bagi memohon akaun Google Adsense.Pastikan anda memohon akaun sesudah blog anda siap sepenuhnya .Jangan terburu-buru memohon akaun Adsense ,saya khuatir akaun anda tidak diluluskan apabila anda memohon dengan blog yang baru dan mempunyai artikel yang sedikit.Kaedah bagi anda memohon akaun Google Adsense adalah:

1)Secara manual dari laman Google Adsense
2)Menerusi Blogger.com
3)Laman web pihak ketiga

Senarai Semak Sebelum Memohon Akaun

Sebelum anda menghantar permohonan ,saya berharap anda dapat memastikan senarai semak ini dipenuhi terlebih dahulu.Senarai ini dapat mengelakkan akaun anda daripada ditolak permohonannya.

Polisi Google Adsense yang perlu diambil perhatian:

1.Pastikan usia blog anda lebih dari dua minggu .Google kadangkala menolak permohonan blog yang baru dibina.

2.Kandungan blog mencukupi .Pastikan anda menulis entri setiap hari selama seminggu.Anda boleh menulis dua entri setiap hari.

3.Tiada kandungan pornografi .Jangan sesekali memasukkan gambar atau imej yang menggairahkan dalam blog anda.

4.Blog dalam bahasa Inggeris.Jangan menghantar permohonan bagi akaun bagi akaun Google Adsense dengan blog bahasa Melayu .Akaun anda tidak akan diluluskan kerana kakitangan Google tidak memahami kandungan blog anda .

5.Tiada iklan lain .Jangan masukkan iklan dalam blog anda ketika memohon akaun Adsense termasuk nuffnang atau pelbagai syarikat pengiklanan lain bagi mengelakkan salah faham bahawa blog anda sudah mempunyai pengiklan dan tidak serius dengan program Google Adsense .Anda boleh memasukkan pengiklan lain setelah akaun anda diluluskan.

Pastikan perkara-perkara di atas dipatuhi sebelum memohon akaun Google Adsense.Sekiranya anda berdegil mahu memohonnya sebelum memastikan perkara diatas ,anda perlu bersedia menerima e-mel penolakan penyertaan anda dalam program Google Adsense.

1.Permohonan secara Manual

Apabila anda sudah mempunyai laman web anda sendiri,anda boleh memohon akaun Google Adsense secara manual menerusi laman Google Adsense iaitu laman web http://www.google.com/adsense

Anda perlu mengisi borang pendaftaran yang disediakan oleh Google bagi memohon akaun Google Adsense.Jangan mengisi maklumat palsu ataupun nama samaran anda kerana Google hanya membayar nama yang didaftarkan sahaja.

Anda perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan oleh Google .Pada ruangan maklumat laman web (website information) ,sila isi alamat laman web anda(website url) dengan url laman web anda.Selepas itu pada ruangan bahasa laman web (website language) sila pilih bahasa ingeris(English-English). Pada ruangan maklumat laman web ,pilih bahasa yang betul.Anda perlu memilih bahasa Inggeris pada setting itu.Walaupun terdapat bahasa Indonesia pada pilihan bahasa ,jangan memilihnya sekalipun bahasa Melayu dan Indonesia hampir sama .

2.Permohonan melalui Blogger.com

Anda sudah diterangkan cara membina blog pada artikel sebelum ini.Anda juga sudah mendaftar akaun gmail.com .Anda boleh juga mendaftar akaun Google Adsense menerusi laman blogger.com.Ini kerana ,Blogger .com adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Google.Anda perlu login ke ke akaun Blogger.com anda di laman http://www.blogger.com terlebih dahulu.

Bagi mendaftar menerusi laman blogger.com ,klik pada [Monotize] dan pilih interface(antara muka) yang ingin anda gunakan.Seterusnya klik butang [next]

Seterusnya pilih pada [Create a New Adsense Account] dan tekan butang [Next] .Kemudian anda perlu mengisi borang permohonan.Sekiranya anda sudah mempunyai akaun Adsense anda boleh pilih [Use an Existing Adsense Account].

Seterusnya ,tunggu e-mel daripada Google bagi mengesahkan pendaftaran dan menunggu kelulusan daripada kakitangan Google.

3.Permohonan Melalui Pihak Ketiga

Google membenarkan sesetengah laman web menggunakan API Google Adsense sebagai salah satu cara perkongsian pendapatan menerusi laman web mereka.API bermaksud Application Programming Interface.Google membenarkan laman web ini membangunkan aplikasi mereka menggunakan antara muka Google Adsense.Ini membolehkan pendaftaran akaun dilakukan menerusi laman web mereka.

Beberapa laman pihak ketiga popular yang menawarkan perkhidmatan ini adalah:

Indyarocks


Indyarocks adalah sebuah laman web rangkaian sosial dari india.Anda dapat menggunakan laman ini bagi mendaftar Akaun Adsense kerana mereka mengamalkan perkongsian pendapatan daripada kandungan yang anda masukkan dan berkongsi di Indyarocks.

Docstoc


Docstoc adalah laman web perkongsian fail.Anda dapat mengupload fail atau dokumen anda di sana.Mereka akan memasukkan iklan Google Adsense pada dokumen anda.Apabila ramai orang melihat dokumen anda dan klik pada iklan Adsense tersebut,anda akan menerima pendapatan daripadanya .Docstoc juga digunakan bagi mendaftar akaun Google Adsense.
Flixya


Flixya adalah laman perkongsian video.Anda dapat meng-upload video anda dan menerima pendapatan menerusi iklan Google Adsense.Semakin popular video anda semakin banyak pendapatan yang anda dapat.Pastikan video tersebut adalah kepunyaan anda.

Hubpages


Laman hubpages pula adalah laman perkongsian artikel.Anda dapat membina pages atau halaman anda di Hubpages dan menerima pendapatan menerusi iklan Google Adsense .Pastikan artikel yang masukkan adalah unik dan menarik.

Beberapa cara diatas dapat digunakan bagi mendaftar akaun Google Adsense .Setelah akaun anda diluluskan ,anda akan menerima e-mel pemberitahuan bahawa akaun anda diluluskan.Kebiasaannya tempoh kelulusan akaun Adsense di antara 2 jam sehingga 2 minggu.Anda boleh login ke dalam Google Adsense dashboard selepas itu bagi melihat prestasi akaun anda dan juga mencipta kod Adsense bagi blog anda.

LARANGAN DALAM GOOGLE ADSENSE

Sebelum anda menjelajah lebih lanjut tentang Google Adsense,terdapat pantang larang yang perlu anda ketahui dan hindari daripada melakukannya sama ada secara sengaja ataupun tidak.Ini bagi memastikan akaun anda selamat dan tidak dibatalkan oleh Google.

Elakkan daripada :

-Mengklik Adsense anda sendiri
-Menawarkan hadiah kepada orang yang klik Adsense anda
-Menyuruh pelawat laman web anda klik Adsense anda
-Menggunakan program tertentu supaya klik secara automatik
-Menggunakan robot klik
-Menggunakan perkhidmatan seperti Pay to click,autosurf dan sebagainya bagi mendapatkan pelawat.

Jangan sesekali melakukan perkara diatas sekiranya anda sayangkan akaun Adsense anda.Nama anda disenaraihitamkan buat selamanya.Anda mungkin tidak berpeluang menyertai program ini sesudah akaun anda dibatalkan.

Pastikan:

-Laman web anda tidak mempunyai broken link
-Laman web anda tidak mengandungi bahan yang menyalahi undang-undang.
-Tiada unsur pornografi
-Berusia lebih dari 2 minggu dan mempunyai kandungan yang mencukupi.

Anda perlu jujur apabila hendak menjana duit melalui Adsense.Elakkan melakukan perkara-perkara di atas kerana Google pasti dapat mengesan tindakan anda.Mereka mempunyai mekanisma yang canggih bagi mengesan fraud click.Anda juga menganiayai pengiklan apabila anda menggunakan kaedah yang tidak beretika itu.

INFO

Broken link

Adalah pautan yang tidak sah sama ada pautan tidak wujud ataupun terdapat kesalahan pada URL.Perkara ini terjadi mungkin disebabkan laman tersebut sudah berubah ataupun pautan itu dibuang daripada laman web berkenan.

Fraud click

Adalah satu jenayah yang berlaku dalam pengiklanan pay per click di mana individu,skrip atau perisian komputer bertindak mengklik pada iklan bagi mengenakan caj kepada pengiklan berkenaan tanpa mempunyai minat kepada iklan itu.Ini mungkin bertujuan memperoleh komisen daripada klik yang dilakukan ataupun mensabotaj pengiklan.

TIPS PENTING

Kebanyakan mereka yang menjana ribuan dolar dengan Adsense mempunyai ratusan laman web.Apabila setiap satu laman mereka menghasilkan USD5 sehari,mereka mendapat sekurang-kurangnya USD500 dengan 100 laman web,Sesetengah publisher pula hanya mempunyai satu ataupun dua laman web namun mempunyai ratusan page atau halaman .Ini membuatkan lebih banyak topik di tawarkan di laman mereka .Setiap page laman web mereka ini tersenarai dalam search engine.Mereka mendapat ratusan dolar setiap hari daripada Adsense.Pada pendapat anda ,kualiti atau kuantiti menjadi pilihan anda ?

Perkara ini sebenarnya bergantung kepada kemampuan anda.Sekiranya anda merasakan anda mampu memiliki lebih daripada satu blog,teruskan sahaja.Pastikan juga anda mampu mengemaskinikanya dengan entri yang baru dari semasa ke semasa.

Tiada jalan pintas bagi menjana wang di internet.Masih banyak rahsia dunia internet yang belum dibongkar.Anda masih perlu melakukan banyak “try and error” bagi mencari rahsia itu.Kebanyakan pakar mencuba dan memperbaiki kesilapan-kesilapan mereka dan akhirnya mereka kini menjadi jutawan dengan hanya berada di hadapan komputer tanpa perlu berjumpa sesiapa bagi menjual barang.Saya berharap panduan ini dapat membantu anda menjelajahi dunia internet yang tiada sempadan.

No comments:

Post a Comment