Wednesday, January 28, 2015

minisite dan skrip jualan


Minisite dan skrip jualan

Laman web satu halaman ataupun minisite sesuai bagi memenuhi keperluan peniaga kecil .
Penghasilan minisite mempunyai kelebihan berikut:

1-Tidak memerlukan masa yang lama bagi menghasilkan.
2-Sesuai untuk peniaga kecil yang sibuk tetapi masih mahu mengendlikannya.
3-Mudah dikemas kini dari semasa ke semasa.
4-Asas pembinaan laman web yang lebih kompleks.
5-Tumpuan pelanggan bagi mendapatkan produk dan perkhidmatan dengan cepat dan mudah.

Minisite mempunyai dua tujuan utama iaitu menjadi medium jualan produk dan mencipta kesedaran orang ramai pada perniagaan itu.

Sesetengah urusniaga dapat dijalankan terus melalui minisite apabila pelanggan memilih dan membuat pembayaran kepada peniaga.Pelanggan tidak perlu bertemu peniaga bagi membeli produk dan perkhidmatan pilihan.

Minisite juga dapat bertindak sebagai pengantara antara pelanggan dan peniaga bagi bertemu.Maklumat perhubungan tertera pada minisite memudahkan pelanggan menghubungi peniaga bagi mendapatkan perkhidmatan dan produk yang diinginkan.

Plihan produk dan perkhidmatan yang ingin dijual melalui internet mengambil kira tiga ciri-ciri berikut:

1-Kita tahu produk dan perkhidmatan yang mahu kita jual
2-Kita tahu produk dan pekhidmatan dicari pelanggan.
3-Kita tahu jenis pemasaran dilakukan oleh penjual yang sama.

Minisite juga dikenali sebagai laman web mikro atau weblet dan ia bertindak sebagai jurujual.Ia memfokuskan pada satu jenis produk dan perkhidmatan.

Adakalanya ia dihasilkan dan digandingkan bersama-sama laman web utama.Sesetengah peniaga menjual lebih daripada satu produk dalam sebuah minisite.Dalam kebnayakan kes ,peniaga memfokuskan satu perniagaan satu minisite.Minisite adalah medium pemasaran berfokus.Ia menjadi idea besar kepada perniagaan kita.

Miniite membantu perniagaan kita pada setiap peringkat.

1-Pada peringkat perniagaan baru bermula ,minisite bertindak memperkenalkan kewujudan perniagaan itu kepada bakal pelanggan.
2-Pada peringkat perkembangan perniagaan,minisite bertindak sebagai medium menggalakkan aktiviti jual beli daripada internet.
3-Pada peringkat kemuncak perniagaan ,minisite bertindak menambah aktiviti jual beli daripada internet.
4-Pada peringkat perniagaan menurun,minisite bertindak mengingatkan pelanggan kewujudan produk dan perkhidmatan itu.
5-Selepas berlaku penambahan ciri produk dan perkhidmatan,minisite mengulang semula kitarannya dalam pemasaran.
Seni menulis dan memaparkan skrip jualan

Minisite tidak dapat bertindak menjadi jurujual sekiranya ia tidak mempunyai skrip jualan yang baik.skrip jualan yang mengandungi teks penerangan perniagaan yang lengkap mampu menjadi magnet menarik pelanggan.

Teknik menulis skrip jualan dalam minisite turut mengambil kira kedudukan teks itu dipaparkan.sesetengah skrip jualan yang bagus gagal menjual kerana kedudukan teks tidak strategik.Pelanggan terlepas pandang maklumat-maklumat penting kerana kedudukan teks yang tidak mesra pelanggan.

Sesetengah skrip jualan tidak persuasif bagi mendorong pelanggan melakukan pembelian segera sesudah membaca keseluruhan teks.Teks yang baik dalam minisite adalah teks yang bersifat informatif dan mempunyai desakan membeli yang tinggi.

Seni menulis skrip jualan memerlukan kita mencipta keadaan di mana pelanggan perlu membuat keputusan penting pada hari itu juga bagi mendapatkan produk dan perkhidmatan kita

Empat maklumat carian pelanggan

Terdapat empat maklumat yang perlu dipaparkan oleh peniaga bagi memastikan jualan kepada minisite.

1-Skrip jualan memperkenalkan peniaga kepada pelanggan
2-Skrip jualan memperkenalkan produk kepada pelanggan
3-Skrip jualan mengarah pelanggan membeli
4-Skrip jualan mempunyai sistem yang dapat diikuti pelanggan

Memperkenalkan Peniaga Kepada Pelanggan

Aktiviti pemasaran di internet memerlukan pelanggan tahu dengan siapa mereka berurusan.Ini memberi keyakinan kepada pelanggan bagi melakukan pembelian daripada minisite.Skrip jualan yang dipaparkan bersama foto peniaga menaikkan kepercayaan pelanggan.

Memperkenalkan diri kepada pelanggan melibatkan soalan-soalan asas berikut:

1.Siapa kita?
2.Dari mana kita datang ?
3.Apakah kelayakan kita menjual produk dan perkhidmatan ini ?
4.Apakah yang cuba kita beritahu kepada pelanggan?

Memperkenalkan Produk Kepada Pelanggan

Skrip jualan dalam minisite memberitahu perkara yang mahu dujual.Ia menerangkan dengan lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Skrip Jualan Mengarah Pelanggan Membeli

Skrip jualan mengandungi arahan mengklik butang pesanan produk.Ini dapat dilakukan melalui arahan pada hujung teks skrip jualan.Ia dapat dilakukan berulang kali dan bertindak sebagai ingatan kepada pelanggan bagi memesan produk dan perkhidmatan.

Mempunyai Sistem Yang Dapat Diikuti Pelanggan

Pelanggan sukakan peraturan kerana peraturan memudahkan mereka.Peraturan memberitahu mereka langkag-langkah yang perlu dibuat bagi mendapatkan sesuatu.

Skrip jualan dalam minisite perlu mempunyai peraturan yang dapat diikuti pelanggan.Peraturan dalam skrip jualan dipanggil sistem.Ia bertindak memberitahu langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pelanggan bagi memiliki produk dan perkhidmatan..

Skrip jualan juga menerangkan langkah-langkah pembayaran ,cara produk dihantar kepada pembeli dan item yang bakal diperolehi sekiranya pembelian dilakukan .

Mudahkan Pelanggan Menghubungi

Bagi menjadikan minisite berkredibility,kita tawarkan khidmat pelanggan yang terbaik .Selain tawaran produk dan perkhidmatan yang hebat,khidmat pelanggan yang disediakan dalam minisite perlu memenuhi perkara berikut:

1.Kemudahan menghubungi peniaga dengan menyatakan waktu dan hari yang sesuai.
2.Memenuhi permintaan pelanggan dalam tempoh 24 jam pada hari bekerja.
.
Minisite Bekerja 24 Jam Sehari

Minisite bekerja 24 jam sehari kerana pelanggan menganggap itulah tempoh kerja peniaga yang mempunyai minisite.Itulah sifat perniagaan yang diperkenalkan dalam dunia internet.Menerima pesanan produk dan dihubungi pelanggan pada hujung minggu adalah perkara yang perlu diberi perhatian oleh peniaga.

Maklumat bagi dihubungi yang lengkap

Maklumat bagi dihubungi yang lengkap meyakinkan pelanggan pada kewujudan perniagaan itu.Nyatakan nombor telefon dan nama bagi memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Emel bagi tujuan perniagaan

Ini adalah medium perhubungan paling cepat dan termurah bagi pelanggan menghubungi peniaga pada bila-bila masa.Kemas kini dan semak e-mel dengan kerap bagi memastikan kita dapat memberi makum balas segera kepada pelanggan.

Paparkan alamat premis di minisite

Sekiranya kita mempunyai alamat premis perniagaan,paparkan pada minisite kita.Sesetengah peniaga tidak mempunyai premis perniagaan kerana perniagaan yang bersifat mobil atau bergerak dari satu tempat ke satu tempat.Jadi memadai meletakkan nombor telefon dan individu yang perlu dihubungi.

No comments:

Post a Comment