Wednesday, January 28, 2015

santun bahasa dalamskrip jualan magnetik


Santun Bahasa dalam skrip jualan magnetik

Tiada idea semasa hendak menghasilkan pendahuluan yang persuasif adalah perkara normal.Ini berlaku pada semua individu walaupun beliau penulis berpengalaman.Apa yang dapat dilakukan adalah terus menulis skrip jualan .Catat segera idea yang datang sebelum terlupa.

Bagaimana menghasilkan skrip jualan yang persuasif pada minisite kita?Jawapannya ikuti dua langkah mudah ini:

1.Pelanggan adalah nombor 1
2.Jadikan produk kita sebagai cara hidup mereka

Pelanggan adalah nombor satu

Pelanggan adalah individu nombor satu dalam skrip jualan kerana kuasa membeli akhirnya terletak pada tangan mereka.Skrip jualan yang ditulis perlu berkait rapat dengan pelanggan .Ia perlu fokus dan mempunyai kaitan dengan pelanggan bagi menjadikan pelanggan berasa penting apabila membacanya.

Gunakan perkataan 'saudara','saudari','tuan' dan 'puan' sebagai ganti kepada perkataan 'anda'.Perkataan 'anda' bersifat autoritatif ,atas ke bawah.Ia menggambarkan penjual berada kedudukan lebih tinggi berbanding pelanggan.

Adab skrip jualan di negara Barat dan Asia adalah berbeza.Di negara Barat perkataan 'anda' atau 'you' menjadi sebahagian daripada budaya.Bagi komuniti Asia Tenggara .mereka masih menghormati simbol kuasa dan kedudukan seseorang .Santun bahasa masyarakat Asia mementingkan kepada siapa perkataan itu ditujukan.

1.Perkataan 'anda' bagi sesetengah atau sebahagian pelanggan dilihat sebagai merendah-rendahkan mereka.
2.Perkataan 'saudara' ataupun 'saudari' menjadikan komunikasi pelanggan dan peniaga pada kedudukan neutral.
3.Perkataan 'tuan' dan 'puan' merujuk pada sikap hormat kepada pelanggan

Isu berkaitan perkataan 'anda' tidak dibincangkan dalam pemasaran bisnes kecil di internet .Tetapi penggunaannyamasih memberi kesan kepada sesetengah pelanggan.Dalam skrip jualan .letakkan diri kita pada kedudukan neutral ataupun gunakan rujukan hormat pada pelanggan.

Apabila kita tidak tahu latar belakang pelanggan .elak daripada menggunakan perkataan 'anda'.ini bagi mengurangkan risiko hilang pelanggan berpotensi.Kita mungkin tidak kehilangan pelanggan sedia ada tetapi kita hilang pelanggan yang mahu menggunakan produk dan perkhidmatan kita.

Santun Bahasa

Perkara ini didedahkan dalam buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart, bagaimana santun bahasa dapat mencipta persepsi positif dan pengaruh kepada penerima.Persepsi positif dan pengaruh adalah dua elemen dalam skrip jualan .Ia ada kaitan dengan pembawaan diri kita dalam hubungan sosial.



Jadikan produk kita sebagi cara hidup mereka

Bandingkan kedua-dua iklan ini.Produk mana yang lebih bersifat produk untuk pelanggan dan produk untuk penjual?

Ayat pertama
Ayat kedua
Buku Pemasaran YouTube untuk Bisnes Kecilmemberikan cara-cara memasarkan produk di internet menggunakan video .Buku ini ditulis d alam gaya bahasa Melayu yang mudah.Ia mengandungi gambarajah dan senarai teknik menghasilkan video.
Buku Pemasaran YouTube untuk Bisnes Kecil ditulis bagi keperluan bisnes saudara.Ia membantu saudara mengembangkan bisnes bisnes melalui promosi di internet menggunakan video.Ditulis dalam gaya bahasa Melayu yang mudah berserta gambarajah bagi mempercepatkan kejayaan saudara mendapat pelanggan di internet hari ini.

Ayat pertama bersifat iklan untuk penjual .Manakala ayat kedua bersifat iklan untuk pelanggan .Iklan untuk penjual lebih cenderung menceritakan kehebatan produk tanpa mengambil kira kewujudan pelanggan sebagai komponen pada produk itu sendiri.Ayatnya bersifat teknikal dan bertumpu pada objek yang ditawarkan.

Ayat kedua mengambil kira kewujudan pelanggan sebagai komponen penting dalam produk yang ditawarkan.Kehebatan produk ditonjolkan melalui hasil yang diperoleh pelanggan.Produk digambarkan mendengar apa yang dimahukan pelanggan.Ia tidak tertumpu pada produk semata-mata ,pelanggan juga ditonjolkan dalam skrip jualan kedua.Pelanggan dilihat sama penting seperti produk.

Sebab skrip jualan kedua lebih persuasif dapat dijelaskan melalui teropong ilmu komunikasi interpersonal.

Bayangkan ketika ini kita bekerja di pejabat .Seorang pekerja menemui rakan kita bagi mendapatkan tandatangan dan cop rasmi.Selepas urusan itu selesai tidak ada interaksi lagi sama ada pada waktu lain di dalam ataupun di luar pejabat.Adakah kita selesa dengan keadaan ini ?

Apa yang dilalui dalam keadaan pertama dipanggil komunikasi impersonal.Situasi ini menunjukkan rakan sekerja adalah objek.Ia bersifat mekanikal ,tidak ada hubungan emosi dan tidak ada jangkaan bagi kedua-dua pihak meneruskan komunikasi pada peringkat lebih lanjut lagi.

Bayangkan pula, itulah komunikasi produk yang ditulis dalam minisite jualan.Tanpa hubungan hati antara produk dan pembeli ,produk akan mati.Produk digunakan sekali sahaja dan pelanggan tidak menjadi duta mempromosikan produk itu.Penjual terbaik bagi produk itu adalah pembeli sendiri kerana mereka menjalankan pemasaran dari mulut ke mulut.

Pelanggan cadangan

Pelanggan cadangan ialah pelanggan yang pertama kali datang melihat-lihat produk dan perkhidmatan dalam minisite jualan.Pelanggan cadangan berpotensi menjadi pelanggan bermusim ataupun pelanggan berulang apabila berpuas hati pada produk dan perkhidmatan itu.Pelanggan cadangan juga datang daripada saranan pelanggan berulang sebelum ini.

Pelanggan bermusim

Pelanggan bermusim ialah pelanggan yang datang sekali sekala melihat-lihat produk dan perkhidmatan dalam minisite jualan.Ia berlaku apabila pelanggan berpuas hati pada perkhidmatan ataupun produk yang dijual.Pelanggan bermusim menjadi pelanggan berulang apabila adanya pembelian dan mereka mahukan produk lebih dari sekali.

Pelanggan berulang

Pelanggan berulang membuat kunjungan berkali-kali ke minisite apabila mahu memperkenalkan produk kepada pelanggan lain.

No comments:

Post a Comment