Wednesday, January 28, 2015

reka grafik


Asas Reka Grafik Minisite Jualan

Seni reka grafik mengutamakan rekaan dengan menjadikan pengguna sebagai asas dan sebab hasil karya dibuat.Ia meletakkan pengguna sebagai fokus utama..Ini perlu diterapkan dalam minda kita atau pereka grafik supaya minisite yang direka mudah dilayari pengguna.Selain itu mesej yang mahu disampaikan dapat diterima oleh pengguna.Cukup sekadar minisite kita mudah dilayari ,kemas dan sedap mata memandang.

Pereka minisite atau peniaga sendiri perlu mempunyai asas reka grafik dalam membina minisite jualan.Minisite dari sudut bisnes,adalah medium komunikasi antara peniaga dan pembeli.Jadi rekaan minisite itu perlu mempunyai mesej dan sampai kepada pengguna.Adakah minisite kita memberitahu secara jelas kepada pelanggan yang:

1.Beli produk saya sekarang
2.Kami boleh dipercayai
3.Anda boleh melakukannya.

Tips
Tulis mesej yang mahu kita sampaikan kepada pengguna atau bakal prospek.Apakah yang pengguna perlu rasa apabila melayari minisite kita?Kata kuncinya adalah perasaan.
-
-
-
-

Sekiranya kotak kosong itu sudah diisi sekurang-kurangnya empat jenis perasaan,kita sudah mempunyai mesej asas yang cukup .Latihan ini dilakukan kerana setiap jenis perkataan,warna dan gambar yang digunakan dalam minisite bergantung sepenuhnya pada senarai kata kunci yang merujuk pada perasaan.

Asas warna

Warna secara fizikalnya adalah kehadiran cahaya dalam pelbagai frekuensi gelombang .Lain warna,lain frekuensi gelombang.Perbezaan frekuensi ini memberi perasaan yang berbeza kepada manusia yang apabila melihat warna itu .Gabungan cahaya pelbagai frekuensi gelombang ini memberi kita persepsi yang cahaya berwarna putih.

Warna asas dalam pembinaan minisite terdiri daripada tiga warna RGB iaitu:
1.Merah(Red)
2 Hijau(Green)
3.Biru(Blue)

Gabungan ketiga-tiga warna dalam jumlah yang sama menghasilkan warna putih.Gabungan salah satu warna dengan warna yang lain dalam jumlah yang tidak sama menghasilkan pelbagai jenis warna.

Teknik menggunakan warna dengan dengan betul dalam minisite bergantung pada mesej yang hendak disampaikan.Teknik yang biasa digunakan adalah memilih warna asas atau base color bagi latar belakang minisite.Warna ini bergantung pada perasaan yang kita ingin pengguna rasai.Contohnya kita mahu pengguna berasa minisite kita kukuh,stabil dan jujur.Jadi warna biru adalah warna yang dapat menggambarkan perasaan itu.Jadual berikut adalah sebahagian warna dan perasaan yang digambar oleh sesuatu warna.
Merah
Berani,unik,bertenaga,bertuah,cinta,hangat
Biru
Aman,stabil,kukuh,luas pengetahuan,tiada batasan
Hijau
Alam semulajadi,tenang,segar,subur,nyaman,ubat,tuhan
Kuning
Raja,tenaga,letupan,dinamik,pantas,elektrik,impak
Oren
Bertenaga,remaja,segar,harapan,usaha,lapar
Indigo/Unggu
Misteri,sukar difahami,tidak boleh dijangka,unik,eksotik
Putih
Aman,suci,neutral,reda,hospital,keagamaan
Hitam
Elegan,ekslusif,mahal,mewah
Warna dan perasaan

Memilih warna kedua sebagai asas warna penegasan

Warna ini digunakan bagi bahagian-bahagian minisite yang mahu ditonjolkan supaya pembaca memberi perhatian pada bahagian itu.Warna penegasan adalah warna yang kontras dengan warna asas.

Warna kontras memberikan impak atau penegasan berbanding warna asas.Manakala warna harmoni memberikan kesan sekata,tenggelam dan senada dengan warna asas.

Warna Kontras

Warna kontras ialah warna yang bertentangan dalam roda warna .

Warna Harmoni

Warna harmoni pula adalah warna yang bersebelahan roda warna

Contoh warna kontras adalah seperti berikut:

1.Hijau-Merah
2.Biru-Kuning
3.Hitam-Merah
4.Hitam-Kuning

Contoh warna harmoni

1.Hijau-Biru
2.Merah-Jingga
3.Biru-Indigo
4.Hitam-Biru
5.Putih-Kuning

Berhati-hati dalam memilih warna asas supaya ia tidak memberi maksud yang negatif apabila digandingkan dengan warna kedua yang digunakan bagi memberi penegasan dan impak kepada pengguna.Contohnya

Walaupun warna hitam sebagai warna asas memberikan perasaan elegen dan mewah,tetapi apabila digandingkan dengan warna merah sebagai warna kontras,iajuga memberi perasaan kejahatan ,tidak elok,pembunuhan dan lain-lain perasaan yang negatif.

Kita perlu memilih warna kontras sebagai warna tema perniagaan.Manakala warna lain yang sesuai sebagai warna asas dan warna latar belakang.Antara warna yang mudah ialah warna kelabu keputihan,warna putih kebiruandan warna putih dengan sedikit jingga sebagai warna asas.Warna-warna ini tergolong dalam warna neutral dan mudah digandingkan dengan warna-warnalain sebagai warna kontras.

Tiga langkah utama memilih warna tema minisite kita adalah seperti berikut:

1.Pilih warna kontras bagi dijadikan penegasan tulisan,rangka gambar dan sebagainya.Contoh kita memilih biru Cyan kerana ia memberikan perasaan segar dan kukuh.

2.Pilih warna bagi dijadikan latar belakang .Pastikan ia memberikan kesan perasaan yang sesuai apabila digandingkan dengan warna kontras pada langkah pertama.Sekiranya sukar membuat pilihan,pilih warna neutral seperti putih,kelabu dan biru.Kita memilih warna kelabu gelap kebiruan.Ini memberi penegasan yang maksimum kepada warna kontras pilihan kita iaitu Cyan.

3.Sediakan beberapa warna harmoni daripada warna asas dalam langkah kedua bagi warna hiasan pada pautan dan elemen lain yang memerlukan penegasan yang minimum.Kita memilih warna indigo dan magenta.Ini memberi penegasan yang minimum pada pautan dan elemen-elemen html kecil yang lain.


Asas Tipografi Minisite

Tipografi adalah seni khat yang khusus bagi tulisan rumi.Seni tipografi ini berasal daripada zaman Greek purba dan ia terus berkembang bersama-sama mubaligh Kristian yang membawa kitab bible yang penuh dengan seni tipografi ke serata dunia.Oleh kerana kebanyakan penulisan dalam internet menggunakan huruf rumi,jadi seni tipografilah yang menjadi panduan dalam menghasilkan minisite.

Jenis Tipografi

Dalam seni tipografi moden terdapat dua jenis huruf iaitu :

Serif

Serif ialah perkataan latin yang bermaksud mempunyai lebihan dan mempunyai ekor..Huruf jenis ini mempunyai ekor pada tulisan mereka.Ekor ini dipercayai berasal daripada cara rakyat Greek Purba yang menulis di atas ketulan tanah liat menggunakan kayu.Setiap tulisan mereka meninggalkan kesan ekor.

Lama-kelamaan ia menjadi satu trend dan diterima ramai sebagai satu seni penulisan dan terus kukuh sehingga hari ini.Antara contoh tulisan dalam jenis ini adalah Times New Romance,Monotype Corsiva dan Georgia.

Jenis penulisan serif memberi kesan elegan,konservatif dan ekslusif.Ia juga memudahkan pembacaan dengan syarat saiz huruf yang digunakan lebih daripada saiz 10pt bagi skrin komputer.

Ia tidak sesuai bagi pembacaan intensif melalui skrin komputer kerana ia memberi perasaan berat,penuh dan semak.Ini berlaku kerana skrin komputer tidak mempunyai resolusi yang tinggi bagi memaparkan tulisan serif dengan jelas.Huruf serif dalam skrin komputer tidak cukup tajam lalu menyukarkan pembacaan..

Sans Serif

Sans Serif bermaksud tiada ekor.Huruf dalam jenis ini tidak mempunyai lebihan dalam pembinaan huruf mereka.Ianya cukup bersih dan mudah dibaca melalui skrin komputer.Contoh tulisan jenis sans serif adalah Calibri,Impact,Arial dan Verdana.

Tipografi dalam minisite bergantung pada tujuan tulisan itu digunakan.Jenis huruf sans serif sesuai digunakan bagi tajuk utama,heading dan quote.Sans Serif hanya sesuai digunakan bagi tulisan yang memerlukan pembacaan minimum iaitu 200 hingga 300 huruf.

Manakala penulisan yang memerlukan pembacaan yang banyak pula adalah lebih sesuai digunakan jenis tulisan serif.Jenis tulisan serif mampu memuatkan lebih huruf dalam satu garisan dan mampu dibaca dengan selesa walaupun saiznya agak kecil.

Saiz Tulisan Dalam Minisite Jualan

Saiz tulisan antara 8pt hingga 11pt bagi huruf dalam perenggan tulisan jenis sans serif dan 10pt hingga 12pt bagi tulisan jenis serif.Ini adalah saiz selesa dibaca bagi kedua-dua jenis tulisan itu.Tetapi kita boleh bereksperimen dengan pelbagai saiz dan warna tulisan bagi setiap jenis huruf bagi mendapatkan efek yang menarik,lebih-lebih lagi bagi heading dan quotes.

Penggunaan warna yang sesuai bagi tulisan amat ditekankan.Guna warna kelabu gelap bagi tulisan dalam perenggan dan elakkan penggunaan warna hitam penuh sebagai warna tulisan.Warna hitam terlalu konvensional bagi minisite.Malah media konvensional juga banyak menggunakan warna kelabu kerana ia menjimatkan kos..Warna kelabu gelap adalah normal dan mudah diterima ramai kerana ia mudah dibaca.

Pilihan jenis huruf yang terhad

Pilihan jenis huruf yang ada sebenarnya terhad kepada beberapa jenis sahaja.Sudah amalan ramai pereka minisite menggunakan satu ataupun dua jenis tulisan sahaja dalam minisite mereka.Ini kerana setiap minisite yang dipaparkan,jenis tulisan yang digunakan bergantung pada komputer pengguna minisite itu.Sekiranya komputer pengguna tidak mempunyai jenis tulisan yang digunakan dalam minisite kita,jenis tulisan default digunakan.

Disarankan supaya menggunakan pilihan jenis huruf berikut bagi pembinaan minisite:

1.Serif=monotype corsiva,times new romance,georgia dan garamond
2.sans serif=arial,arial black,arial narrow,verdana,impact dan lucida sans

No comments:

Post a Comment