Wednesday, January 28, 2015

online online online


Apa Kata Pelanggan terhadap penggunaan internet dan perniagaan online

1)Mencari barang dan perkhidmatan melalui internet menjadi cara pertama sebelum pelanggan membeli di kedai berhampiran.

2)Pelanggan tidak ke kedai selagi tidak mencari maklumat produk dan perkhidmatan melalui internet terlebih dahulu

3)Trend ini semakin meningkat selepas kegawatan ekonomi seluruh dunia termasuk Malaysia .Berlaku peningkatan pengguna ke laman web peniaga dari 46 peratus sehingga 236 peratus.

Sembilan tanda besar perniagaan tanpa laman web adalah perniagaan mati:

1.Mutu perkhidmatan internet Malaysia meningkat 30 peratus kerana permintaan tinggi.
2.Ramai memilih membeli melalui internet.
3.Internet dapat dilayari melalui televisyen di rumah
4.Malaysia adalah antara lima negara paling manfaatkan internet di Asia Pasifik.
5.Khidmat komuniti korporat kini menumpukan pendidikan internet bagi kawasan luar bandar.
6.Peruntukan pengiklanan perniagaan di internet kini bertambah lima peratus menjelang 2009.
7.Program celik IT kepada rakyat termiskin diperkenalkan oleh kerajaan.
8.Kerajaan memperkenalkan program internet Desa
9.Promosi produk di internet menjadi galakan penuh kepada usahawan kecil

Kuasa mahu dan tahu dalam pemasaran internet

Perkara asas bagi memperkenalkan perniagaan di internet adalah bersikap mahu dan tahu pada internet.Kedua-dua elemen ini membawa kepada penguasaan kepada ilmu ini.Mahu bermaksud emosi dan keinginan meluap-luap bagi mengetahui cara memasarkan perniagaan ke dunia internet.Tahu bermaksud mampu melakukan mengikut kaedah yang betul dan sistematik.

Atasi ketakutan ,ciptalah hasil pertama

ketakutan di kalangan mereka yang jarang menjelajahi dunia internet adalah bimbang pada penggunaan istilah-istilah teknikal.Perkataan-perkataan asing dalam dunia perkomputeran dan internet perlu dipelajari dan difahami maksudnya supaya kita boleh menguasai pemasaran internet.

Mudah,cepat dan praktikal

Perniagaan internet adalah mudah,cepat dan praktikal jika anda faham bagaimana cara memasarkan produk dan perkhidmatan di dalam dunia internet yang serba mencabar.Anda tahu langkah demi langkah bagaimana berjaya menjana pendapatan yang lumayan dari internet dan berterusan .

No comments:

Post a Comment