Wednesday, January 28, 2015

cara menjana idea


Menjana Idea

Apa yang perlu ditulis dalam blog kita ? Inilah yang sering menjadi masalah utama mereka yang ingin bermula dengan Google Adsense dan juga menulis blog.Anda sebenarnya boleh menulis apa sahaja yang anda suka.Namun adakah cara itu memberikan pulangan lumayan kepada anda?

Itulah persoalan utama yang perlu anda jawab sekiranya ingin berjaya menerusi Google Adsense .Menurut Mohd Shuhaimi Abu Bakar dan Mohamed Farid Sulaiman dalam buku Rahsia Blogger : Membongkar Rahsia Buat Duit Dengan Blog,”kejayaan dalam penulisan blog dan menjana duit daripadanya mestilah mempunyai niche yang tersendiri”.Beberapa aplikasi yang dapat membantu penjanaan idea adalah:

1)Youtube



Youtube adalah laman perkongsian video paling popular di internet dan merupakan laman web ketiga paling kerap dilayari di dunia selepas Google dan Facebook.Anda sebenarnya boleh mencari idea menggunakan video YouTube .Anda hanya perlu layari ruangan Most Popular dan kenal pasti video yang mempunyai views yang paling tinggi dalam masa yang singkat .Apabila video tersebut dilayari dengan banyak dalam masa yang singkat ,bermakna video itu boleh dijadikan satu topik menarik dalam
blog anda.

2)Google Trends


Google Trends adalah salah satu daripada program yang dibangunkan bagi mengetahui trend carian bagi sesetengah keyword.Malah dengan menggunakan program ini ,kita boleh mengetahui negara dan kawasan yang paling banyak mencari maklumat tentang satu-satu kata kunci.Google juga menyenaraikan keyword paling dicari setiap hari menerusi Hot Topics dan Hot Searches di Amerika Syarikat.

Anda boleh manfaatkan program ini bagi mencari idea membangunkan blog anda.Jangan risau anda tidak perlu membayar apa-apa kerana alatan ini percuma.

3)AOL Hot Search


AOL adalah singkatan daripada American Online yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti e-mel,internet dan search engine.AOL hampir menyerupai Yahoo! Tetapi lebih senior berbanding Yahoo! Dan Google.AOL juga mempunyai satu laman khas iaitu AOL HOT Searches yang menunjukkan kata kunci yang paling banyak dicari setiap hari pada search engine mereka.

Berikut adalah antara cara yang boleh anda gunakan bagi mencari idea bagi membangunkan blog anda.Anda boleh senaraikan idea-idea anda dan gunakannya bagi membina blog anda.
4)Google Keyword Tool


Program ini dibangunkan oleh Google secara percuma .Kebanyakan usahawan internet menggunakan program ini bagi mencari idea baru berdasarkan permintaan daripada pengguna internet .Dengan keyword tool Google menunjukkan anggaran carian bagi setiap kata kunci yang berkaitan dengan apa yang anda cari.

Sebagai contoh anda ingin menghasilkan blog tentang “insurance”.Google akan menyenaraikan cadangan keyword lain yang mungkin berkaitan dengan apa yang anda ingin cari bersama jumlah carian di seluruh dunia ,dalam negara dan juga anggaran pengiklan yang sanggup membayar bagi menggunakan kata kunci itu.

Menerusi alatan ini juga,anda dapat mencari kata kunci yang bernilai tinggi yang dapat digunakan bagi membangunkan blog anda.Anda juga boleh mencari idea tentang post yang boleh anda tulis pada blog anda menerusi permintaan atau carian yang dilakukan oleh pengguna internet.

Daripada kata kunci insurance di atas ,anda boleh merangka topik lain yang dapat anda manfaatkan dalam penulisan seperti health insurance,auto insurance dan sebagainya.Anggaran harga bidaan juga lumayan bagi setiap klik.

Bagi membolehkan anda melihat semua statistik di atas ,anda perlu mengaktifkannya terlebih dahulu .Anda perlu klik pada butang Column dan setting seperti diatas akan dipaparkan .Anda boleh memilih statistik yang anda yang anda perlukan bagi membuat kajian.

Google Keyword Tool ini pada asalnya hanya dikhususkan bagi pengiklan Google Adwords ,namun Google menyediakan Keyword Tool versi percuma ini bagi kegunaan orang ramai.

Bagi pengiklan Google Adwords mereka boleh menggunakan alatan ini dengan beberapa fungsi tambahan .Keputusan pada statistik ini hampir sama antara versi berbayar dan percuma.Anda tidak perlu risau akan ketepatannya.


No comments:

Post a Comment