Wednesday, January 28, 2015

ubahsuai templete blogger


Mengubahsuai Template

Anda mempunyai pilihan menggunakan templete yang disediakan oleh Blogger ataupun menggunakan templete yang dibangunkan oleh blogger lain bagi dikongsi bersama memandangkan perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma.

Menukar Templete Blog yang disediakan Blogger

Sekiranya anda tidak berpuashati dengan templete yang anda pilih ,anda dapat menukarnya pada bila-bila masa.Anda perlu login ke akaun Blogger.com anda dan klik pada Design.

Klik pada Templete Designer dan ubah reka bentuk blog anda kepada templete baru seperti Simple,Picture Window,Owesome inc,Watermark.Ethereal ataupun Travel.Hanya 6 pilihan tema yang disediakan Blogger.com buat masa ini.

Anda juga dapat mengubah warna ,latar belakang,susun atur dan juga lebar blog anda dengan setting di bahagian kiri Templet Designer.

Menukar Templete Blog Kepada Templete Pihak Ketiga

Selain itu, anda dapat menukar templete anda kepada templete yang dibangunkan oleh blogger lain.Mereka menawarkannya secara percuma ,anda hanya perlu mencari dan mendownloadkannya ke dalam Blogger.com.

Info

Tips Mencari Templete Pihak Ketiga

Anda boleh melakukan carian di Google dengan kata kunci “blogger templetes” ataupun “blogger themes”.

Terdapat banyak pilihan templete yang dapat anda gunakan .Pilih salah satu templete yang anda mahu .Kebanyakan templete ini dalam format .xml.Anda juga dapat mendownloadkan kod sumber templete pilihan anda.

Langkah Menukar Templete Luaran

Langkah 1:
Layari Design>Edit Html

Langkah 2:
Terdapat dua cara bagi memasukkan templete luaran iaitu menerusi kaedah upload(muat naik) fail templete ataupun menampal (paste) kod sumber templete pilihan anda.Pilihlah kaedah yang mudah bagi anda .

Langkah 3:
Sekiranya anda memilih kaedah menampal kod sumber ,anda perlu tekan butang Save Templete bagi menyimpan templete itu.

Langkah 4:
Apabila anda ingin meng-upload secara terus ,anda boleh menggunakan butang Browse bagi mencari fail di komputer anda dan tekan butang Upload bagi menukar templete itu.

Anda dapat menukar templete ataupun tema blog anda pada bila-bila masa .Apabila anda mendapat tema yang lebih sesuai ,gantikannya dengan segera .

No comments:

Post a Comment