Wednesday, January 28, 2015

pengenalan kepada google adsense


Kos sara hidup pada masa kini semakin meningkat dari hari ke sehari .Ramai di antara kita masih tercari-cari cara bagi menambahkan pendapatan mereka.Internet adalah antara pilihan yang semakin popular ,tambahan pula bisnes online ini turut mendapat galakan dan dorongan daripada kerajaan yang mahukan rakyat memanfaatkan internet sebagai salah satu sumber pendapatan yang lumayan.Namun ramai yang masih tidak tahu dengan hanya menulis blog mereka dapat menjana pendapatan.

Google Adsense adalah agensi pengiklanan popular yang dapat menjana sumber pendapatan melalui blog .Malah program ini adalah salah satu produk daripada syarikat terkenal di seluruh dunia iaitu Google.

Anda dijamin menerima bayaran sekiranya menepati segala syarat yang ditetapkan oleh mereka .Perkhidmatan ini menawarkan peluang pendapatan daripada hasil pengiklanan yang mereka perolehi menerusi program pengiklanan Google Adwords.Peluang ini terbuka kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia sama ada individu ataupun syarikat.

Google Adwords adalah kaedah pengiklanan Pay Per Click paling berkesan dan popular di internet.Perkhidmatan ini digunakan oleh ribuan syarikat dan individu dari seluruh dunia bagi memasarkan produk mereka di seluruh dunia kepada golongan sasaran mereka.

Kedua-dua perkhidmatan ini banyak membantu perkembangan perniagaan di internet dan memberi peluang kepada sesiapa sahaja memperoleh pendapatan menerusi internet tanpa perlu menjual apa-apa produk .

Kedua-dua program ini juga menjadi tunjang kepada populariti dan kejayaan Google pada hari ini.Pendapatan utama Google adalah menerusi pengiklanan.Walaupun kebanyakan perkhidmatan yang mereka tawarkan adalah percuma ,namun mereka menyelitkan iklan pada semua perkhidmatan mereka ,begitulah cara mereka beroperasi selama ini.

Anda mungkin terjumpa iklan Adsense ini di mana-mana laman web yang anda layari.Iklan Google Adsense dikenal pasti apabila anda terjumpa iklan yang mempunyai perkataan Ads by Google.Iklan ini menjadi salah satu pendapatan pemilik laman web berkenaan.

Google Adsense adalah program perkongsian pendapatan daripada pengiklan yang disediakan oleh Google .Caj yang dikenakan oleh Google kepada pengiklan akan dikongsi bersama di antara pemilik laman web ataupun publisher (penerbit) yang meletakkan iklan Google di laman web mereka.Google akan membayar setiap klik pada iklan mereka dan membawa pelawat kepada iklan pelanggan mereka .
Dengan kata lain, anda membantu Google membawa pelawat kepada pengiklan mereka dan anda diberikan ganjaran dalam bentuk perkongsian pendapatan hasil daripada caj iklan yang dikenakan.Pendaftaran menyertai program ini adalah percuma.

Bagaimana Bentuk Iklan Google ?

Saya pasti anda pernah melihat iklan ini di mana-mana.Ini kerana ramai pemilik laman web menyertai program ini sebagai salah satu daripada sumber pendapatan mereka di internet termasuk ramai penulis blog di Malaysia.
Pemilik laman web hanya perlu memilih bentuk dan jenis iklan Google Adsense ini bagi diletakkan
pada laman web ataupun blog mereka.Iklan ini mungkin terdiri daripada iklan berbentuk teks ataupun
imej beranimasi.Terdapat 3 pihak terlibat dalam program Google Adsense iaitu:

1)Publisher

Publisher adalah gelaran yang diberikan kepada pemilik laman web yang menyertai Google Adsense.Mereka meletakkan kod iklan pada laman web mereka manakala Google memasukkan iklan berdasarkan kandungan yang terdapat di dalam laman web tersebut.Teknologi ini menjadikan program Google Adsense unik kerana iklan ditentukan secara automatik berdasarkan kandungan pada laman web publisher.Google menghantar sejenis robot atau lelabah untuk melawat laman web publisher dan menentukan iklan yang berkaitan sahaja keluar pada ruangan iklan .
Sekiranya laman web mempunyai kandungan tentang sukan ,hanya iklan berkaitan sukan keluar pada ruangan pada ruangan iklan yang ditentukan oleh publisher .Publisher tidak menentukan iklan yang keluar pada laman web mereka,teknologi ini tidak terdapat pada program lain kecuali menerusi program Google Adsense.

2)Advertiser

Advertiser (pengiklan) bagi program Google Adsense datang daripada program pengiklanan pay per clik Google Adwords.Pengiklan memilih kata kunci dan membidanya mengikut bajet pengiklanan mereka.Contohnya pengiklan yang menjual produk kasut sukan,membida kata kunci”kasut sukan” pada nilai tertentu.Apabila ada pelawat mengklik pada iklan mereka ,pengiklan akan dikenakan caj berdasarkan harga yang dibida .Caj tersebut akan dikongsi diantara publisher Adsense dan Google.

Misalnya pengiklan membida kata kunci “kasut sukan” pada nilai USD1.00, kemudian iklan itu keluar di blog anda.Apabila pelawat diblog anda tertarik kepada iklan tersebut lalu mengklik pada iklan dan melawat web pengiklan ,pengiklan tersebut dikenakan caj maksimum USD1.00 bagi setiap klik yang terhasil.

3)Google

Google Inc. adalah syarikat search engine (enjin carian) terbesar di dunia ketika ini .Mereka menjana keuntungan lebih USD33 bilion sehingga suku ketiga tahun 2010.Nilai ini jauh mengatasi pendapatan
mereka pada tahun 2009 yang berjumlah USD24 bilion.Kebanyakan hasil pendapatan mereka adalah menerusi pengiklanan.Keuntungan itu adalah selepas ditolak daripada perkongsian pendapatan mereka menerusi Google Adsense.

Bagaimana Google Adsense Berfungsi?

Membina blog > memohon akaun Google Adsense > memasukkan kod Google Adsense pada blog>membuat promosi blog >pelawat klik pada iklan Adsense anda >Google membayar bagi setiap klik yang anda perolehi daripada blog anda.


Google Adsense adalah program menang-menang antara pemilik laman web dan Google.Walaupun Google merahsiakan peratusan sebenar pembahagian pendapatan ,namun pendapatan mereka yang menjana wang menerusi laman web mereka adalah lumayan.

Ada spekulasi di internet yang menyatakan Google memberikan sekurang-kurangnya 51% daripada harga yang dibida pengiklan kepada Google Adsense.Persoalan ini terjawab pada bulan Mei 2010 ,Google mengumumkan mereka memberikan pendapatan sehingga 68% daripada caj yang dikenakan kepada pengiklan .Cukup lumayan bagi anda mencuba sendiri.

Buat Duit dengan Google Adsense

Apabila pelawat mengklik pada iklan Google yang diletakkan pada laman web anda , anda mendapat duit.Lebih banyak klik yang dilakukan pada iklan anda,lebih banyak duit yang anda perolehi menerusi Google Adsense ini.

Iklan Google Adsense disediakan supaya mudah dibaca dan diasimilasikan pada laman web anda.Bentuk iklan ini juga berdasarkan teks dan imej yang seakan-akan sebahagian daripada reka bentuk laman web anda.Iklan ini tidak menganggu kosentrasi pelawat ataupun menenggelamkan apa yang ingin anda sampaikan di laman web anda.Saya pasti anda pernah melihatnya dan pernah mengklik
pada iklan Adsense secara tidak sengaja .Pemilik laman web itu juga mendapat duit daripada klik yang anda lakukan.

Usah khuatir untuk klik iklan Adsense apabila tertarik dengan iklan Adsense itu.Mungkin apa yang ditawarkan oleh pengiklan dapat membantu menyelesaikan masalah anda .Hasil jualan produk pengiklan menggalakkan lagi pengiklan lain menjadikan Google Adsense sebagai salah satu cabang pengiklanan mereka.Ini membuatkan peluang bagi anda menjana pendapatan menerusi Google Adsense lebih tinggi kerana jumlah iklan yang banyak.

Kebiasaannya ,Google akan membayar antara USD0.01 sehingga USD50.00 bagi setiap klik yang terhasil.Nilai ini bergantung kepada kata kunci laman web anda dan nilai yang dibida pengiklan.Lebih tinggi bidaan kata kunci itu,lebih tinggi kemungkinan yang anda perolehi menerusi setiap klik .Para penggiat Google Adsense memanggil kata kunci ini sebagai high paying keyword(kata kunci bernilai tinggi).

CPC adalah singkatan bagi cost per click atau anggaran nilai bidaan bagi setiap kata kunci apabila pengiklan Google Adwords membidanya.Kata kunci yang berkaitan web hosting adalah antara yang tertinggi dibida oleh pengiklan.
Ketinggian nilai bidaan bergantung kepada industri tertentu .Antara industri yang mempunyai kadar carian yang tinggi dan mempunyai nilai bidaan yang tinggi adalah perbankan, kewangan,kesihatan ,
internet dan banyak lagi.Pengiklan sanggup membida kata kunci pada nilai yang tertinggi kerana pulangan yang diperolehi juga adalah tinggi.

INFO

Robot atau lelabah search engine (enjin carian) Google dinamakan Googlebot.Robot ini merayau dari satu laman web ke laman web lain yang ada diinternet bagi bagi mencari maklumat terbaru supaya disenaraikan di search engine Google.Laman web yang mempunyai kandungan terbaru dan unik akan disenaraikan di keputusan carian Google setelah Googlebot melayari laman itu.Google Adsense juga mempunyai robot khas bagi menentukan iklan yang keluar di laman web anda.

Bagaimana Iklan Disiarkan di laman web?

Anda dibenarkan login ke laman Google Adsense setelah permohonan anda sebagai publisher diluluskan oleh kakitangan Google.Anda perlu memilih jenis dan bentuk iklan yang ingin digunakan dan menjana kod Adsense.Kod ini pula perlu dimasukkan pada laman web anda pada ruang yang ingin dijadikan ruangan iklan pada laman web anda.

Iklan Adsense akan mula disiarkan selepas 10 minit kod Adsense di masukkan ke laman web anda.Apabila ada pelawat laman web anda mengklik pada iklan itu bermakna anda mula menjana wang daripada Google Adsense.

No comments:

Post a Comment