Wednesday, January 28, 2015

22 skrip jualan yang persuasif


22 Pendahuluan Skrip Jualan Persuasif

Sesetengah peniaga menggabungkan lebih daripada satu teknik dalam satu pendahuluan skrip jualan.Berikut adalah pendahuluan yang persuasif:

1)Pendahuluan dengan menawarkan bantuan.

Kami bersedia membantu melunaskan pinjaman saudara dalam tempoh 30 hari.

2)Pendahuluan dengan menyenaraikan soalan berkenaan produk.

Tiga soalan penting yang perlu ditanya sebelum saudara membuat sebarang pembelian kereta terpakai.

3)Pendahuluan dengan memberi sebab.

Lapan sebab saudara perlu menukar polisi insurans sedia ada.

4)Pendahuluan dengan memberi hasil luarbiasa.

Hantarkan 500 pesanan ringkas daripada telefon saudara dengan hanya satu klik.

5)Pendahuluan dengan menyatakan harga produk.

Hanya RM500,saudara dapat memiliki komputer riba serba baru.

6)Pendahuluan dengan memberi jaminan produk.

Dapatkan wajah selembut kulit bayi dengan krim pencuci kami ataupun wang anda dikembalikan.

7)Pendahuluan dengan memberi berita. Gembira

Kini saudara tidak perlu beratur panjang bagi membayar bil!

8)Pendahuluan dengan memberitahu penjimatan.

Saudara jimat separuh harga sekiranya membeli daripada kami!

9)Pendahuluan memberitahu had masa

Dapatkan set kembara pada harga terhad dalam tempoh 24 jam.

10)Pendahuluan dengan menjelaskan sasaran pengguna

Sekiranya saudara lepasan universiti dan masih mencari pekerjaan ,kami ada penyelesaian.

11)Pendahuluan dengan mendedahkan rahsia

Rahsia kejayaan peniaga muda terbongkar!

12)Pendahuluan dengan memberi laporan percuma.

Dapatkan laporan perunding kewangan professional percuma berkenaan cara membeli rumah tanpa perlu membayar sesen pun.

13)Pendahuluan dengan menggunakan testomonial pelanggan

“Idea-idea beliau berjaya membuka pintu minda saya bagi terus berfikir dan bertindak.Paling istimewa .idea-idea beliau itu terbukti berkesan bila dilaksanakan.”

Norlela Zubir

Pengarah Eksekutif .Yuzuki Melaka Sdn.Bhd.

14)Pendahuluan dengan menggunakan perbandingan

Serbuk pencuci kami membersih lima kali ganda berbanding serbuk pencuci biasa.

15)Pendahuluan dengan memberitahu kelebihan

Cepat.mudah dan praktikal adalah hasil menyertai seminar pemasaran bisnes terpenting tahun ini.

16)Pendahuluan dengan memberi cadangan

Inilah produk kesihatan yang diperakui para doktor

17)Pendahuluan dengan potongan cerita

Saya hanya mempunyai wang bagi tambang bas,sehinggalah saya berjumpa lelaki ini .Beliau menjadikan saya bebas masalah kewangan.

18)Pendahuluan dengan memberi pendedahan terkini

Pendedahan terkini ,penjagaan selama 10 minit yang dapat memanjangkan hayat kenderaan selama 10 tahun.

19)Pendahuluan dengan memberi maklumat

Tip mengurus kerja dan naik pangkat dalam tempoh tiga tahun

20)Pendahuluan dengan kaitan isu semasa

Selamatkan kerjaya saudara dalam kegawatan ekonomi hari ini!

21)Pendahuluan dengan lontaran soalan

Mengapa produk saudara tidak diketahui ramai berbanding produk pesaing?

22)Pendahuluan bersifat keagamaaan

Gunakan produk halal tanpa was-was

Pendahuluan skrip jualan .digabung dan diasing

Kesemua 22 skrip jualan efektif dapat digabungkan dan digunakan secara berasingan.Ia bergantung pada keperluan peniaga dalam memastikan perkara terpenting yang perlu diketahui oleh pelanggan.

Pengolahan pendahuluan adalah proses penulisan yang berterusan .Kita perlu berulang kali menulis pendahuluan bagi mendapatkan pendahuluan yang dapat menarik perhatian pelanggan.

Dalam situasi tertentu ,kita mungkin mengubah pendahuluan pada minisite jualan walaupun ia sudah dipaparkan .Ini adalah proses normal bagi menghasilkan skrip jualan yang persuasif.


No comments:

Post a Comment