Wednesday, January 28, 2015

kajian kata kunci


Kajian Kata Kunci bagi Optimisasi Minisite

Kajian kata kunci ialah sistem yang terdiri daripada beberapa langkah utama.Ia kerapkali digunakan oleh Pakar Optimisasi Laman Web bagi mengkaji perkataan-perkataan sebenar yang digunakan oleh pengguna enjin carian dalam melakukan carian mereka.Ia langkah penting dalam membuat minisite yang menjual kerana ia adalah punca utama yang membawa pengguna enjin carian ke minisite kita.

Kajian kata kunci dilakukan dengan bantuan beberapa perisian online.Terdapat dua jenis perisian kajian kata kunci iaitu:

1)Perisian berbayar

*Perisian ini perlu didownload selepas dibeli
*Ia dipasang pada komputer dan memerlukan talian internet untuk berfungsi.
*Harga bagi perisian ini biasanya antara USD45 hingga mencecah ribuan dollar.
*Ia mempunyai keupayaan yang tinggi seperti carian kata kunci yang pantas,paparan data yang merangkumi banyak aspek dan fungsi menyimpan hasil kajian kata kunci .

2)Perisian percuma

*Perisian kajian kata kunci dalam kategori ini berbentuk perisian online.
*Perisian hanya dapat diakses daripada pelayar web dengan syarat komputer kita memiliki talian internet.
*Kualiti perisian kajian kata kunci percuma tidak kurang hebatnya berbanding perisian berbayar
*Perbezaan utama perisian percuma berbanding perisian berbayar adalah ia tidak disediakan fungsi menyimpan hasil kajian kata kunci.Tetapi masalah ini dapat diatasi dengan menyimpan hasil kajian kata kunci secara manual iaitu dengan menyalin semula atau copy and paste.

Tutorial ini menggunakan perisian percuma kerana dua faktor:

*Ia tidak melibatkan penambahan kos.Lebih-lebih lagi kualitinya tidak jauh berbeza
*Ia lebih mudah diakses oleh semua pembaca .Talian internet kini adalah sesuatu yang wajib bagi sesebuah perniagaan.

Google Adwords Keyword Tools

Perisian percuma yang digunakan adalah yang dikeluarkan oleh Google sendiri iaitu Google Adwords Keyword Tools.Ia dapat diakses di alamat https://adwords.google.com/select/keywordtoolexternal

Google Adwords Keyword Tools memiliki fungsi-fungsi penting yang memudahkan kajian kata kunci kita seperti berikut:

1.Dapat menyusun data-data kajian kata kunci

Kita dapat menyusun hasil kajian kata kunci supaya lebih mudah dibaca dan dianalisa.Susunan yang kerap kita guna adalah susunan mengikut jumlah carian

2.Dapat download hasil kajian kata kunci

Perisian percuma ini juga mempunyai fungsi yang sama seperti berbayar.Perisian percuma daripada Google ini membenarkan penggunanya mendownload hasil kajian kata kunci yang mereka lakukan.Namun fungsi ini masih tidak sempurna daripada segi penggunaannya yang kurang efisien.

Data-data kajian kata kunci yang didownload tidak dapat diproses dahulu.Format download yang dibenarkan adalah format.csv yang dapat diakses menggunakan perisian Microsoft Excel dan juga format .txt yang dapat diakses menggunakan perisian Notepad.

Kajian kata kunci minisite


Selepas minisite Google Adwords Keyword Tools dipaparkan ,fokus kajian kata kunci bagi negara Malaysia sahaja.Kita boleh memfokuskan kajian kata kunci pada mana-mana negara bagi pelbagai bahasa.Antara bahasa yang boleh menjadi pilihan adalah English USA,English UK,Chinese,Japanese,bahasa Indonesia dan pelbagai lagi bahasa utama dunia kecuali bahasa Melayu.

Buat pilihan bahasa Inggeris (English) dengan negara fokusnya Malaysia

Google menyimpan perkataan tidak dikenalinya sebagai daftar salah eja bahasa Inggeris.Jadi banyak perkataan bahasa Melayu didaftarkan sebagai salah eja bahasa Inggeris dalam direktori perkataan Google.

Ikuti langkah berikut bagi membuat kajian kata kunci fokus:

1.Klik 'Edit'
2.Buat pilihan bahasa yang dikehendaki dan negara fokus.Pilih English USA dan Malaysia
3.Isikan ruang kata dengan kata kunci umum bagi pasaran kita.
4.Taipkan huruf-huruf CAPTCHA diruang bawah.Ini adalah langkah berjaga-jaga oleh Google bagi memastikan manusia sebenar yang menggunakan servisnya.Mereka tidak mahu server mereka dibebani oleh arahan-arahan automatik daripada pihak ketiga.
5.Klik pada butang “Get Keyword Ideas' bagi melakukan kajian kata kunci.

Daripada keputusan yang dikeluarkan ,kita boleh mengikut kriteria yang kita mahukan.Contohnya kita mahu menyusun mengikut jumlah purata bilangan carian setahun.

Caranya klik pada ayat 'ApproxAvg Search Volume'.Simbol anak panah segi tiga ke bawah menunjukkan susunan dilakukan dari jumlah tertinggi ke jumlah terendah.Ini memudahkan kita memilih kata kunci yang memiliki jumlah carian tertinggi.

Kajian kata kunci perlu dilakukan berulangkali dengan pelbagai kombinasi kata kunci bagi mencari kata kunci yang mempunyai banyak carian.Kata kunci yang menjadi pilihan dapat disimpan dalam satu dokumen berasingan.

Saya menggunakan perisian Notepad iaitu akses di start>accecories>Notepad bagi menyimpan senarai kata kunci pilihan.

Notepad antara perisian yang ringan dalam komputer dan mudah digunakan.Perisian lain yang sesuai digunakan adalah Microsoft Word dan juga Microsoft Excel.
Disarankan membuat satu folder bagi menyimpan segala bahan-bahan minisite supaya mudah diakses dan mudah dicari apabila diperlukan.

Pilih carian set kata kunci yang mempunyai sekurang-kurangnya dua patah perkataan.Contohnya kambing boer,roti kaya,kata-kata hikmat,Perdana Menteri Malaysia dan seumpamanya.

Kata kunci yang mempunyai lebih banyak perkataan adalah lebih mudah dikuasai berbanding kata kunci tunggal.Ia lebih releven dengan carian pengguna enjin carian seterusnya meningkatkan CTR atau Click Through Rate iatu kadar klik berbanding paparan pada keputusan enjin carian.

Bedah siasat minisite pesaing menggunakan minisite carian

Salah satu cara yang mudah ,cepat dan murah bagi melakukan kajian kata kunci adalah melalui kaedah bedah siasat minisite pesaing.Ini adalah teknik yang pantas kerana biasanya minisite pesaing yang mempunyai senarai kata kunci yang releven dengan pasaran kita.Kita boleh melihat dan mengenalpasti kata kunci yang digunakan oleh minisite pesaing kita.

Teknik pertama dalam bedah siasat minisite adalah menggunakan enjin carian google dan juga enjin carian yang lain seperti Yahoo dan MSN.Gunakan pelayar web Internet Explorer ataupun pelayar web sedia ada.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1.Taip alamat Google http://www.google.com
2.Masukkan kata kunci di kotak carian yang disediakan .Kemudian klik butang “Search Now' atau tekan butang 'Enter' pada papan kekunci kita.Keputusan carian dipaparkan.
3.Klik link pertama yang muncul dalam senarai keputusan carian itu.Kita dibawa ke minisite yang paling releven dengan kata kunci carian kita.
4.Selepas minisite itu dipaparkan ,lihat kod-kod pengaturcaraan minisite itu bagi mengenalpasti kata kunci yang digunakan pada bahagian metatag minisite itu.
5.Klik butang kanan mouse dan pilih 'View Source'
6.Dalam paparan itu ,cari perkataan <meta name=”keyword”>.Pada meta name perkataan keyword diganti dengan perkataan-perkataan lain yang dijadikan kata kunci oleh pemilik minisite.
7.Kumpulkan senarai kata kunci yang terkandung di dalam metatag itu Contohnya <meta name=”Bengkel,Ipsah”>,ini adalah kata kunci yang digunakan oleh minisite itu bagi menarik trafik daripada enjin carian.

Ulang langkah dua hingga empat pada laman web di kedudukan kedua,ketiga,keempat dan kelima yang dipaparkan dalam keputusan carian Google.

Apabila selesai melakukan bedah siasat pada kelima-lima minisite itu,senarai kata kunci kita sepatutnya sudah mencecah 50 hingga 60 set kata kunci.

Sekiranya masih belum mencukupi ,lakukan bedah siasat pada laman web di kedudukan keenam hingga kesepuluh dalam senarai keputusan carian oleh enjin carian Google.

Bagi lebih banyak kata kunci yang lebih menyeluruh,gunakan enjin carian Yahoo dihttp://search.yahoo.com dan MSN http://www.msn.com. Lakukan carian dan bedah siasat minisite yang mempunyai kedudukan pertama hingga kelima dalam keputusan carian yang dipaparkan.

Kumpul dan simpan senarai kata kunci yang diperoleh di dalam satu dokumen supaya mudah digunakan pada masa akan datang.

Bedah siasat laman web pesaing menggunakan Google Adwords Keyword Tools

Perisian Google Adwords Keyword Tools menyenaraikan kata kunci yang dikesan mengikut formula Google Adwords Keyword Tools.Ia memaparkan kata kunci itu bersama-sama dengan data jumlah carian bagi setahun.Jumlah carian bulan sebelumnya dan juga jumlah minisite pesaing yang ada bagi kata kunci itu.

Langkah-langkah menggunakan teknik ini adalah seperti berikut:

2.Klik perkataan “Website Contain” bagi mengaktifkan fungsi kajian kata kunci berdasarkan isi kandungan laman web.
3.Masukkan alamat laman web pesaing yang didapati daripada keputusan carian Google sebelum ini ke dalam kotak yang disediakan.Masukkan alamat ke “Enter Web Page URL”.
4.Klik 'Get Keyword Idea Now'.Keputusan yang dipaparkan adalah menyerupai keputusan semasa melakukan kajian kata kunci.

Bedah siasat minisite pesaing menggunakan Keyword Density Tool

Keyword Density Tool adalah satu perisian kajian online yang menyenaraikan kata kunci yang terdapat dalam perenggan sesebuah minisite mengikut jumlah penggunaan perkataan kata kunci itu.Ini membolehkan kita mengetahui kata kunci apa yang digunakan oleh pesaing.

Berikut adalah cara penggunaannya:

2.Masukkan alamat url minisite pesaing anda dan klik 'Go'.
3.Keputusan carian dipaparkan.

Daripada keputusan itu dapat kita lihat minisite pesaing menggunakan kata kunci tertentu yang membolehkan ia mendapat kedudukan yang tinggi.

Perisian ini mampu menyenaraikan kata kunci dengan dua dan tiga perkataan.Ini memudahkan lagi usaha memgumpulkan kata kunci yang berkesan daripada laman web pesaing kita.Kata kunci ini dapat digunakan semula.

Tips-tips memilih nama domain

Nama domain ialah alamat url yang digunakan pada laman web kita.Contoh nama domain adalah seperti berikut:


Nama domain adalah unik dan khusus bagi satu-satu pengguna.Tidak boleh wujud dua nama domain yang serupa.Http://www.botys.com dan http://www.Botys.net adalah dua nama domain yang berbeza.

Sekiranya domain yang dimahukan sudah dibeli orang lain ,semak sama ada ia sudah digunakan bagi TLD(Top-Level Domain) yang lain.Antara TLD ada adalah seperti berikut:

1. .com
2. .net
3. .com.my
4. .my
5. .org dan lain-lain

Memilih nama domain adalah sama seperti memilih nama anak.Kita mahukan ia mempunyai sebutan yang sedap didengar,mudah diingati dan juga mempunyai makna yang tersendiri.

Sepuluh tips memilih nama domain yang terbaik

Gunakan kata kunci dalam nama domain.Contohnya susu.com,bengkel.com.kereta.com.Ini bagi meningkatkan kedudukan minisite itu dalam keputusan carian Google.Google mementingkan kata kunci dalam nama domain sebagai salah satu kriteria utama memilih minisite yang releven.

Gabungkan USP(Unique Selling Point) dalam nama domain.Contohnya sususedap.com,bengkelmudah.com,keretamurah.com.Ini bagi menggoda pelayar web supaya memasuki minisite kita daripada paparan keputusan carian Google.

Gabungkan jenama kita dalam nama domain itu.Contohnya Susuketereh.com,burgerramli.com,mihaz4x4.com,keretaproton.com.Kajian menunjukkan memaparkan jenama sejak dari awal lagi meningkatkan perkaitan produk kita dengan jenama kita.

Pastikan nama domain tidak melebihi dua patah perkataan atau tidak melebihi 13 huruf.Ini tidak termasuk TLD.Sekiranya panjang nama domain itu sukar diingati.

Pastikan nama domain tidak mengandungi perkataan yang negatif seperti bodoh,hitam,seks dan perkataan-perkataan lain yang mampu mengundang kontroversi .Ia memberi impak yang tidak bagus kepada bisnes kita.

Pertimbangkan perkataan-perkataan yang digunakan oleh sasaran pasaran atau target kita .Contohnya Fuiyoo.com dan Sempoi.com adalah nama domain untuk pasaran remaja.Offside.com dan theReds.com adalah domain untuk peminat bola sepak.Ini membuatkan minisite kita lebih mudah diingati oleh pasaran sasaran kita.

Gunakan sahaja nama perniagaan sebagai nama domain sekiranya nama perniagaan kita sudah mengandungi kata kunci yang dimahukan.Contohnya Norazahkatering.com,kelapaJeliKT.com dan PerabotAzman.com.

Kita boleh memiliki lebih daripada satu nama domain bagi minisite.Sekiranya kita mempunyai dua ataupun lebih nama domain yang mahu dimiliki,jangan teragak-agak membelinya .Ini kerana kita boleh memiliki banyak nama domain tanpa had bagi satu-satu minisite.

Selepas dibeli nama-nama domain itu boleh dihalakan kepada satu server fail sahaja.Ia seperti memberikan banyak nama timangan kepada seseorang.Nama-nama timangan itu masih merujuk pada seorang sahaja.Nama-nama domain itu masih merujuk pada sebuah minisite sahaja.

Ambil kira penggunaan sub-domain dalam memilih nama domain.Contoh sub-domain adalah seperti berikut:

1.ro.botys.com
2.computer.about.com
3.del.icio.us

Contohnya perniagaan berkenaan IT,kita boleh membeli nama domain Itsenang.com dan gunakan produk kita sebagai sub-domain seperti:

1.komputer.Itsenang.com
2.tetikus.itsenang.com
3.servis.itsenang.com

Sub-domain tidak memerlukan pembayaran,ia hanya perlu diset dari panel hosting kita.

Gunakan servis percuma Nameboy.com di http://www.nameboy.com bagi memudahkan kita mengimbas dan memilih nama domain yang di mahukan.

Taip kata kunci utama di ruangan 'Primary Word' dan kata kunci sekunder di ruangan 'Secondary Word' dan kemudian klik 'Go nameboy Go' bagi semakan.

Dalam minisite ini ,keputusan carian yang berwarna hijau bermaksud nama domain itu boleh dimiliki manakala keputusan yang berwarna merah sudah tidak boleh d imiliki.

Harga nama domain bergantung pada TLD pilihan kita.TLD.com dan net berharga kurang daripada RM50.00 setahun dan TLD.com.my berharga RM100.00 setahun.TLD terbaru daripada MyNIC adalah .my yang berharga RM150.00 setahun.Kita boleh menghubungi sales@primaya.com bagi mengetahui proses lebih lanjut dalam pembelian nama domain.

Kata kunci pada skrip jualan Skrip jualan

Skrip jualan pada minisite kita mempunyai perkataan yang dijadikan kata kunci ,yang dijadikan bahan carian pada Google.Selepas menulis teks skrip jualan pada minisite jualan,masukkan perkataan-perkataan yang dicari oleh pelanggan berkenaan produk dan perkhidmatan pada skrip jualan.Perkataan-perkataan itu boleh dikenal pasti menggunakan Google Adwords Keyword Tools.

Pastikan tiada kata kunci yang melebihi 10 peratus ini kerana kepadatan yang tinggi membuatkan minisite ditanda oleh enjin carian sebagai cubaan menipu mereka.Laman web yang didapati cuba menipu enjin carian di halang daripada dipaparkan pada keputusan enjin carian mereka.

No comments:

Post a Comment