Wednesday, January 28, 2015

rahsia dan teknik dalam adsense


Rahsia dan Teknik dalam Google Adsense

Saya akan menunjukkan teknik-teknik yang digunakan dalam program Google Adsense.Teknik ini terbukti berkesan dalam meningkatkan pendapatan anda menerusi blog atau laman web

Teknik Memasang Iklan Google Adsense

Terdapat 4 teknik yang boleh anda pilih bagi memasang iklan Google Adsense pada blog iaitu:

1.Blend

Teknik ini menggunakan warna latar dan link navigasi yang sama dan menjadikan iklan Adsense seakan-akan sebahagian daripada kandungan blog.

Contohnya blog yang menggunakan warna link merah dan iklan Adsense berwarna merah.Antara blog menggunakan kaedah blend ini adalah http://www.liewcf.com dan http://www.sabahan.com.


2.Contrast

Teknik ini menggunakan warna latar yang berbeza dengan iklan Google Adsense .Contohnya latar laman web berwarna merah manakala iklan Adsense berwarna putih.Contoh blog yang menggunakan kaedah ini adalah http://www.joshuaongys.com.

Anda boleh guna apa sahaja teknik yang dirasakan sesuai bagi blog anda dan menarik minat pelawat untuk klik pada iklan Adsense anda.Semua teknik ini cenderung menggunakan kombinasi warna yang sesuai dan menarik.

Kebanyakan pemilik blog menggunakan kaedah blend iaitu menjadikan iklan seolah-olah sebahagian daripada blog mereka.Saya juga menggunakan kaedah blend bagi hampir kesemua blog saya .Anda boleh memilih apa-apa kaedah kerana setiap satunya mempunyai kelebihan bagi memaksimumkan pendapatan anda menerusi program Google Adsense.

3.Complement

Teknik ini menggunakan warna latar yang kontras iaitu warna yang berlainan dengan warna navigasi.Warna iklan Adsense yang boleh menggunakan warna yang sama dengan link navigasi.Antara laman web yang menggunakan kaedah ini adalah emedia url http://www-emedia.com.my iaitu salah satu laman web kumpulan NSTP.

4.Selit

Teknik selit pula membolehkan pemilik laman web menyelitkan iklan Adsense mereka dalam desain laman web.Border(bingkai) menjadikan iklan Adsense sebahagian daripada desain laman web atau blog.Antara laman web yang menggunakan teknik ini adalah http://www.medical-coding.net.

Tip Pemilihan Desain yang sesuai
Terdapat banyak tema ataupun template yang ditawarkan secara percuma oleh pembangun tema bagi blog anda.Ada juga template berbayar yang boleh dibeli dan dijadikan tema blog.Tidak kira sama ada menggunakan platform Blogger.com atau Wordpress.com pilih tema sesuai dengan blog anda .
ivit
Apabila menulis tentang kereta ,plih tema berkonsepkan kereta.Apabila menulis blog tentang percutian anda boleh memilih tema yang memaparkan tempat percutianseperti pantai dan pemandangan.

Tip membina blog yang menarik
Bagaimana menarik pelawat ke blog anda ? Jawapannya adalah promosi.Tiada orang mahu melawat blog anda sekiranya anda tidak melakukan aktiviti pemasaran dan promosi .Mungkin ada antara cara yang saya bincangkan pernah anda lakukan tanpa anda sedari.

Faktot penting kejayaan sesebuah blog adalah pelawat yang ramai.Tidak guna walau secantik mana pun blog anda atau sebagus mana pun kandungannya sekiranya tiada pelawat.
Dapatkan lebih banyak trafik ataupun pelawat .Dengan persaingan sengit di search engine ,sekiranya anda berjaya mendapatkan sekurang-kurang 1000-10,000 pelawat sebulan sudah memadai.Lebih banyak pelawat melayari blog anda ,lebih besar kemungkinan iklan adsense anda diklik pelawat.

Blog berbentuk jurnal yang bertujuan menarik pembaca setia.Konsepnya berbeza dengan laman web statik yang berbentuk perhubungan satu hala.Pelawat mungkin melawat sekali sahaja sekiranya kandungannya tidak menarik.

Namun terdapat beberapa tip yang membuatkan pelawat tertarik melawat blog yang sama setiap kali mereka melayari internet.Antara tip dalaman yang boleh diaplikasikan pada blog anda adalah:

1)Kandungan menarik dan terkini

Kandungan blog yang menarik sememangnya membuatkan pelawat ternanti-nanti post terbaru daripada
anda.Setiap kali melayari internet mereka pasti melawat blog anda bagi mengetahui cerita terbaru anda.Anda boleh mempengaruhi pelawat bagi menyertai perbincangan mengenai penulisan anda.

Menurut Rosli Jamal dalam buku Blogger,Blog dan Blogging,Blog yang mempunyai maklumat terbaru
dan segar membuatkan pembaca setia ternanti-nanti kandungan terbaru daripada penulisnya.

2)Konsistensi mengemaskinikan blog

Menurut Mohd Suhaimy Abu Bakar dan Mohamed Farid Sulaiman dalam buku Rahsia Blogger,mengemaskini blog secara berkala menghasilkan satu tabiat separa sedar di kalangan pembaca bagi melawat blog anda setiap kali melayari internet.Pastikan anda mengemaskini atau memasukkan post terbaru secara konsisten kerana ia digemari oleh search engine.

Apabila kandungan blog anda menarik ,pelawat sentiasa menanti-nantikan post terbaru.Jangan biarkan pelawat anda menanti post terbaru terlalu lama.Sekiranya mampu masukkan post terbaru setiap hari.Pelawat setia anda akan beralih arah sekiranya blog tidak dikemaskinikan dalam jangka masa yang lama.

3)Desain blog yang sesuai

Sesetengah template atau desain laman web tidak mesra pengguna dan menyusahkannpelawat.Elakkan daripada menggunakan template yang mepunyai animasi yang banyakdan sukar dilayari .Menurut Yazid Yahya dalam buku Buat Duit Dengan Blog ,reka bentuk blog yang menarik dapat membantu pemasaran dan penjenamaan sesuatu blog.

4)Gaya penulisan yang bersahaja

Anda bebas menulis apa sahaja yang anda suka asalkan ia tidak menganggu ketenteraman awam dan tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara.Pastikan blog yang anda tulis tidak terlalu serius dan kaku.Anda boleh selitkan lawak jenaka dalam penulisan anda agar tidak terlalu serius.Namun jangan terlalu banyak lawak jenaka sehingga tidak menyampaikan maklumat sebenar yang ingin anda sampaikan.

5)Ada matlamat dan tajuk yang jelas

Menurut Laura Maya dalam buku Bagaimana Generasi Muda Menjana Pendapatan Melalui Blog,kandungan yang bermaklumat menunjukkan anda mengambil berat terhadap pembaca blog anda.Setiap artikel yang ditulis mesti mempunyai matlamat tertentu sama ada secara nyata ataupun tersembunyi.Sebelum mula menulis pastikan matlamat yang anda ingin sampaikan.Fikirkan seketika perkara yang ingin anda sampaikan dalam penulisan.Contohnya isu semasa ataupun peristiwa yang terjadi kepada anda.

Lima tip penting bagi menarik minat pelawat menjadi pembaca tetap blog anda .Anda perlu banyak berlatih bagi membentuk gaya penulisan tersendiri .Anda boleh membaca blog orang lain bagi mengkaji gaya penulisan mereka .

Teknik penulisan memerlukan latihan yang panjang bagi menjadi mahir.Maka berlatihlah menulis sebanyak mungkin .Apabila ramai orang memberi respon kepada apa yang anda tulis ,bermakna tulisan anda memberi kesan kepada mereka.Lebih banyak komen bermakna penulisan yang hebat .Pastinya mereka yang memberi komen sentiasa menantikan entri yang bakal anda tulis.

Tip Mempromosi Blogging

Banyak cara bagi mempromosikan blog.Ada di antara cara ini anda tidak sedar sebagai aktiviti promosi kepada blog anda..Terdapat dua kaedah bagi mempromosikan blog anda iaitu kaedah berbayar dan kaedah percuma.

Saya akan menerangkan kaedah promosi secara percuma kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk menggunakan kaedah ini.Tidak semestinya anda mengeluarkan modal bagi menjana duit di internet.Kaedah percuma lambat mendapatkan trafik namun ia penting bagi mengurangkan kos promosi anda.Manakala kaedah berbayar adalah kaedah paling cepat mendapatkan pelawat.

Namun saya menyarankan supaya anda mengelak dari menggunakan kaedah berbayar kerana dikhuatiri
menyalahi terma Google Adsense.Anda boleh memfokuskan kepada teknik dan cara percuma kerana ia memberi kesan yang berpanjangan berbanding kaedah berbayar.

1)SEO

SEO adalah singkatan kepada search engine optimization.Kaedah ini paling berkesan bagi mempromosikan blog anda.Teknik SEO menjadikan blog anda mudah disenaraikan di search engine seperti Google,Yahoo! Dan Bing secara percuma.

Kebanyakkan pengguna internet mencari maklumat menggunakan kata kunci tertentu pada search engine.Dengan kaedah SEO blog anda akan tersenarai pada halaman pertama keputusan carian dan memberikan trafik yang berterusan secara percuma.

Anda perlu menggunakan kata kunci yang betul ketika menulis entri blog anda.Search engine sukakan kandungan yang baru dan asli .Apabila tulisan anda menepati kemahuan mereka entri tu akan tersenarai pada keputusan carian di search engine.

Saya menyarankan anda membuat kajian kata kunci terlebih dahulu supaya anda dapat mencari kata kunci yang sesuai bagi digunakan pada blog anda.

Anda dapat menggunakan SEO Book Suggestion Tool atau mana-mana tool kajian kata kunci .Bagi tool SEO Book iaitu http://tools.seobook.com/general/keyword-information/.

Anda dapat memfokuskan kepada topik “how to”,”guide” dan juga “tips” yang mesra pelawat.Biasanya pelawat mencari penyelesaian masalah mereka bermula dengan “bagaimanan “ pada search engine.

2.Komen blog orang lain

Pernahkah anda menulis komen pada blog orang lain? Kalau ya tahniah kerana anda sudah mempromosikan blog anda.Anda mungkin tidak sedar yang anda mempromosikan blog anda secara tidak langsung dengan menulis komen di blog orang lain.

Pada ruangan komen terdapat ruangan URL .Masukkan sahaja URL blog anda pada ruangan itu.Apabila anda mmberi komen yang bernas ,pasti menarik pembaca blog itu mengklik pada ruangan URL blog anda dan mrlewatinya.

3)Email signature

Kebanyakan perkhidmatan e-mel seperti Gmail dan Yahoo! Membenarkan penggunanya meletakkan email signature(tandatangan e-mel) pada setiao e-mel yang dikirim.Setiap kali anda menghantar e-mel ,email signature ini secara automatik dikepilkan bersama e-mel yang anda hantar.

4)Facebook

Anda mempunyai akaun Facebook? Sekiranya belum mendaftarlah segera.Facebook adalah satu-satunya laman web yang setanding Google daripada segi jumlah pengguna.Malah di kebanyakan
negara Facebook adalah laman web yang banyak di lawati pada masa kini.Menurut statistik laman web Alexa ,Facebook juga merupakan laman web paling banyak dilawati di Malaysia.

Anda dapat menggunakan Facebook bagi mempromosikan blog anda.Konsep viral marketing menerusi Facebook amat berkesan.Dengan kegilaan pengguna internet terhadap Facebook ,anda dapat memanfaatkannya bagi menarik pelawat Facebook ke blog anda.Anda juga dapat menggunakan laman rangkaian sosial lain seperti Myspace,Friendster dan Tagged bagi mempromosikan blog anda.

Caranya adalah dengan membuat satu Fan Page(halaman peminat) blog anda.Fan Page membenarkan pelawat anda menekan butang like dan menerima kemas kini status daripada Fan Page anda di Facebook.Masukkan tip dan panduan berguna agar mereka merasa berbaloi menyertai Fan Page anda.

5)Direktori blog

Direktori blog adalah laman web yang mengumpulkan pelbagai jenis blog dalam niche yang berkaitan.Apabila anda menulis blog mengenai sukan,masukkan blog anda diruangan kategori blog sukan.Kebanyakan penulis blog menggunakan blog direktori bagi mempromosikan blog mereka dan mencari idea penulisan di blog mereka menerusi hasil penulisan blog lain.

Mendaftarkan blog anda di blog direktori juga membantu SEO blog anda.Langkah ini mempercepatkan blog anda dijelajahi oleh spider search engine yang mencari kandungan baru bagi disenaraikan dalam keputusan carian mereka.

Antara blog direktori lain yang boleh didaftarkan adalah http://www.bloghints.com
,http://www.bloghub.com dan http://www.blogcatalog.com. Anda dapat menggunakan fungsi carian Google bagi mencari lebih banyak blog direktori.

6)Pertukaran link

Anda dapat menghubungi pemilik blog lain bagi bertukar link(pautan).Caranya adalah anda meletakkan link blog mereka pada blog anda.Mereka juga melakukan tindakan yang sama dengan meletakkan link blog anda pada blog mereka.Anda boleh menghubungi pemilik blog berkaitan menerusi e-mel dan menyatakan hasrat anda bagi berkongsi link dengan blog beliau.

Sekiranya mereka bersetuju,mereka akan menghubungi anda.Selain menghubungi sendiri ,anda juga boleh menggunakan perkhidmatan laman web links exchange.Anda perlu mendaftar sebagai ahli dan menawarkan pertukaran link dengan ahli yang lain.


Link juga dikaitkan dengan SEO .Blog yang banyak link lebih disukai oleh search engine berbanding blog yang tidak mempunyai link langsung.Link juga dikaitkan dengan menikkan Page Rank sesuatu blog ataupun laman web.

INFO

Page Rank adalah algoritma yang menentukan kepentingan laman web.Lebih tinggi page rank ,lebih bernilai sesuatu laman web..Page Rank dinamakan sempena salah seorang pengasas Google iaitu Larry Page.

7)Hantar URL blog kepada search engine

Search engine seperti Google,Yahoo! Dan Bing mempunyai laman khas bagi memberitahu tentang blog anda kepada mereka.Ini bertujuan mempercepatkan robot atau spider search engine menjumpai blog anda dan menyenaraikannya di keputusan mereka.Anda boleh melayari URL dibawah bagi menghantar
URL blog anda kepada search engine.



8)Portal iklan percuma

Terdapat banyak portal iklan percuma di internet.Apabila anda menaip “free classified” ,search engine akan menyenaraikan ratusan laman web portal iklan percuma ini tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Anda boleh memasukkan iklan tentang blog anda pada ruang iklan mereka secara percuma.Tidak salah bagi anda mencubanya ,antara laman iklan percuma yang popular di Malaysia adalah http://www.iklanpercuma.com dan http://www.iklanfree.com

9)Web 2.0

Laman web 2.0 adalah istilah bagi laman web yang mempunyai kandungan yang dijana oleh penggunanya.Kandungan yang terdapat pada laman web 2.0 adalah hasil sumbangan pengguna laman web itu.Antara laman web 2.0 yang terkenal adalah Hubpages dan Squidoo.Anda boleh mendaftar sebagai ahli laman web berkenaan dan menyumbang kandungan kepadanya.Jangan lupa menyelitkan URL blog anda pada pages atau lense anda.Antara laman web 2.0 yang popular adalah http://www.digg.com

10)Video marketing

Anda pasti tahu tentang YouTube.Anda dapat mengupload video anda dan memasukkan URL blog anda dalam video atau pada ruangan penerangan video tersebut.Apabila ada pengguna Youtube yang menonton video anda ternampak URL blog anda,mereka akan melawatinya.Selain Youtube anda boleh mengupload video anda di Google Video,metacafe ataupun mana-mana laman perkongsian video di internet.

Selain http://Youtube.com anda dapat menggunakan beberapa khidmat laman perkongsian video seperti http://www.dailymotion.com

11)Direktori Artikel

Sekiranya anda mahir menulis,anda boleh menghantar artikel anda ke laman direktori artikel.Antara
direktori artikel yang terbaik adalah http://www.EzineArticle.com yang hanya menyiarkan artikel yang unik dan bebas dari kesalahan ayat ataupun ejaan.Justeru laman ini menjadi direktori paling digemari oleh usahawan internet bagi mencari artikel.Antara laman lain adalah http://www.articlesbase.com

12)Forum

Forum adalah laman web perbincangan.Anda boleh mencari forum tentang penulisan anda.Sekiranya anda menulis tentang kereta di blog anda,anda boleh menyertai perbincangan forum tentang kereta di internet.Kebanyakan forum membenarkan ahli mereka meletakkan signature(tandatangan) pada profil mereka di forum.Setiapkali menyertai perbincangan ,signature anda juga dipaparkan pada post perbincangan itu.Bagi forum pemasaran elakkan daripada mempromosikan URL blog anda sebaik sahaja anda mendaftar kerana tidak digemari oleh ahli forum dan keahlian anda mungkin dibatalkan.Promosikan blog anda menerusi signature atau ruang pengiklanan.

Jangan terlalu agresif dalam pemasaran di forum kerana ramai ahli lain terlibat .Contohnya anda mendaftar lalu menulis artikel “Lawatilah blog saya ini ...” pada ruang perbincangan .Saya pasti keahlian anda dibatalkan ataupun diberi amaran oleh moderator.Anda perlu ingat bahawa forum adalah tempat perbincangan ,bukan tempat mempromosikan blog anda.

Sekiranya forum tersebut mempunyai ruang pengiklanan dan promosi ,gunakanlah ruang itu.Jangan sesekali menggunakan ruang perbincangan bagi mempromosikan blog.Lebih elok sekiranya anda menyertai perbincangan dan blog anda dipromosikan secara automatik oleh signature forum anda.

Cara Membuat Email Signature Yahoo!

Login ke akaun Yahoo! Mail anda,kemudian klik pada [Options<More Options] pada e-mel anda .Pada seting di sebelah kiri ,pilih [signature].Seterusnya anda boleh menulis tandatangan e-mel anda dan menekan butang [Saves Changes].

Cara Membuat Email Signature Gmail

Login akaun Gmail anda ,klik pada [Setting] dan anda boleh mencipta signature email anda pada ruangan [signature].sila save seting anda.




No comments:

Post a Comment