Wednesday, January 28, 2015

skrip jualan penarik pelanggan


Skrip Jualan Penarik Pelanggan

Tarik,Saring,Hantar dan Dorong Pelanggan

Skrip jualan ditulis bagi memastikan berlakunya jualan produk dan perkhidmatan yang diniagakan.Skrip jualan yang menarik susunan bahasa dan pilihan perkataan yang mengagumkan tidak membawa keuntungan kepada penjual sekiranya tidak ada urus niaga yang terjadi .Skrip jualan kekal pada tujuan asalnya iaitu menjual.

Berikut adalah tip bagi menghasilkan skrip jualan yang baik:

1.Hasilkan skrip jualan yang menjimatkan

Skrip jualan yang efektif menjimatkan kos peniaga.Ia dapat digunakan berkali-kali dalam apa jua medium dengan sedikit perubahan,bergantung pada jenis medium pengiklanan

2.Iklan grafik yang hebat belum tentu menjual

Skrip jualan yang efektif tidak diukur melalui cantiknya iklan yang dihasilkan.Dalam banyak keadaan ,iklan hitam putih yang hanya mempunyai beberapa patah perkataan lebih berkesan berbanding iklan berwarna kerana iklan itu memenuhi apa yang dicari pelanggan.

3.Bezakan komen orang biasa dan pelanggan

Dalam kaedah menulis skrip jualan ,kita perlu membezakan komentar orang biasa dan pelanggan .Kedua-duanya melihat iklan yang sama daripada sudut pandangan yang berbeza.Orang biasa membacanya dengan mencari-cari sesuatu yang dikaguminya.Pelanggan pula mencari sesuatu yang memenuhi keperluannya.
4.Mulakan dengan pendahuluan yang berpengaruh

Pelanggan membaca minisite dari atas ke bawah .Penghasilan pendahuluan yang berkesan menentukan selama mana pelanggan terus membaca .Pendahuluan pada skrip jualan dihasilkan dengan pilihan perkataan yang memenuhi kehendak pelanggan.

5.Pendahuluan membezakan kita dengan pesaing

Pendahuluan memberi nilai tambah kepada minisite kita.Ia membezakan kita dan peniaga lain yang turut menghasilkan minisite yang menjual produk dan perkhidmatan yang sama.
Kajian David Ogily mendapati ,bahagian pendahuluan dibaca terlebih dahulu oleh pelanggan berbanding teks keseluruhan.Kekuatan pendahuluan menjadikan peniaga memiliki 80 peratus urusniaga.Selebihnya bergantung pada kekuatan teks jualan.

Kita perlu memberi bayangan pertama melalui pendahuluan yang berpengaruh.Pelanggan terikat dengan bayangan pertama yang positif bagi terus membaca sehingga akhir teks.Bayangan pertama yang negatif menjadikan minisite kita laluan pengunjung sahaja.Pendahuluan yang berkesan menukarkan laman web kita menjadi tumpuan ,bukan laluan .

Ciri-ciri Pendahuluan yang efektif
1)menarik perhatian
2)menyaring pelanggan
3)menghantar mesej penting
4)mendorong pelanggan membaca teksis

Sediakan senarai semak

Adakah pendahuluan itu menarik perhatian pelanggan
Ya/tidak
Adakah pendahuluan itu menyaring pelanggan
Ya/tidak
Adakah pendahuluan itu menghantar mesej penting
Ya/tidak
Adakah pendahuluan itu mendorong pelanggan membaca teks
Ya/tidak

6.Gunakan perkataan yang terbukti dapat menjual

Baca semula pendahuluan bagi keperluan minisite jualan.Pastikan kita memenuhi formula berikut:

Gunakan perkataan yang terbukti berjaya bagi pemasaran

Gunakan perkataan yang terbukti menjual:

*bagaimana *tawaran terhad *percuma *strategi
*terbukti *potongan sehingga *rahsia
*dijamin *jimat *untung
*mudah *hasilnya diyakini *rugi
*cepat *terbongkar *risiko

Perkataan-perkataan ini sudah terbukti membantu menarik perhatian membaca pendahuluan dan seterusnya keseluruhan skrip jualan yang disediakan.Sesetengah peniaga cuba lari daripada kebiasaan dengan tidak menggunakan perkataan itu.Tujuannya supaya skrip jualan mereka kelihatan berbeza berbanding pesaing lain.Tetapi perbezaan akan menyebabkan peniaga hilang itu hilang pelanggan.Ini kerana ,pelanggan sudah terbiasa dengan perkataan-perkataan yang mencetuskan rasa ingin tahu mereka.

Perkataan popular yang disenaraikan perlu digandingkan bersama kelebihan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.Ia bagi mengelakkan kita menghasilkan pendahuluan yang mempunyai gimik kosong.Pastikan apa sahaja produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mempunyai kaitan dengan pendahuluan yang ditulis.

Senaraikan lima perkataan

Tuliskan lima patah perkataan popular yang dikaitkan dengan produk kita.Selesai menganalisis kelima-lima patah perkataan itu,gunakannya ke dalam pendahuluan skrip jualan kita.Kenal pasti perkataan-perkataan umum yang sering disebut oleh pelanggan pada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.Adakalanya perkataan-perkataan itu disebut oleh peniaga lain.Jadi gunakan perkataan yang sudah biasa pada pelanggan.
7.Beritahu jenis pelanggan yang kita mahu

Tuliskan dua pelanggan yang mahu dinyatakan dalam pendahuluan .Pastikan pendahuluan skrip jualan memfokuskan jenis pelanggan yang mahukan.Pakar pemasaran Seth Godin berkata “Pemasaran hanyalah kepada mereka yang mahu mendengar”.

Bukan semua orang mahukan produk dan perkhidmatan kita.Peniaga juga tidak mahu berurusan dengan semua orang.Apa yang kita mahukan adalah berurusan dengan orang yang mahu produk dan perkhidmatan kita.Mereka adalah kumpulan yamg mendengar.Oleh itu ,fokuskan pada kumpulan pelanggan kita..Contohnya minisite jualan Unit Amanah memfokuskan kakitangan kerajaan dan swasta yang mahu melabur wang mereka .Cipta pendahuluan yang mampu menarik perhatian golongan ini.

Jumlah kunjungan yang tinggi ke minisite tidak memberi apa-apa maksud sekiranya ia tidak memaparkan kualiti pengunjung yang dimahukan.Oleh itu,pendahuluan pada skrip jualan mampu bertindak bagi menyaring pelanggan yang dimahukan.

Minisite kursusperniagaan.com menggunakan kaedah saringan pada pendahuluan skrip jualan. Iaitu dengan memberi fokus kepada pemilik perniagaan kecil di negara ini.Walau bagaimanapun ia turut memfokuskan prospek yang merancang mahu berniaga.

8.Nyatakan mesej penting pada pendahuluan

Nyatakan mesej yang penting pada pendahuluan skrip jualan.Lapan puluh peratus urus niaga diperoleh daripada pendahuluan skrip jualan.Baki dua puluh peratus pula bergantung pada perenggan skrip jualan yang selebihnya .

Bagi perniagaan kecil yang sudah dikenali, pendahuluan yang menggunakan jenama perniagaan diiringi dengan jenis perkhidmatan dan produk yang ditawarkan membantu menguatkan skrip jualan kita.

Sekiranya perniagaan masih baru ,fokuskan pada elemen tawaran produk dan perkhidmatan sahaja.Tawaran sebegitu memadai bagi memancing pelanggan yang mahu mencubanya.


Minisite Panduan Web Jualan jelas menekankan perkara yang mahu ditawarkan kepada pelanggan iaitu
khidmat mencipta web jualan dengan mudah.Ia disusuli dengan tawaran harga yang berpatutan dan penerangan produk yang membantu mewujudkan jualan yang efektif.

Minisite Bengkung Mia mengaplikasikan dua kaedah. Memberitahu berkenaan produk yang dijual serta
hasil selepas dipakai dan memperkenalkan produk dengan jenama sendiri,iaitu Bengkung Mia.

Cara menulis pendahuluan dengan betul:
*Tuliskan satu ciri penyelesaian terbaik kepada pelanggan yang mahu dinyatakan dalam pendahuluan.
*Tuliskan satu ciri penyelesaian terbaik kepada pelanggan yang mahu dinyatakan dalam pendahuuan bersama-sama jenama perniagaan.

9.Baca seluruh skrip jualan

Pendahuluan yang efektif menarik pelanggan membaca keseluruhan skrip jualan .
Tetapi keseluruhan skrip jualan pada minisite masih memberi kesan kepada pelanggan sama ada mahu membeli ataupun sebaliknya .Kejayaan jualan pada minisite bergantung pada gandingan lapan puluh peratus pendahuluan dan dua puluh peratus teks jualan.

No comments:

Post a Comment