Wednesday, January 28, 2015

mengenali fungsi-fungsi asas akaun adsense anda


Menjelajahi Akaun Adsense

Sesudah akaun anda diluluskan ,anda di benarkan login ke akaun anda .Anda akan menerima dashboard
seperti berikut.Sesetengah maklumat akaun saya ini disembunyikan bagi tujuan privasi.

Istilah penting

Page Impression

Apabila seseorang melawat laman web anda,Google akan mengiranya sebagai satu page impression.Apabila pelawat yang sama melayari 10 halaman di laman web anda dikira sebagai 10 page impression.Secara umumnya page impression adalah jumlah laman web yang dilihat oleh pelawat.

Page CTR

CTR bermaksud Click Through Rate iaitu peratusan bagi page impression ,apabila seseorang mengklik pada Adsense .Sebagai contoh apabila anda mempunyai 1000 page impression ,100 klik yang dibuat dikira 10% page CTR(100/1000=10%).

Page eCPM

eCPM bermaksud effective cost per millie.Millie bermaksud ribu.CPM adalah cara harga pengiklanan ditetapkan.Sekiranya satu laman mempunyai $20 CPM ,bermakna pengiklan sanggup membayar $20 bagi setiap 1000 page impression .

Dengan Adsense ,eCPM menunjukkan jumlah yang diperoleh secara purata bagi setiap 1000 page impression.Apabila anda mempunyai $20 eCPM , ini bermaksud anda memperoleh $20 apabila seseorang klik pada Adsense anda.

EPC

Anda tidak akan menjumpai EPC dalam laporan Google Adsense.EPC atau Earning per Click bermaksud jumlah yang anda terima bagi setiap klik.Istilah ini digunakan dalam forum yang
membincangkan tentang Google Adsense.

Channels

Channels adalah salah satu tool(alatan) yang disediakan oleh Google bagi membolehkan anda memantau trafik ke laman web anda dan klik yang diperoleh.Namun Google hanya membenarkan 200 channel bagi setiap akaun Adsense .Bagi saya ia sudah mencukupi untuk memantau semua page impression dan klik di setiap laman web anda.Bagaimanapun sesetengah orang mempunyai laman web yang sangat besar dan mereka memerlukan tool tambahan bagi memantau trafik ke laman web mereka.

Ads Unit

Ads Unit adalah salah satu bentuk Adsense .Anda boleh melihat semua bentuk Adsense di :http://www.google.com/Adsense/static/en_US/AdFormats.html

Ads Filter
Tool ini disediakan oleh Google bagi membolehkan anda menghalang iklan yang tidak dikehendaki daripada disiarkan di akaun Adsense anda.Contohnya iklan pesaing anda atau program cepat kaya .Anda sudah tentu tidak mahu kehilangan pelawat dengan meletakkan iklan pesaing atau skim cepat kaya di laman anda.

Mengenali kategori iklan dalam Google Adsense

Terdapat beberapa jenis iklan yang diperkenalkan dalam Google Adsense:

1.Adsense for Content

Adsense for Content adalah kaedah paling popular yang digunakan bagi kebanyakan pemilik laman web .Iklan ini berbentuk teks dan imej yang memudahkan ia diintegrasikan ke dalam laman web.Malah publisher boleh mengubah warna supaya sama dengan warna tema laman web mereka.

Bagi mencipta kod Adsense bagi Adsense for Content,anda perlu klik pada Content>New Ad Unit.Kemudian masukkan kod itu pada laman web atau blog anda di ruangan pengiklanan.

Anda dapat menentukan warna bagi border ,title,background,text dan URL iklan Adsense anda.
Anda perlu klik pada kotak warna di mana warna akan disiarkan bagi anda membuat pilihan.

Channel (saluran) bertujuan mengesan prestasi iklan anda.Pada statistik pendapatan anda , ia diasingkan mengikut channel yang anda buat .Maka anda akan tahu ruang atau channel manakah yang menghasilkan klik pada blog anda.Anda hanya boleh menggunakan 200 channel sahaja bagi akaun anda.Bagi mencipta channel anda boleh klik pada pautan Create New Custom Channels.Anda dapat menamakan channel ini mengikut nama blog atau apa sahaja yang membezakan blog anda sekiranya anda mempunyai banyak blog.

2.Adsense for Search

Adsense for Search bertujuan menjana pendapatan menerusi borang carian Google .Apabila pelawat anda menggunakan fungsi search ini dan klik pada ruangan iklan berbayar,anda akan menerima pendapatan daripada klik yang mereka buat.

Anda hanya perlu meletakkan borang carian ini pada blog anda.Sekiranya mereka tidak menjumpai maklumat pada blog anda .Mereka boleh mencarinya kembali dengan menggunakan borang Google Search di blog anda.Apa yang membezakan carian menerusi blog dan menerusi laman web Google sendiri adalah anda menerima pendapatan Adsense apabila pengguna membuat carian di blog anda serta mengklik pada ruangan iklan berbayar.

Anda juga boleh mencipta channel untuk borang carian anda.Tujuan dan fungsinya adalah sama dengan channel yang anda hasilkan pada Adsense for Content.Anda dapat mengetahui jumlah carian yang dilakukan menerusi borang carian anda pada statistik pendapatan anda ..Namun pelawat perlu klik iklan pada ruangan berbayar bagi membolehkan anda menerima pendapatan daripada Adsense for Search ini.

Apabila pelawat menggunakan borang itu ,keputusan carian adalah seperti diatas.Anda hanya menerima pendapatan daripada Adsense for Search ini apabila pelawat klik pada iklan yang tertera Ads by Google pada ruang atas dan sisi kanan keputusan carian.

Apabila mereka klik pada keputusan carian (Organic Search Result) yang lain ,anda tidak akan mendapat apa-apa.Hanya klik pada ruang iklan berbayar sahaja dikira sebagai pendapatan anda dalam Google Adsense.

3.Adsense for Domain

Adsense for Domain adalah kaedah pendapatan Google Adsense menerusi domain parking.Nama domain adalah alamat bagi laman web anda.Contohnya saya mempunyai blog dengan alamat Shamsuriyadi.com.Jadi nama domain blog saya ialah shamsuriyadi.com.Biasanya nama domain mempunyai pengakhiran dot com(.com),dot net(.net),dot biz(.biz) dan sebagainya.

Manakala domain parking adalah satu kaedah bagi menukar domain yang tidak digunakan kepada satu laman web yang hanya mempunyai iklan tetapi tidak mempunyai sebarang kandungan.

Perkara ini agak teknikal buat mereka yang masih baru di internet.Bagi usahawan internet yang memiliki nama domain yang tidak digunakan ,mereka boleh daftarkannya di Adsense for Domain bagi memasukkan iklan Adsense di dalamnya .Pendapatan Adsense for Domain tidak dikira dari segi klik tetapi melalui bilangan unique visitor yang melayari domain itu.

Google juga tidak membenarkan pelawat yang datang menerusi direct linking atau klik pada link laman
web .Pelawat perlu menaip URL domain tersebut pada browser bagi melayarinya lalu anda menerima pendapatan daripadanya.Contohnya anda melihat nama domain pada satu gambar ataupun video ia tidak boleh diklik, jadi anda perlu menaip URL pada browser baru anda dapat melayari laman tersebut.Hanya pelawat sebegini diberi pendapatan oleh Google menerusi Adsense for Domain ini.

4.Adsense for Feeds

Adsense for feeds pula pendapatan menerusi rss feed blog.RSS adalah singkatan bagi really simple syndication.Dokumen RSS pula dinamakan sebagai feed.

Semua blog mempunyai rss feed sendiri .Anda boleh mengeset rss menggunakan ringkasan atau artikel penuh .Anda boleh melihat rss feed bagi sesuatu blog dengan menambah /feed/ di hujung nama domain.Contohnya adalah shamsuriyadi.com/feed/.

Adsense for Feeds menggunakan Feedburner.com.Apabila pembaca subcribe atau melanggan feed blog anda menerusi feedburner,mereka akan menerima e-mel pemberitahuan entri terbaru.Pada e-mel tersebut terselit iklan Adsense for Feeds.Apabila subcriber anda klik pada iklan tersebut ,barulah anda menerima pendapatan daripada program ini.Blog dalam bahasa melayu juga boleh menggunakan Adsense for Feeds ini.

Anda perlu menggabungkan perkhidmatan ini terlebih dahulu dengan akaun Google Adsense anda bagi membolehkan anda menggunakan Adsense for Feeds.Lebih banyak subcriber,lebih tinggi peluang anda menjana pendapatan daripada program ini .Anda perlu mempunyai sekurang-kurang 100 subcriber bagi membolehkan anda menggunakan program Adsense for Feeds.

Terdapat satu lagi program yang dibangunkan oleh Google iaitu Adsense for Games.Namun ia khas bagi pembangun permainan online dan tidak sesuai buat kita.Selain itu ada juga program Adsense for Errors yang memfokus pada kesalahan page laman web atau blog.Program ini belum dibuka kepada semua publisher.Saya berharap anda sudah tahu seba sedikit tentang program Google Adsense ini.

Jadual Perbezaan Jenis Iklan Adsense


Jenis Iklan Adsense
Bentuk
Adsense for Content
Teks dan Imej
Adsense for Search
Butang carian
Adsense for Domain
Domain parking
Adsense for Feeds
Teks pada feed


Anda boleh menggunakan semua jenis iklan Adsense ini pada blog anda bagi memaksimumkan pendapatan anda.Ada di antaranya mempunyai syarat tertentu seperti Adsense for Feeds yang mensyaratkan anda mempunyai sekurang-kurang 100 subcribers di Feedburner.

No comments:

Post a Comment