Wednesday, January 28, 2015

testimonial


Testimonial yang Baik dan yang Buruk

Penggunaan testimonial dalam minisite membantu mengangkat kredibiliti produk dan perkhidmatan .Ia
memberi kepercayaan kepada pelanggan kerana adanya bukti-bukti sahih pengguna yang berpuas hati pada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan .Testimonial juga adalah susunan ayat yang memberitahu sebab pelanggan perlu membeli.Jenis-jenis testimonial dibahagikan kepada kumpulan berikut:

1.Testimonial teks dan gambar

Dalam minisite jualan ,testimonial dipaparkan dalam dua keadaan .Paparan pertama ,testimonial mengandungi foto,nama,lokasi dan kedudukan pemberi testimonial .Paparan kedua testimonial tidak disertakan foto.

Testimonial tokoh atau selebiriti

Kedua-dua kaedah ini membantu menguatkan skrip jualan dalam dua keadaan berbeza.Testimonial tanpa foto sesuai digunakan bagi individu yang dikenali ramai.Nama individu itu sudah mengambarkan kredibiliti beliau bagi memberi pandangan pada produk yang ditawarkan.

Testimonial pengguna produk

Pengguna produk dan perkhidmatan kita adalah individu paling berpengaruh bagi dijadikan testimonial.Mohon kerjasama mereka memberikan pandangan positif pada produk dan perkhidmatan yang digunakan.Paparan foto mereka memberi sentuhan yang lebih hidup.

Testimonial pengguna produk dapat diperoleh melalui kiriman e-mel bagi mengetahui respons mereka .Mohon izin mereka bagi menggunakan testimonial yang diterima melalui e-mel.

Carian daripada enjin Google juga membantu mengenal pasti respons pembeli produk dan perkhidmatan yang dibeli sebelum ini.

Paparan wajah pada testimonial memberi persepsi positif kepada pemberi testimonial dan peniaga.Testimonial menggunakan foto juga sesuai bagi individu yang tidak dikenali oleh pelanggan tetapi dikenali oleh pengamal industri yang sama.

Psikologi pembeli tempatan mengandaikan produk luar negara mempunyai standard tersendiri.Ia belum tentu betul ,tetapi persepsi ini menjadi sistem kepercayaan sesetengah pelanggan.

Mencari permata testimonial yang hilang

Peniaga yang mahu menggunakan testimonial pengguna dapat mengesan komen pengguna melalui enjin carian Google.Terdapat dua cara mengesan komen pengguna dalam internet.

1.Langgan perkhidmatan Google Alerts
2.Carian kata kunci dengan menaip nama produk dalam Google

Alternatif ketiga adalah merekodkan butir-butir pembeli termasuk alamat,,e-mel dan nombor telefon semasa urusniaga.Kemudian hubungi mereka selepas tempoh tertentu bagi mendapatkan maklum balas produk.
Sumber testimonial daripada pelanggan
-blog pelanggan
-e-mel
-telefon
-forum siber
-komuniti siber

Testimonial bagi bacaan pembeli dan pengamal industri

Testimonial disediakan bagi dua kumpulan pembeli berbeza.Pembeli daripada kenalan pengamal industri yang sama dan pembeli daripada pengunjung minisite jualan.

Testimonial daripada kalangan pengamal industri yang sama mempunyai kumpulan pengikut mereka tersendiri.Testimonial mereka menarik pengikut kumpulan mereka bagi mencuba produk dan perkhidmatan yang disyorkan.Mereka mempercayai produk dan perkhidmatan kita kerana mereka percaya kepada testimonial rakan mereka.

Testimonial orang yang sama menjadi masalah ataupun salah

Pemilihan individu bagi dijadikan testimonial produk dan perkhidmatan menentukan jenis tarikan yang dapat dihasilkan.Ada beranggapan penggunaan individu yang sama tidak memberi kesan pada skrip jualan.

Mengapa seseorang individu dipilih bagi memberi testimonial produk mereka?Ciri-ciri yang dimiliki oleh individu tersebut dapat digunakan bagi memilih individu yang sesuai bagi memberi testimonial.

Ciri-ciri individu yang boleh menjadi testimonial

1.Pemilihan individu bagi memberi testimonial datang dari pengamal industri yang sama .Dalam kajian ke atas semua minisite ,mereka adalah peniaga yang menawarkan produk dan perkhidmatan..

2.Individu terbabit adalah penjual produk dan perkhidmatan di internet.Individu terbabit memiliki minisite yang menjual produk dan perkhidmatan yang berkaitan.

3.Pemilihan individu bagi memberi testimonial datang daripada individu yang memahami keperluan produk dan perkhidmatan serta pernah mencubanya terlebih dahulu.Peniaga boleh memberi sampel produk ataupun perkhidmatan bagi mendapatkan maklum balas yang dapat digunakan sebagai testimonial.

4.Pemilihan individu bagi memberi testimonial daripada individu mudah dihubungi oleh peniaga .

5.Pemilihan individu bagi memberi testimonial datang daripada individu yang mempunyai kredibiliti dan testimoninya diyakini.

6.Pemilihan pemberi testimonial datang daripada individu yang mempunyai kumpulan pembeli individu terbabit dan boleh digunakan dalam pemasaran silang.

7.Kumpulan pembeli produk individu terbabit menjadi prospek pelanggan yang menguntungkan kepada minisite jualan tersebut.Individu terbabit mendapat prospek pelanggan daripada minisite jualan apabila testimoni individu terbabit dipaparkan bersama minisite beliau.

Dapatkah Selebriti hiburan dan golongan politik menjual

Penggunaan individu sebagai testimonial mempunyai risiko tersendiri.Ini termasuk menggunakan golongan selebriti hiburan dan ahli politik.Meskipun mereka mempunyai sokongan daripada khalayak yang ramai tetapi ia mempunyai jangka hayat sementara.

Selagi artis itu popular ,selagi itu beliau mempunyai tarikan kepada peminatnya.Namun demikian isu genuine atau kesahihan dalam testimonial yang diberi menjadi soalan yang perlu dijawab oleh peniaga apabila mereka memberi testimonial.

Dalam kebanyakan isu endorsement atau tajaan produk dan menjadi duta ,pemilihan mereka atas dasar populariti ,bukan kerana mereka pengguna sedia ada kepada produk dan perkhidmatan itu.Tetapi ada pengeculian dalam beberapa keadaan.

Kita boleh menggunakan testimonial selebriti hiburan sekiranya kita tidak merancang menjadikan produk dan perkhidmatan sebagai evergreen atau bertahan lama dalam pasaran.

Kesan desktruktif juga mempengaruhi jualan produk dan perkhidmatan apabila menggunakan testimonial ahli politik.

Kedudukan mereka yang terbuka pada orang ramai mendedahkan mereka pada naik turun dalam karier .Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan juga berhadapan risiko hilang pelanggan apabila isu fahaman politik pelanggan timbul.Ini berlaku kepada negara yang mempunyai nilai sensitiviti politik yang tinggi.

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tidak cenderung kepada mana-mana kumpulan bagi kekal neutral.Dalam keadaan ini penggunaan testimonial orang polituk tidak digalakkan.

Selebriti hiburan dan ahli politik sama-sama berhadapan dengan pendededahan media .Isu skandal dan kontroversi memberi kesan kepada produk dan perkhidmatan kita.

Siapakah selebriti dalam jualan produk dan perkhidmatan di internet

Beri keutamaan kepada pengamal bidang dan pelanggan sedia ada sebagai sumber testimonial.Pengamal bidang ialah penjual produk dan perkhidmatan dalam kategori yang sama ataupun wakil kepada institusi yang berkaitan .Mereka adalah artis dalam industri ini.

2.Testimonial paparan media

Penggunaan testimonial menggunakan media melibatkan dua keadah

1)Menggunakan keratan akhbar dan majalah melibatkan paparan produk dan perkhidmatan kita.

2)Menggunakan keratan akhbar dan majalah melibatkan paparan produk dan perkhidmatan yang sama.

Penggunaan testimonial media bukan sahaja merujuk kepada produk dan perkhidmatan ,paparan tentang diri dan hasil tulisan kita seperti artikel.Surat pembaca di media juga dapat digunakan sebagai bahan testimonial.Paparan itu perlu releven dengan apa yang ditawarkan dalam minisite jualan.

Kita juga boleh menggunakan bahan di dalam akhbar dan majalah sebagai testimonial media meskipun ia bukannya paparan produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan.Ia men
ggunakan teknik adaptasi iaitu mengolah fakta menggunakan gaya bahasa sendiri tetapi kita perlu maklumkan rujukan kita .

3. Testimonial logo

Testimonial logo pengeluar lain digunakan apabila kita menggunakan bahan daripada pengeluar itu.Contohnya peniaga burger membuka minisite jualan,beliau mahu mempromosi kan rangkaian gerai burger bergerak miliknya.Kemudian beliau menghubungi pengeluar roti dan daging burger Ramly bagi
meminta kebenaran menggunakan logo pada minisite mininya.Dalam minisite itu peniaga memberitahu pelanggan
roti dan daging burger bermutu daripada Ramly

Apakah yang dilakukan oleh peniaga burger ini ?

Beliau mewujudkan perkaitan antara kualiti produk Ramly dan bisnesnya.Kedudukan produk berkualiti keluaran Ramly diakui oleh pelanggan.Kewujudan logo dan kenyataan peniaga dalam minisite jualan beliau mencipta persepsi positif pada bisnesnya.

Logo dipercayai + peniaga papar logo = bisnes dipercayai berkualiti

Penggunaan logo komersil bisnes lain memerlukan kita mendapatkan permohonan secara formal daripada pihak yang dimaksudkan.Ia mengukuhkan jenama sedia ada pada masa bisnes kita sedang berkembang.


4.Testimonial bergambar

Testimonial bergambar memberi impak besar kepada pelanggan apabila dipaparkan dalam minisite jualan .Tanpa perlu huraian lanjut ,gambar itu sendiri menggambarkan peniaga mempunyai sesuatu yang dapat dipercayai .

Ciri-ciri gambar yang digunakan bagi paparan minisite jualan adalah seperti berikut:

-Gambar demontrasi produk sebelum dan selepas
-Gambar aktiviti jualan yang sibuk
-Gambar proses kerja penghasilan produk
-Gambar bersama personaliti dalam bidang yang sama ataupun berbeza
-Gambar orang ramai bersama kita dan produk
-Gambar bersama personaliti terkenal.

Setiap gambar mempunyai kata kunci tersendiri .Kata kunci ini timbul daripada persepsi pelanggan.Pilihan gambar bagi tujuan testimoni perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan persepsi yang salah timbul.


Susunan Testimonial

Susunan testimonial dapat dibuat dalam keadaan berikut:

1)Testimonial dapat dijadikan pendahuluan pada skrip jualan
2)Testimonial diletakkan selepas pengenalan dan kelebihan produk
3)Testimonial diletakkan secara berasingan ,berselang seli dengan penerangan produk
4)Testimonial diletakkan sebelum maklumat pembelian

Skrip Jualan Tanpa Testimonial

Tanpa testimonial ,skrip jualan pada minisite jualan kita masih persuasif.Minisite jualan yang spesifik ,menerangkan kelebihan dan ciri-ciri produk bagi membantu pelanggan membuat keputusan membeli.Teruskan aktiviti jualan di minisite meskipun tanpa sebarang testimonial.

No comments:

Post a Comment