Wednesday, January 28, 2015

huraikan dan tonjolkan


Tonjolkan dan Huraikan secara Berasingan

Tonjolkan ciri-ciri penting produk dan perkhidmatan kita dalam skrip jualan.Gunakan kaedah piramid bagi memudahkan penyampaian maklumat.Kaedah piramid memberi deskripsi ringkas pada peringkat atas dan penjelasan pada bahagian selanjutnya.

Contohnya seorang penjual kereta memperkenalkan memperkenalkan kereta model terbaru pada minisite jualan.Salah satu kelebihan itu adalah menjimatkan penggunaan minyak.Penjual menerangkan satu per satu cara kereta itu dapat menjimatkan minyak.

1.Kereta itu mempunyai reka bentuk enjin dengan sistem enjin terbaru.Penjual itu menghuraikan berkenaan reka bentuk itu dapat menjimatkan minyak.

2.Penjual memberitahu prestasi enjin semasa dalam perjalanan jauh.

Apa yang dilakukan oleh penjual dalam minisite adalah memperkenalkan kereta model terbaru ,memberitahu kelebihan utama kemudian menghuraikan kelebihan utama pada poin berbeza.

Penjual memenuhi andaian pelanggan berkenaan kelebihan kereta itu dari satu peringkat ke satu peringkat .Setiap huraian dipermudahkan dan disebut secara spesifik.

Gunakan sistem bullet

Sistem bullet atau poin memudahkan pelanggan membaca satu per satu kelebihan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan ini memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat jelas,tepat dan cepat.

Kaedah bullet memudahkan pelanggan mengenal pasti ciri-ciri yang terkandung dalam produk.Ia memudahkan pelanggan memahami pakej keseluruhan produk dan membuat keputusan membeli.

Kaedah bullet atau poin juga digunakan bagi menerangkan perkara yang bakal diperoleh pelanggan selepas membeli produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kaedah bullet juga dapat digunakan bagi menyenaraikan masalah-masalah yang dihadapi pelanggan sehingga mereka perlu membeli produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kaedah ini membantu pelanggan mengenal pasti masalah yang relevan pada diri mereka.Ia ditutup dengan soalan bagi mengesahkan ataupun menafikan mana-mana poin yang diberi.

Semakin tinggi jawapan 'ya' pada senarai masalah yang dipaparkan ,semakin tinggi peluang peniaga membuat jualan.

No comments:

Post a Comment