Wednesday, January 28, 2015

seo


Cara mudah dikesan pelanggan

SEO untuk kadar trafik yang tinggi

SEO ialah akronim bagi Search Engine Optimization.Ia adalah teknik bagi meningkatkan kedudukan dalam paparan keputusan carian.Contohnya apabila kita mencari laman web dengan kata kunci 'cara buat ebook',blog http://ro.botys.com muncul pada Google sebagai pilihan pertama.

Laman web blog itu menggunakan beberapa teknik SEO bagi meningkatkan kedudukannya dalam carian Google bagi kata kunci 'cara buat ebook'.Kedudukan yang tinggi dan berada dalam paparan pertama keputusan carian amat penting kerana biasanya hanya kedudukan pertama hingga ke sepuluh dilawati oleh pengguna laman web carian.

Sekiranya terdapat 1300 carian bagi kata kunci 'cara buat ebook',berkemungkinan besar kesemua pencari melawat laman web blog ro.botys.com.Pelawat inilah yang kita perlu supaya jualan di minisite kita dapat dilakukan.

SEO adalah teknik khusus yang diimplemen dengan mengambil kira kriteria-kriteria yang digunakan oleh enjin carian seperti Google bagi menentukan kedudukan laman web tertentu dalam paparan keputusan cariannya

Cara Google Mencari

Google berfungsi seperti editor.Ia menghantar spider atau crawler iaitu sejenis skrip pengaturcaraan ringkas bagi mencari,mengindeks dan menyimpan segala laman web yang wujud di ruang .internet.

Selepas laman web dikesan,Google mengenalpasti kata kunci bagi laman web itu dengan mengira jumlah perkataan yang mendominasi laman web itu.Contohnya Google mendapati blog ro.botys.com sangar relevan dengan kata kunci 'cara buat ebook'.Jadi blog ro.botys.com tersenarai dalam kedudukan teratas hasil carian.

Teknik SEO Onpage meningkatkan potensi carian

Teknik SEO terbahagi kepada dua bahagian iaitu SEO onpage dan SEO offpage.

Teknik SEO onpage

Teknik SEO onpage adalah teknik yang dilakukan ke atas kod HTML laman web.Kita perlu tahu cara membaca dan mengubahsuai kod HTML.Ia hanya memerlukan kemahiran pengaturcaraan yang amat minimum dan amat mudah dilakukan.

Pertama sekali kita melihat kod HTML minisite yang mahu diubahsuai.Ini boleh dilakukan dengan menekan tab'source' di bahagian bawah perisian Kompozer.

Teknik SEO onpage yang pertama adalah metatag.Ini adalah teknik mudah yang hanya memerlukan kita menaip perkataan berikut:

<meta name=”description” content=”SusuSedap.com adalah laman web berkenaan Susu dan teknik khas bagaimana membuat susu sedap untuk dinikmati seisi keluarga.Kami juga ada menjual susu dengan resepi kami yang tersendiri untuk mereka yang tidak mempunyai kelapangan.”/>

<meta name=”keyword” content=”susu sedap,susu enak,susu strawberi,susu cameron highlands,beli susu sedap,resepi susu sedap”/>

Metatag description ialah teks yang dipaparkan dalam keputusan enjin carian.Ia penting kerana ia adalah teks pertama dilihat oleh pengguna dalam enjin carian berkenaan minisite kita.Teks itu mempunyai daya tarikan yang tinggi apabila pengguna enjin carian menemui minisite bisnes kita pada carian Google.

Meta keyword ialah senarai kata kunci laman web yang kita mahu enjin carian letakkan kedudukan.Analoginya adalah kita mengundi diri sendiri bagi kata kunci yang di-ingini .
Kata kunci ini ditulis dan diasingkan dengan menggunakan tanda bacaan koma bagi memisahkan antara satu sama lain.Kita perlu mengubah isi dalam 'quote content ' sahaja.

Sesudah menyediakan meta description dan meta keyword,letakkan ia dalam tag head pada kod HTML.

Teknik seterusnya dalam SEO onpage adalah meletakkan kata kunci ke dalam tag-tag pilihan

tag title

Tag title adalah teks yang muncul di bar window bahagian atas.Kod HTML bagi tag title adalah <title>letakkan kata kunci atau tajuk utama laman web<title>

Perkataan SusuSedap.com pada bar window diubah di tag title pada kod HTML di source.

Tukarkan tag title Delicious Fruit pada <title> kepada perkataan 'SusuSedap.com,susu yang sedap untuk pilihan keluarga yang sihat dan gembira'.

Tag heading

Tag heading adalah elemen HTML bagi menunjukkan teks di dalamnya perlu dipaparkan sebagai tajuk bagi perenggan itu.Kod HTML bagi tag heading adalah:

<h1>letakkan kata kunci</h1>,<h2>letakkan kata kunci</h2> dan <h3>letakkan kata kunci</h3>

Tajuk perenggan perlu relevan dengan isi kandungan perenggan perlu releven dengan isi kandungan perenggan .Jadi perkataan dalam tag heading perlu diberi penekanan berbanding teks dalam perenggan bagi paparan pada enjin carian.

Tag alternate(alt)

Tag alternate adalah tag yang mengandungi teks yang dipaparkan apabila kursor berada di atas satu-satu elemen.Antara elemen yang mempunyai tag alternate adalah tag imej(img)
Contohnya:

<img style=”width:159px;height:140px;”src=”images/demo_img.jpg” alt=”Buah Kiwi” class=”float_right”/>

Tag perenggan(p)

Tag perenggan (p).Pakar SEO menggalakkan kita meletakkan kata kunci pada perenggan pertama minisite.Ini bagi memantapkan lagi kepercayaan Google pada minisite kita dengan kata kunci itu.Caranya :
contoh <p>masukkan perenggan yang mahu dijadikan kata kunci</p>

Teknik SEO Offpage

Teknik SEO offpage ialah teknik SEO yang dilakukan di luar minisite kita.Ia adalah satu faktor yang tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh kita.Ini kerana teknik SEO offpage bergantung sepenuhnya pada backlink.Secara teknikalnya backlink merujuk kepada pautan daripada minisite lain pada minisite kita.
Bagi lebih mudah memahaminya ,cuba bayangkan situasi berikut:

Tuan Kasman mempunyai sebuah minisite www.kasmanpindah.com yang menyediakan perkhidmatan lori sewa bagi pemindahan perabot dan muatan berat yang lain.

Puan Sharipah pula adalah pemilik Sharipah Katering SDN BHD yang menyediakan perkhidmatan katering kenduri dan majlis makan yang lain .Puan Sharipah kerap menggunakan perkhidmatan Tuan Kasman ,beliau berpuas hati dengan perkhidmatan Tuan Kasman yang bagus dan tepat pada waktunya.

Puan Sharipah meletakkan pautan minisite Tuan Kasman pada minisite beliau,www.sharipahkatering.com seperti berikut <a href=”www.kasmanpindah.com”>Kasman Pindah Cepat dan Tepat</a>.

Merujuk pada kod HTML elemen pautan <a> di atas ia adalah backlink daripada www.sharipahkatering.com kepada www.kasmanpindah.com dengan kata kunci 'Kasman Pindah Cepat dan Tepat'.

Google dan enjin carian yang lain peka dengan backlink yang menuju ke minisite kita.Semakin banyak jumlah backlink semakin tinggi kedudukan minisite kita dalam enjin carian.

Merujuk contoh yang sama ,Google mendapati minisite www.sharipahkatering.com mengundi minisite www.kasmanpindah.com bagi kata kunci “Kasman Pindah Cepat dan Tepat'.Sekiranya ada pelayar yang cuba mencari melalui Google dengan kata kunci itu,minisite Tuan Kasman mendapat tempat pertama sekiranya tidak ada minisite lain yang mendapat undi yang sama.

Backlink dan SEO

Backlink adalah satu unsur yang penting dalam teknik Search Engine Optimization atau SEO.Sekiranya kita cuba mencari kata kunci SEO technique ,hampir ke-semuanya menceritakan teknik mendapatkan backlink.SEO seolah-olah sinonim dengan perkataan backlink.

Mendapatkan backlink dengan memberi komen di blog

Terdapat beberapa cara mendapatkan backlink daripada minisite yang lain.Antaranya adalah dengan cara memberi komen di blog orang lain.Teknik ini mudah dilakukan,ia terdiri daripada tiga langkah berikut:

1.Layari http:www.technorati.com dan lakukan carian dengan kata kunci yang berkaitan dengan minisite kita.
2.Klik keputusan yang dipaparkan dan baca artikel yang ditulis
3.Isikan ruangan komen dengan pendapat yang bernas dan tambah pautan ke minisite kita.Ruangan komen biasanya boleh diisi dengan kod HTML

Contohnya
Menurut saudara,tiada <a href=”http://www.sususedap.com”> susu yang sedap di dunia</a> ini .Saya Jamil daripada sususedap.com ingin mencadangkan supaya saudara mencuba produk saya.Ia pasti tidak mengecewakan saudara.”

Berikut beberapa tip dalam mendapatkan backlink ini

1.Gunakan bahasa yang mudah dan ringkas .Elakkan membuat karangan atau artikel sendiri di dalam ruangan komen mereka.

2.Kebanyakan blogger tidak gemar mereka yang cuba menunjuk pandai di dalam blog mereka.

3.Elakkan meletak banyak backlink dalam setiap komen kita.Ia hampir pasti tidak dibenarkan bagi paparan umum kerana pemilik blog itu tahu kita cuba melakukan link spamming.

4.Link spamming adalah aktiviti meletakkan backlink yang intrusif dalam bilangan yang banyak pada satu-satu masa.

5.Digalakkan lebih kreatif bagi mendapatkan bagi mendapatkan backlink daripada minisite yang lain.Gunakan teknik dan cara yang tidak konvensional asalkan ia tidak menyalahi etika yang membolehkan minisite kita disekat oleh enjin carian.

Mendapatkan backlink melalui forum

Forum ialah laman web yang menyediakan platform bagi penggunanya bertukar-tukar pendapat dan berdiskusi.Kebanyakan laman web forum membenarkan penggunanya meletakkan pautan selagi mana pautan itu relevan dengan isi perbincangan forum itu.

Gunakan laman web BoardReader,http://www.boardreader.com bagi mencari topik-topik yang releven dengan kata kunci kita.Taip kata kunci yang disasarkan dan klik 'Search'.Contoh kita mencari topik berkenaan susu lembu..

Blog sebagai senjata SEO

Blog berasal daripada perkataan Web-Log yang bermaksud log maklumat online.Daripada perkataan itu ia diringkaskan menjadi webblog dan seterusnya hanya tinggal blog.Blog adalah medium online yang semakin diterima ramai.Penggunaannya semakin meluas kerana ia mudah digunakan.

Blog percuma sebagai senjata SEO

Antara blog percuma adalah Blogspot http://www.blogspot.com dan Wordpress http://www.wordpress.com. Apabila kita sudah mendaftar di laman itu,kita diberi satu blog dengan nama pilihan anda.

Digalakkan menggunakan blog di wordpress.com berbanding blogspot.com kerana:

1.Bagi pengguna internet yang peka dan profesional ,blogspot,com adalah jenama yang sinonim dengan remaja ataupun spamblog.Imej blogspot.com kebanyakannya digunakan oleh remaja dan para pengamal internet marketer sahaja.

2.Blogspot.com sudah digunakan oleh ramai blogger.Malah blogspot.com adalah salah satu laman weblog yang terbesar di internet.Ini bermakna peluang kita mendapatkan alamat laman blog dengan kata kunci yang mesra SEO adalah tipis.Lebih.lebih lagi sekiranya kata kunci kita dalam bahasa inggeris.

3.Kebanyakan tema blogspot terlalu konvensional dan terlalu grafik.Ia tidak sesuai bagi menggambarkan blog yang bersifat bisnes yang benar dan berpotensi besar.

4.Tema blogspot juga terhad.Ini menyukarkan kita meletakkan gambar header baru dalam blog kita

5.Rekaletak dan reka grafik laman blogspot.com memerlukan kemahiran CSS yang tinggi.Ia tidak sesuai untuk mereka yang baru mendalami ilmu reka grafik minisite.

6.Blogspot tidak menyediakan statistik pengunjung .Statistik pengunjung adalah yang wajib ada pada setiap minisite.Hanya dengan statistik sahaja kita dapat mengesan kata kunci yang banyak dicari oleh pengunjung.Melalui statistik kita dapat mengesan minisite lain yang meletakkan backlink kepada minisite kita.Penyedia blog wordpress.com menyediakan servis ini secara percuma.

Blog Wordpress sebagai senjata SEO

Digalakkan kita menggunakan enjin blog wordpress yang dipasang di server hosting kita.Wordpress mempunyai dua jenis servis iaitu:

1.Servis Percuma yang boleh didapati di http://www.wordpress.com

2.Blog yang dapat dipasang di server hosting kita

Kaedah kedua memberi kita kawalan sepenuhnya bagi melakukan apa sahaja dengan blog itu.Sekiranya kita mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam pengaturcaraan PHP dan CSS,kita boleh mereka tema blog yang sangat unik dan khas bagi blog kita sahaja.

Terdapat juga laman web yang hanya menggunakan enjin wordpress sebagai laman web mereka.Dengan sedikit modifikasi dan penggunaan plugin atau aplikasi tambahan yang sesuai ,wordpress dapat digunakan sebagai minisite portal seperti Yahoo ataupun kelihatan seperti minisite statik

Teknik-teknik SEO mudah dilakukan ke atas blog.Blog adalah medium sosial .Ia seperti sebuah bilik perbincangan.Setiap perbincangan mendapat perhatian daripada blogger lain dan mereka mungkin menulis artikel dan seterusnya meletakkan backlink pada minisite kita sebagai cara memberi kredit iaitu menyatakan sumber asal artikel itu.

Enjin blog wordpress direka khas sebagai enjin yang mesra SEO.Laman enjin carian seperti Google dan Yahoo kerap kali meletakkan blog wordpress pada kedudukan muka pertama keputusan carian mereka.Struktur wordpress menepati kriteria laman web yang berautoriti seperti yang dipersetujui oleh Google.

Sekiranya mahu memudahkan kerja-kerja SEO bagi minisite bisnes kita,gunakan enjin wordpress sebagai salah satu ataupun enjin utama minisite bisnes.

Letakkan pautan blogdalam minisite kita.Gunakan blog ini bagi berkomunikasi dengan bakal pelanggan kita.Kongsi pengalaman dan kemahiran teknikal berkaitan topik dan juga produk kita.Ini meningkatkan kredibiliti kita mata bakal prospek sebagai bisnes yang boleh dipercayai dan mampu menyelesaikan masalah mereka.

Laman web direktori sebagai sumber pautan mudah

Kita boleh mendapatkan backlink daripada laman-laman web direktori.Laman web direktori diibaratkan sebagai buku Yellow Pages Online .Ia menyenaraikan sebanyak mungkin maklumat berkenaan bisnes dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan mana-mana topik.

Laman web direktori terhad kepada beberapa topik utama.Terdapat direktori bisnes,direktori berdasarkan negara dan juga direktori berdasarkan minisite.

Laman web direktori biasanya mengumpulkan sebanyak mungkin minisite yang wujud.Oleh kerana terdapat berjuta-juta minisite,kerja-kerja mengumpulkan maklumat ini menjadi amat sukar.Oleh yang demikian kebanyakan minisite direktori ini membenarkan kita meletakkan sendiri maklumat berkenaan minisite kita termasuk backlink.

Mencari laman web direktori di internet

Kita hanya perlu melakukan carian di enjin carian berdasarkan kata kunci bisnes kita dan ditambah kata kunci 'direktori'.
Contohnya perkataan 'direktori bisnes Malaysia'.Enjin carian memaparkan minisite direktori yang terdapat dalam arkib mereka.Gunakan kata carian yang umum kerana minisite direktori mensasarkan topik yang besar dan umum sahaja.Ini supaya ia mendapat banyak penyertaan daripada laman web yang wujud.

Menggunakan direktori blog

Blog juga mempunyai direktorinya sendiri.Jumlah direktori blog yang wujud menyaingi jumlah minisite direktori .Antara direktori blog yang popular adalah seperti berikut:

1.Technocrati di http://www.technoctati.com
2.BloggerMalaysia di http://www.bloggermalaysia.com
4.BlogUnivers di http://www.bloguniverse.com

Inilah kelebihan minisite bisnes yang mempunyai blog .Kita menggunakan blog bagi mendapatkan backlink daripada direktori blog.Sekiranya senarai minisite direktori blog itu tidak mencukupi ,kita boleh mencari di Google dengan menggunakan kata kunci 'blog directory' atau 'direktori blog'.

Laman web sosial sebagai sumber backlink mudah

Definisi laman web sosial ialah laman web yang kandungannya disumbangkan oleh penggunanya .Contoh laman web sosial yang popular adalah Myspace,Youtube dan Digg.Kandungan laman web ini 100 peratus bergantung pada penggunanya.

Pengguna Myspace menyumbangkan pelbagai kandungan seperti artikel dan video.Pengguna Youtube pula memfokuskan pada download video sahaja.Manakala pengguna minisite Digg pula berkongsi berita yang mungkin popular di kalangan pengguna Digg yang lain..

Manakala laman web social bookmark ialah laman web sosial khusus bagi pengguna berkongsi dan bertukar-tukar backlink dengan pengguna lain.Laman web ini secara asasnya adalah laman web untuk penggunanya menyimpan atau bookmark laman web yang mereka rasakan menarik.Bookmark ini kemudiannya dipaparkan kepada pengguna lain atas dasar perkara yang disukai seorang pengguna mungkin juga disukai oleh pengguna yang lain.

Laman web social bookmark mudah digunakan .Fungsi grafik yang digunakan hampir sama dengan antara muka blog dan antara muka laman direktori.Sehingga hari ini terdapat lebih daripada 240 laman web social bookmark.Ia mungkin jumlah yang sedikit pada pandangan kita.Namun kelebihan laman web social bookmark adalah ia tiada had jumlah backlink.Kita boleh meletakkan seberapa banyak backlink ke minisite kita dengan syarat ia tidak menyalahi syarat-syarat yang tetapkan seperti link spamming.

Tidak digalakkan menggunakan laman web ini hanya bagi meletakkan backlink semata-mata.Ini kerana pengguna laman web ini sensitif pada pengguna lain yang cuba mempromosi minisite mereka semata-mata.

Pengguna lain tidak suka backlink ataupun bookmark yang kelihatan seperti cubaan menjual sesuatu kepada mereka.Kongsi dan letakkan backlink yang dirasakan sesuai.Antara ciri-ciri backlink minisite yang disukai oleh pengguna laman web social bookmark adalah seperti berikut:

1.Teknologi seperti IT,komputer,gajet,pengaturcaraan.

2.Kewangan peribadi seperti cara berjimat cermat,analisis pasaran,teknik buat duit.

3.Keibubapaan seperti cara mendidik anak dan isu-isu persekolahan

4.Cerita-cerita lucu seperti gambar-gambar dan video lucu

5.Cerita ataupun sesuatu yang mengagumkan seperti gambar pemandangan yang indah dan video saintifik.

Contoh laman web social bookmark adalah seperti berikut:

1.Delicious di http://www.delicious.com
3.Stumbleopen di http://www.stumbleupon.com
4.MyBloglog di http://www.mybloglog.com

Laman-laman web social bookmark ini tidak sama bentuknya antara satu sama lain.Setiap satu mempunyai kelebihan dan kegunaannya yang tersendiri.Contohnya pengguna web Delicious lebih tertarik pada cerita berkaitan gajet,pengaturcaraan dan IT.Pengguna web Digg pula lebih menyeluruh.Pengguna web Stumbleupon pula lebih menyukai cerita ataupun bahan yang memberi inspirasi,sesuatu yang lucu dan mengkagumkan.Lakukan carian di Google dengan dengan kata kunci 'top 10 social bookmarking sites' bagi melihat senarai yang lebih panjang.

Pengiklanan Online

Selain SEO,kita boleh menggunakan pelbagai servis pengiklanan online .Konsepnya adalah sama seperti pengiklanan fizikal iaitu laman web yang tinggi kadar trafiknya menyewakan sedikit ruang untuk kita meletakkan iklan.Pengiklanan online adalah lebih efisien .Ini kerana setiap iklan kita boleh disesuaikan dengan kata kunci dan juga jenis maklumat yang dipaparkan minisite pengiklan itu.

Contohnya kita mahu meletakkan iklan di halaman yang memaparkan berkenaan kebaikan susu lembu dalam minisite khasiat pelbagai produk tenusu.Oleh itu kita meletakkan iklan dengan kos yang lebih rendah.

Pengiklanan menggunakan Search Engine Marketing(SEM)

Ia disediakan oleh Google dan Yahoo.Kita boleh mendaftar dengan laman web itu bagi mendapatkan kelebihan mengiklan minisite kita bagi setiap kata kunci tertentu yang ditaip oleh pengguna mereka.

Contohnya apabila menaip kata kunci 'bisnes' di Google.sebuah iklan memaparkan minisite 'kursusperniagaan.com' muncul di sebelah kanan laman keputusan carian.

Servis ini dipanggil Google Adwords dan ia memerlukan modal.Ini kerana konsepnya sama dengan pengiklanan di dalam surat khabar.Kita membayar bagi mendapatkan paparan di laman web.

Modal yang diperlukan adalah rendah dan prosesnya mengambil masa yang singkat sekitar 30 minit hingga satu jam.Ia juga mudah dilakukan dan maklumat berkenaan Google Adwords boleh didapati secara online.Ia mempunyai dokumentasi yang lengkap.

Google Adwords mempunyai beberapa sistem yang berupaya menjejaki kata kunci yang menjual.Ini meningkatkan keberkesanan kempen pengiklan.Ia juga membolehkan kita mengubah kadar bidaan harga bagi mengawal perbelanjaan pengiklanan.

Keupayaan ini dapat digunakan mengawal kedudukan iklan kita bagi mendapat kadar klik yang lebih yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan kadar trafik minisite kita.

Boleh juga bersama berkongsi dan bertukar idea serta pendapat di forum WangCyber di http://www.wangcyber.com. Banyak ilmu yang dapat ditimba dan dikongsi oleh pemasar dan peniaga internet yang berkumpul di forum itu.

No comments:

Post a Comment