Wednesday, January 28, 2015

tumpuan pelanggan


Menaikkan Tumpuan Pelanggan

Pendahuluan yang mengumpan ,skrip jualan yang berpengaruh dibantu dan susun atur skrip jualan yang baik mampu menaikkan tumpuan pelanggan.

Satu perenggan satu isi

Semasa menerangkan kelebihan produk gunakan kaedah satu perenggan satu isi.Ini bagi memudahkan pelanggan membaca satu per satu deskripsi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pecahan perenggan demi perenggan membantu pelanggan yang membaca menggunakan kaedah kelompok.Pelanggan tidak membaca dari satu perkataan ke satu perkataan .

Pelanggan membaca dengan mengumpulkan beberapa perkataan kepada satu kumpulan.Kemudian mereka membaca dari satu kumpulan perkataan kepada satu kumpulan perkataan hingga ke akhir perenggan.

Bandingkan teks sebelum ini dengan teks berikut:

Semasa menerangkan kelebihan produk gunakan kaedah satu perenggan satu isi.Ini bagi memudahkan pelanggan membaca satu per satu deskripsi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.Pecahan perenggan demi perenggan membantu pelanggan yang membaca menggunakan kaedah kelompok.Pelanggan tidak membaca dari satu perkataan ke satu perkataan .Pelanggan membaca dengan mengumpulkan beberapa perkataan kepada satu kumpulan.Kemudian mereka membaca dari satu kumpulan perkataan kepada satu kumpulan perkataan hingga ke akhir perenggan.

Kedua-dua teks yang sama ,tetapi teks sebelum ini lebih mudah dibaca.

Panjang Ayat Tidak Lebih 20 Patah Perkataan

Panjang ayat yang efektif bagi tujuan bacaan pada minisite adalah sekitar 14 hingga 16 patah perkataan.Ayat yang terlalu panjang ataupun terlalu pendek menyukarkan keadaan.Dicadangkan setiap ayat yang ditulis tidak melebihi 20 patah perkataan.

Kita membaca mengikut panjang nafas kita.Pernafasan itu sendiri menjadi ritma bacaan kita.Apabila ayat yang ditulis terlalu panjang, ia menyebabkan tumpuan terganggu kerana ritma bacaan perlu diulang semula pada ayat yang sama..

Guna Ayat Aktif

Gunakan ayat aktif semasa menulis.Menurut koordinator Kebangsaan ,Bengkel Penulisan Reader's Digest,Ray Newton ,ayat aktif menggerakkan imaginasi pembaca.

Bandingkan dua ayat berikut:

“Seorang kanak-kanak ditemui mati dalam kes pembunuhan”

Seorang kanak-kanak dibunuh

Mana ayat yang lebih memberi imaginasi?

Perkataan pembunuhan membayangkan peristiwa tetapi perkataan dibunuh memberi bayangan aksi dan perbuatan.

Grafik menguatkan skrip jualan

Penggunaan gambar membantu mengukuhkan mesej

Gunakan kaedah reverse hitam putih

Selain penggunaan foto sebagai bahan bantu teks jualan ,penggunaan kaedah reverse iaitu teks berwarna putih berlatar belakang warna hitam dapat menarik perhatian pelanggan.

Gunakan kaedah petak

Penggunaan petak yang disambung menggunakan garisan putus membantu menarik tumpuan pelanggan.Ia digunakan bagi mengumumkan sesuatu yang penting seperti tawaran ,aktiviti ataupun pengumuman yang perlu diketahui pelanggan.

Gunakan penanda berwarna pada teks

Penggunaan penanda berwarna atau text highlight dapat menarik perhatian perhatian pelanggan membaca teks berkenaan.Ia menunjukkan kepentingan teks itu.Perkataan tertentu dalam skrip jualan pula ditanda dengan penanda berwarna kuning.

Menggantikan warna teks kepada warna lain

Pada amalan kebiasaan ,teks skrip jualan adalah berwarna hitam .Penjual boleh menggantikan beberapa perkataan yang dianggap penting dan perlu dilihat oleh pembaca dengan menggantikannya dengan warna lain.Warna merah dan biru adalah dua jenis warna popular yang digunakan bagi menonjolkan perkataan itu.

Gunakan bold,italics,garisan dan huruf besar

Terdapat empat elemen grafik pada teks yang boleh menarik perhatian pelanggan membaca skrip jualan.Penggunaan elemen ini hanya digunakan bagi memberi kesan kepada skrip jualan .

Penggunaan “bold”,”italics”,”garisan” dan “huruf besar” membantu meningkatkan daya persuasif skrip jualan melalui pendekatan grafik .Tetapi ia digunakan pada kadar sederhana bagi mengekalkan momentum skrip jualan bagi memujuk pelanggan membaca dari awal sehingga akhir.



Berkesan
Kurang berkesan
Bold
Terdapat empat elemen grafik yang boleh menarik perhatian pelanggan membaca skrip jualan
Terdapat empat elemen grafik yang boleh menarik perhatian pelanggan membaca skrip jualan
Huruf besar
Terdapat EMPAT ELEMEN GRAFIK lain bagi menarik perhatian pelanggan membaca skrip jualan
TERDAPAT EMPAT ELEMEN GRAFIK LAIN BAGI MENARIK PERHATIAN PELANGGAN MEMBACA SKRIP JUALAN
Italics
Terdapat empat elemen grafik lain bagi menarik perhatian membaca skrip jualan
Terdapat empat elemen grafik lain bagi menarik perhatian membaca skrip jualan
Garisan
Terdapat empat elemen grafik lain bagi menarik perhatian pelanggan membaca skrip jualan
Terdapat empat elemen grafik lain bagi menarik perhatian membaca skrip jualan

No comments:

Post a Comment