Wednesday, January 28, 2015

menulis kandungan blog


Menulis Kandungan Blog

Kini anda berjaya membina blog .Bagaimana pula mendapatkan idea bagi menulis kandungan blog? Saya akan menunjukkan cara bagi anda mencari idea bagi penulisan blog anda.Kesemua contoh alatan yang saya tunjukkan ini adalah percuma .Jadi anda tidak perlu risau sama ada anda perlu mengeluarkan modal ataupun tidak.

Alatan di bawah ini adalah bagi membantu anda mendapatkan idea dan berita terbaru tentang apa yang dituliskan di blog anda.Ini menjadikan kandungan blog anda sentiasa mempunyai berita terbaru dan disukai oleh pembaca blog anda .

Antara alatan yang popular digunakan adalah:

1.Google Alerts


Google Alerts adalah antara cara yang paling baik bagi mengetahui perkembangan tentang topik yang sedang anda tulis di blog anda .Google akan menghantar e-mel notifikasi tentang artikeldan perkembangan terbaru diinternet berkenaan kata kunci yang anda gunakan.Anda perlu login ke akaun Gmail anda terlebih dahulu bagi memudahkan anda kelak.

Kemudian ,masukkan kata kunci anda dan tekan butang [Create Alert].Google akan menghantar notifikasi ke emel anda bergantung kepada setting yang anda buat.Apabila anda memilih sekali sehari ,Google akan menghantar alert melalui e-mel setiap hari kepada anda.

Anda dapat menerima berita terbaru daripada blog dan laman web lain yang menulis tentang perkara yang sama dengan apa yang anda tulis di blog.Di sini anda boleh mencari isi-penting dan menulisnya kembali di blog anda.Janagan lupa memberi kredit kepada sumber rujukan anda.

Jangan menyalin terus daripada laman web orang lain kerana menyalahi undang-undang dan tidak disukai oleh search engine.Matlamat kita adalah bagi mendapatkan berpanjangan ,jadilah buatlah sebaik mungkin.

Penerangan Google Alerts:

-Search Terms

Adalah kata kunci yang ingin anda dapatkan notifikasi .Contohnya anda tulis tentang bintang bola sepak “Lionel Messi” jadi masukkan kata kunci “Lionel Messi”pada ruangan Search Terms.

-Type

Adalah sumber notifikasi yang bakal anda terima .Anda boleh memilih untuk menerima notifikasi daripada laman web berita blog,video dan sebagainya.

-How Often

Adalah setting bagi kekerapan notifikasi dihantar .Anda boleh set “as it happens”,”once a day “ dan “once a week”.Apabila memilih [as it happens] anda akan menerima notifikasi sebaik sahaja ia disiarkan di internet.Apabila anda memilih [once a day] ,Google akan menghantar alerts kepada anda sehari sekali.Manakala apabila anda memilih [once a week ] ,anda akan menerima alerts sekali seminggu sekali.

-Volume

Pula adalah jumlah kandungan alert yang dihantar kepada anda .Terdapat dua jenis iaitu “only the best results” dan “All result”.Saya menyarankan supaya anda memilih [only the best result] kerana menepati apa yang anda mahukan.

Deliver To

Adalah setting bagi anda menerima alerts atau notifikasi .Anda boleh memilih untuk menerimanya menerusi e-mel kerana ia memudahkan anda mengakses notifikasi ini.

2.Yahoo! Buzz



Yahoo! Buzz adalah laman web yang menyiarkan berita terkini daripada berita utama yang berlaku di dunia.Anda boleh menulis tentang perkara yang berlaku ini di blog anda .Anda boleh memilih jangka waktu berita atau “buzz” ini berlaku seperti 12 jam ,setiap hari dan sebagainya .Begitu juga dengan kategori berita itu.

3.Digg


Digg adalah antara laman web social bookmarking yang popular .Pemilik Digg iaitu Kevin Rose menghasilkan pendapatan jutaan dolar menerusi Google Adsense pada awal kemunculan Digg.Sehingga kini ,Google Adsense masih menjadi sumber pendapatan utama mereka.Konsep Digg juga banyak ditiru oleh pembangun laman web lain.

Selain itu anda dapat mencari idea bagi penulisan anda menerusi berita yang dikongsi yang dikongsi oleh pemilik laman web lain.Konsepnya hampir sama dengan Yahoo! Buzz cuma kandungannya hasil daripada pemilik laman web lain yang ingin menarik trafik dari laman web Digg ke laman web mereka dengan berkongsi intisari penulisan mereka.

4.Yahoo! Answers


Cara keempat yang dapat anda buat bagi mencari idea adalah dengan menggunakan Yahoo! Answers iaitu laman web di mana orang boleh bertanya dan memberikan jawapan bagi setiap soalan yang ditanya.Anda perlu menjelajahi soalan dan jawapan yang diberikan oleh pengguna Yahoo! Ini.

Mungkin ada di antara persoalan yang ditanya di Yahoo! Answers menarik minat anda bagi dijadikan satu topik atau post dalam blog anda .Cari soalan yang mempunyai respon yang paling tinggi kerana topik itu digemari ramai.


No comments:

Post a Comment