Wednesday, January 28, 2015

cara bisnes online


CARA BISNES ONLINE

PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN SECARA ONLINE MEMBERIKAN ANDA PELUANG MENJANA UNTUNG SEPANTAS BROADBAND

Secara amnya,menjalankan perniagaan atau bisnes secara dalam talian (online) memiliki pelbagai kelebihan.ini berbeza dengan bisnes secara konvensional yang dibayangi isu-isu seperti kekurangan modal ,tiada bantuan,lokasi,pekerja,stok dan sebagainya.Bahkan sering menjadi utama untuk memulakan perniagaan.

Namun kemajuan teknologi memberi penyelesaian yang efisien dan mampu pergi jauh sehingga serata dunia .Bisnes online kini boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan yang berbaloi.Percaya atau tidak ,ada di kalangan kita yang sangup berhenti kerja untuk menjadikan bisnes ini sebagai pendapatan utama keluarga.Kelebihan daripada bisnes dalam talian ini semestinya dapat dilihat dari segi bebrapa perkara .Antaranya kos yang lebih murah ,pantas ,berinteraksi terus dengan pembeli ,boleh diuruskan secara sambilan dan pelbagai lagi.

Sungguhpun secara kasarnya masyarakat Malaysia masih belum dapat menerima secara sepenuhnya
bisnes jual beli dalam talian terutamanya kawasan luar bandar,lonjakan trend ini terus menjadi kegilaan sebilangan lagi masyarakat yang sebenarnya terdiri daripada pelbagai golongan di seluruh negara tidak terkecuali muda mudi.
Pembeli di sekitar bandar melihat ini sebagai alternatif terbaik untuk mereka berbelanja .Hal ini kerana mereka tidak perlu bersesak-sesak dalam kesesakan jaln raya juga tidak perlu membayar tol,minyak dan sebagainya.
Melihat kepada perkara tersebut saya akan mendedahkan beberapa panduan dan cara untuk menjalankan bisnes secara dalam talian .Anda turut berpeluang menjana keuntungan dengan pantas.Jika berminat anda boleh meneroka dunia bisnes cara baru yang sememangnya memerlukan kecekalan.

BINA KEDAI DALAM TALIAN

Sebelum membina kedai dalam talian ,kajian amat penting untuk memastikan bisnes anda berdaya maju.

Membuka kedai dalam talian (online) lebih mudah berbanding kedai fizikal .Tiada atau tidak banyak sewa yang perlu dikeluarkan ,tidak perlu modal besar ,tiada pelayan genit,namun ribuan orang boleh singgah di kedai anda dalam satu masa.Biarpun kelihatan mudah jika tersalah langkah anda pasti akan menemui jalan buntu.

Sehubungan itu, bagi mereka yang pertama kali ingin memulakan perniagaan ,kedai dalam talian ini sebenarnya memerlukan lebih perhatian dan 'pembinaanya' tidak semudah yang disangka.Sebelum anda terjun ke bidang yang agak baru ini, ia juga memerlukan penyelidikan awal dan perancangan supaya langkah anda lebih tersusun.Di bawah ini adalah beberapa aspek penting yang perlu diambil kira sebelum anda membina kedai dalam talian.

01)PILIH PRODUK

Anda mesti membuat keputusan yang tepat kerana produk pilihan adalah aspek terpenting.Anda boleh menjual produk fizikal (barangan biasa ) atau atau digital (seperti e-book).Malah anda perlu mengambil berat soal pembekal dan keupayaan anda memenuhi permintaan.Produk anda juga perlu variasi dan pilihan untuk sesuatu model.

02)PERANCANGAN

Anda perlu merancang daripada segi kos produk ,penghantaran,bil-bil(elektrik dan internet),upah pekerja (jika ada),dan sebagainya.Ini untuk mengelak anda terlepas pandang kos-kos yang perlu dikeluarkan .Meskipun pada permulaannya anda digalakkan meminumkan keuntungan,namun ia adalah selepas kesemua kos ditolak daripada keuntungan yang diperolehi.Lebih baik jika anda terus mendaftarkan syarikat untuk lebih kemudahan.

03)PLATFORM WEB

Sebenarnya platform online boleh dijadikan tulang belakang untuk perniagaan anda .Atau lebih tepat lagi kedai dalam talian.Reka bentuk platform ini perlu memudahkan pengunjung untuk memeriksa,melihat stok,variasi produk dan pamerkan apa sahaja kelebihan yang anda ada .Adakan ruang untuk pelanggan mengisi alamat e-mel(untuk iklan),tidak banyak warna dan pelanggan tidak perlukan lebih daripada dua klik untuk melihat produk.

04)CARA BAYARAN

Kaedah bayaran yang biasa digunakan ialah menggunakan akaun bank.Di sini ada kelebihan bagi syarikat yang berdaftar kerana setiap urusan transaksi di atas nama syarikat anda. Tetapi anda perlu
perlu peka dengan akaun bank yang digunakan majoriti rakyat Malaysia.Jika ada bajet lebih dapatkan perisian untuk perbankan dalam talian.Antara tujuannya agar pelanggan boleh membuat pembayaran terus dan mereka juga akan lebih percaya.

05)MEDIA SOSIAL

Biarpun selesa membuka 'kedai' utama di Facebook,sebenarnya cara ini agak kurang selamat.Anda mesti juga memiliki platform tapak web yang berupaya mengendalikan seratus peratus urusan kedai
dalam talian anda dan mengesahkan domain bisnes anda dalam talian.Media soaial seperti Facebook dan Tweeter hanya dijadikan sebagai ejen promosi untuk barangan anda di samping menjadi ejen penarik pelanggan untuk singgah di kedai anda.Urusan masih boleh dilakukan di media sosial selain menjadi umpan pelanggan untuk terus menjelajah.

06)IKLAN PROMOSI

Anda boleh mengiklan secara keci-kecilan atau modal kecil seperti menghantar promosi ke e-mel pembeli yang pernah singgah di kedai anda.Cipta satu berita menarik mengenai produk baru dan sebagainya dengan reka letak yang menarik atau pun promosi terbaru yang dijalankan.Anda cuma perlu e-mel untuk mendapatkan maklum balas.

07)CARA BAYARAN

Anda perlu membuka akaun (untuk bisnes anda) dengan sebuah institusi kewangan atau bank supaya pelanggan juga boleh membayar kepada anda dengan kad kredit.Selain itu menyediakan cara bayaran melalui kad kredit ,anda juga boleh menyediakan cara bayaran melalui akaun PayPal yang kini sudah ada dan diamalkan di Malaysia.

KAEDAH BAYARAN PILIHAN RAMAI

Cara pembayaran yang pelbagai boleh memberikan keselesaan dan menarik minat lebih ramai pelanggan

Elemen pembayaran penting terutamanya untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan.Banyak kes-kes penipuan yang membuatkan pelanggan kini lebih peka dan berhati-hati ketika membeli belah .Jadi usah terlalu mendesak , sebaliknya berikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan kerana kepercayaan itu akan timbul sendiri.Selain itu anda digalakkan menawarkan banyak pilihan kaedah pembayaran kepada pengguna untuk lebih keselesaan.

Kaedah bayaran ini boleh memenuhi keperluan jika anda bekerja dari rumah.Jika ingin memproses bayaran dari rumah ,perkara pertama yang perlu diberikan perhatian ialah sekuriti pelayan (server).Komputer yang memiliki penyulitan(encryption) akan menyukarkan sebarang pencerobohan untuk memintas maklumat sulit akaun anda.

Teknologi keselamatan seperti Secure Socket Layer(SSL) sudah lama diperkenalkan dan sesuai digunakan bagi perlindungan data-data sensitif. Anda boleh memohon untuk mendapatkan pensijilan SSL melalui dalam talian.Di samping itu anda juga perlu memiliki nama domain dan hosting laman web sendiri untuk lebih perlindungan.Sekarang mari kita lihat beberapa kaedah pembayaran popular yang boleh ditawarkan oleh peniaga dalam talian.

01)KAD KREDIT

Kaedah ini merupakan sistem yang popular digunakan jika ia disediakan oleh perkhidmatan dalam talian.Bagi membolehkan pemprosesan kad kredit(seperti MasterCard,Visa dan American Express) di laman web bisnes, anda perlu ada akaun Internet Merchant terlebih dahulu.Anda boleh mendapatkan akaun berkenaan dari bank-bank tempatan.Selain itu,anda perlu membeli khidmat gerbang(gateway) internet yang bertindak sebagai pintu masuk untuk pengesahan maklumat,pemindahan permintaan dan membenarkan kad kredit pada masa sebenar.

02)KAD DEBIT

Ini merupakan kaedah bayaran yang mudah dan banyak diamalkan di negara kita.Pelanggan akan memberikan kebenaran untuk melakukan pembayaran secara terus ke akaun bank mereka.Ini sebenarnya memberikan lebih keselamatan kepada pelanggan kerana mereka tidak perlu mendedahkan nombor kad atau maklumat kewangan kepada pihak penjual kerana pembayaran tersebut akan diuruskan oleh pemilik bank /institusi kewangan mereka.Anda boleh berbincang dengan bank /institusi kewangan untuk membolehkan sistem ini berfungsi di laman web.

03)CARA PAYPAL

Sistem ini popular di serata dunia kerana menawarkan kaedah pembayaran dalam talian semua dalam satu .Program Website Payment Standard membolehkan anda menerima bayaran kad kredit Visa,MasterCard dan American Express pemindahan bank dan menawarkan PayPal dengan kadar tertentu.Mereka juga menawarkan PayFlow Gateway dan PayPal Express Checkout untuk peniaga yang sudah memiliki akaun Internet Merchant.

04)AKAUN BANK

Tidak dapat dinafikan ada pelanggan yang kurang selesa dengan kaedah bayaran secara online ini.Golongan ini juga masih berpotensi untuk menjadi pelanggan anda dan boleh jadi pelanggan tetap jika anda turut menawarkan cara bayaran secara manual ke akaun syarikat anda,kemudian faks atau e-mel resit kepada anda .Jadi ,kaedah bayaran ini masih lagi releven untuk digunakan.

05)BAYAR TUNAI

Percaya atau tidak ,kaedah bayar tunai juga popular di kalangan pembeli dan penjual secara online.Menariknya kaedah ini turut ditawarkan oleh peniaga kecil dan peniaga lebih besar.Bahkan cara ini memberikan pilihan kepada pelanggan ,selain memudahkan dan meningkatkankepercayaan pelanggan.Biasanya bayaran tunai akan dikutip daripada pelanggan ketika barangan dihantar .Bayaran di luar talian ini juga dipanggil COD(Cash On Delivery).

STRATEGI BERNIAGA DI FACEBOOK

Jika anda seorang peniaga dalam talian,ketahui rahsia untuk meluaskan perniagaan anda di Facebook.

Perniagaan anda dijalankan untuk pelanggan,Jadi anda perlu membina hubungan yang rapat dengan
mereka.Salah satu cara yang paling mudah,efisien,murah dan berkesan adalah melalui akaun khusus untuk perniagaan anda di Facebook.Anda boleh menemui ramai pelanggan dan potensi angka jualan anda meningkat amat besar.

Lebih satu bilion orang menyukai (like) dan memberi komen di Facebook dengan purata 3.2 bilion kali setiap hari.Apabila anda datang dengan impak yang cukup besar,perniagaan anda akan menjadi sebahagian daripada perbualan ini dan mempunyai akses kepada pemasaran yang cukup berkesan
iaitu mulut ke mulut.Secara umumnya terdapat tiga langkah untuk perniagaan anda menempa kejayaan di Facebook.

01)BINA LAMAN PERNIAGAAN

Laman (Page) adalah tempat utama untuk peningkatan perniagaan, membina jenama dan menjalinkan hubungan dengan pelanggan.Di bawah ini adalah cara yang paling tepat untuk membina FaceBook Page perniagaan anda.

-Pilih kategori dan nama page yang memperkenalkan perniagaan anda
-Dapatkan logo atau imej(berkaitan perniagaan anda) untuk dijadikan profil yang menarik perhatian audien.
-Tulis sedikit penerangan berkaitan perniagaan agar orang ramai faham apa yang sedang anda lakukan.
-Tetapkan alamat web untuk page yang boleh anda gunakan sebagai bahan pemasaran untuk mempromosikan kehadiran anda di Facebook.
-Pilih gambar muka depan (cover) yang mewakili jenama dan pamerkan produk atau khidmat anda.Ini ialah perkara utama yang akan dinilai oleh orang ramai apabila melihat page anda.

Beberapa Maklumat Anda

-Lihat insights,suntingan kandungan page ,jejaki aktiviti baru dan maklum balas(respons)
kepada mesej peribadi daripada panel pentadbir (admin) anda.
-Klik pada butang Edit Page dalam panel admin dan pilih update info untuk memasukkan maklumat
lain yang berkaitan dengan perniagaan anda.

Kuasa FaceBook New Feed

-Page anda ialah tempat anda untuk meletakan pelbagai pos(post) terkini yang merangkumi kemas kini,foto,video,dan sebagainya.Ia akan terus terpamer di ruangan di ruangan News Feed.
-40% daripada masa orang ramai di FaceBook telah dihabiskan di ruangan News Feed mereka.
-Perniagaan anda boleh terlibat dalam dalam perbualan setelah post anda keluar di bahagian News Feed mereka.Ia akan dikongsi bersama rakan-rakan lain.

Rahsia Kejayaan Post Anda

-Pendek:Post di antara 100 dan 250 aksara akan mendapat lebih 60% Like,komen dan perkongsian(share).
-Visual:Album Foto,gambar dan video masing-masing mendapat lebih 180%,120% dan 100% penglibatan.
-Dioptimumkan:Page Insight membantu anda mempelajari perkara seperti kandungan yang mendapat lebih penglibatan dan waktu yang sesuai untuk post sesuatu.

02)CUBA LIBATKAN AUDIEN ANDA

Apabila anda post kandungan dan mendapat respons semula pada Page anda.Ia sebenarnya suatu proses yang positif untuk membina kepercayaan dan mewujudkan peluang menjana jualan.Belajar bagaimana untuk mencipta kandungan yang akan membuatkan orang ramai berminat.

Cara Menulis Post Berkualiti

-Pastikan mesej anda releven dengan audien dan perniagaan anda.
-Jadikan post anda ringkas ,mesra audien dan tunjukkan anda rajin berbual .
-Kongsi gambar dan video kerana audien cenderung untuk menjadi lebih tertarik.
-Mengemukakan soalan atau mendapatkan input daripada audien .
-Memberikan audien akses kepada maklumat ekslusif dan istimewa.
-Menyiarkan tentang peristiwa-peristiwa semasa atau berita tepat pada masanya.

Cuba Beberapa Tip Penting

-Post sekurang-kurang 1 atau 2 kali seminggu untuk menjadikan anda kekal releven dan sentiasa mendapat tumpuan pengguna yang Like pada Page anda.
-Bagi menggalakkan lebih ramai dan mengembangkan hubungan dengan Page anda ,terus libatkan diri dan bertindak balas terhadap komen dan mesej peribadi.
-Jika ramai mengulas pada sesuatu masa anda boleh membalas secara khusus untuk individu tersebut dengan Tag pada nama mereka dengan @ sebelum nama.

Apabila orang menghantar mesej peribadi anda akan melihat notis mengenainya
dalam panel admin anda.Jejak mesej baru dan bertindak balas kepada mereka untuk membiarkan pelanggan tahu bahawa anda mendengar.


03)PENGARUH RAKAN AUDIEN

Apabila orang berinteraksi dengan Page anda ,rakan-rakan mereka boleh melihat dan mengetahuinya dalam News Feed mereka sebagai cerita.Ia akan mengembangkan penonton anda dengan memberikan promosi percuma kepada rakan-rakan orang yang terlibat dengan Page anda.

-Anda perlu menggalakkan ramai orang untuk berinteraksi dengan perniagaan anda.Pengiklan dari mulut ke mulut ialah bentuk pengiklanan dari mulut ke mulut ialah bentuk pengiklanan yang paling berkesan.
-Apabila seseorang berinteraksi dengan perniagaan anda di Facebook ia mewujudkan sebuah cerita.
-Orang ramai boleh melihat apabila rakan-rakan mereka menyokong perniagaan anda dengan menyukai atau berhubung dengan Page anda dan ia boleh mempengaruhi keputusan pembelian mereka sendiri.
-Menggalakkan orang ramai untuk 'check in' pada perniagaan anda dengan sign in atau dengan menawarkan diskaun khas untuk orang-orang yang 'check in'.
-Buat acara pada Page anda dan menjemput orang ramai untuk menyertai mereka.
-Tanya soalan dan buat post yang menggalakkan penglibatan.
-Kongsi maklumat ekslusif dan tawaran yang membuatkan orang ramai berminat ikut serta dengan rakan-rakan mereka.

Capaian Kepada Rakan Audien

Cerita tajaan ialah mesej yang datang daripada rakan berkenaan penglibatan mereka dengan perniagaan anda .Sebagai sebuah perniagaan ,anda boleh membayar untuk promosikan berkenaan cerita anda.Tetapi cara ini merupakan langkah percuma dan interaksi sebegini sangat digalakkan.Cerita tajaan ini akan muncul di bahagian News Feed di desktop dan platform mudah alih serta di ruang sebelah kanan Facebook.

PROMOSI BISNES DI ALAM MAYA

Anda perlu merangka strategi supaya bisnes anda nampak menonjol berbanding bisnes lain dalam talian.

Bagi memastikan perniagaan dalam talian anda kukuh,anda mesti lebih peka dengan keadaan semasa dan media sosial adalah platform untuk memantau dan meluaskan wilayah perniagaan anda.
Dalam kata lain, anda perlu ada strategi pemasaran yang jelas .Ada empat strategi pemasaran yang semua peniaga dalam talian perlu ada.

01)TETAPKAN MATLAMAT YANG JELAS

Anda perlu mempunyai matlamat yang jelas contohnya ,'Dapatkan 10,000 fans Facebook Pages dalam masa 3 bulan'.Jadi,tetapkan matlamat yang jelas ,realistik untuk dicapai dan perlu gigih berusaha untuk mencapainya.

02)KETAHUI APA KEKUATAN ANDA?

Sebenarnya,penjual yang berkecimpung dalam perniagaan dalam talian kini mencecah ribuan orang.Jadi anda perlu memberi sebab kenapa perniagaan anda berbeza dengan yang lain.Ini untuk memberikan perniagaan anda satu keunikkan dan pelanggan biasanya akan tertarik dengan keunikkan tersebut sekiranya dapat ditonjolkan.

03)UKUR HASIL BERBANDING USAHA

Anda perlu sentiasa mencari apa kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan.Ini bertujuan untuk mengukur sama ada apa yang diusahakan itu mendapat perhatian atau sebaliknya .Adakah komuniti anda telah bertambah dan ada respons daripada pelanggan?Pencapaian dalam seminggu dan sebagainya juga penting untuk panduan.

04)SASARAN PEMASARAN

Anda juga perlu ada sasaran yang tepat mengenai pemasaran perniagaan dalam talian anda melalui media sosial ,Jadi anda perlu ada pelan yang mentakrifkan strategi pemasaran dan taktik dalam setiap strategi yang dirancang untuk mendapatkan maklumat tertentu .Berikut disenaraikan lima taktik pemasaran yang perlu dipertimbangkan:

01)JARINGAN SOSIAL

Tentukan jaringan sosial yang releven dengan perniagaan dan bangunkan rancangan untuk membina
reputasi dan jenama anda agar setanding dengan perniagaan lain dalam talian.Antara kesilapan yang kerap dilakukan termasuk terlalu menekankan kepada laman peminat(Fan Page),pengikut(followers) dan sebaginya.Apa yang penting ialah jumlah penglibatan orang-orang yang aktif dan memberi tindak balas dengan akaun anda.

02)KADAR PENCARIAN

Pastikan anda berada dalam senarai 10 teratas dalam carian kata kunci .Optimumkan penggunaan laman web anda,senarai direktori,dan profil media sosial bagi meningkatkan kadar pencarian dalam setiap enjin carian.Daftar dan manfaatkan program Google Authorship untuk meningkatkan kadar penemuan kandungan asal anda.Maksimumkan penggunaan pada akaun media sosial ,laman web dan blog anda untuk tujuan tersebut.

03)BANGUNKAN BLOG

Sebaik-baiknya bangunkan dan terbitkan bahan-bahan kandungan yang berkualiti dengan lebih kerap selain mesra enjin carian.Anda juga boleh menerbitkan testimoni pelanggan ,analisis berkaitan produk,pandangan pakar kelebihan dan kekuatan perniagaan dalam talian anda berbanding pesaing terdekat secara berjadual.

04)PERHATIAN MEDIA

Cuba tarik perhatian media dengan kepelbagaian dalam perniagaan anda .Tonjolkan perniagaan anda sebagai pelopor ,pesaing hebat ,pembekal khidmat /produk tunggal,atau apa sahaja yang sesuai sebagai bahan berita dan muncul di media elektronik atau bercetak .Manakala untuk tujuan promosi pula anda boleh menghantar siaran akhbar ,menulis artikel dan menerbitkan buku yang berkaitan dengan perniagaan dalam talian anda.

05)PENGIKLAN PPC

Anda boleh menggunakan pengiklanan bayar -per-klik di Facebook,Twitter,Bing,Google dan lain-lain lagi.Ini boleh membantu dari segi kuantiti pengunjung yang singgah di laman web bisnes atau media sosial anda.

MEMBINA ASAS BISNES ONLINE

Anda boleh mula berjinak dengan perniagaan online melalui platform mudah yang bermodal kecil

Ramai penjual yang ingin menceburi perniagaan dalam talian(online) masih tiada modal kewangan yang terlalu banyak .Malah sebilangannya hanya bergantung pada keazaman dan keinginan mencuba .Jadi percubaan untuk menerokai dunia perniagaan dalam talian melalui medium media sosial sahaja dilihat sebagai jalan paling mudah.Tetapi adakah anda boleh berjaya tanpa laman web khas untuk perniagaan dalam talian? Kini sebilangan orang telah membuktikannya.Di peringkat permulaan sekadar suka-suka ,separuh masa ,mencari duit lebih dan sebagainya.Akhirnya bisnes dalam talian mereka telah menjadi sumber pendapatan tetap dan kian berkembang.

BAGAIMANAKAH CARANYA

Banyak platform lain yang boleh anda cuba selain media sosial secara semata-mata.Di Malaysia khususnya ada beberapa laman web jualan yang popular dan memiliki reputasi yang baik.Anda boleh mengiklankan produk,khidmat dan sebagainya dengan hanya melaburkan modal yang tidak seberapa.Antara laman web tersebut ialah Mudah.my,Easy.my,eBay Malaysia dan Diskaun.my.
Secara umumnya setiap perniagaan dalam talian ini memerlukan beberapa perkara penting untuk mendapatkan perhatian daripada orang ramai yang berpotensi menjadi pembeli kepada produk atau khidmat yang ditawarkan.Tidak kira sama ada anda berniaga menerusi laman web ,media sosial,blog dan sebagainya elemen aliran trafik adalah penentu kepada bilangan pelanggan yang berpotensi untuk menggunakan khidmat yang anda tawarkan.

Ada beberapa cara bagi mendapatkan aliran trafik pengunjung yang stabil antaranya di senaraikan di bawah:

1)Menguatkan kandungan platform perniagaan dalam talian anda dengan artikel/post:
*Meningkatkan kekerapan bahan baru
*Kandungan yang berkualiti
*Bijak memilih pelanggan sasaran
*Sesuaikan kandungan dengan cita rasa sasaran
*Tidak sekadar maklumat asas
*Cuba memberikan tindak balas yang cepat

2)Gunakan pengiklanan dalam talian termasuklah yang ditawarkan oleh Google atau Facebook Ads.

3)Melakukan pendaftaran dengan enjin carian seperti Google,Yahoo,Bing dan sebagainya bagi mendapatkan senarai teratas platform perniagaan dalam talian anda ketika dicari pengguna.

4)Kaedah pengiklanan lain yang memiliki potensi seperti berita-berita ringkas,edaran maklumat melakui e-mel,promosi ketika tarikh penting dan sebagainya.

5)Gunakan kaedah yang lebih santai dan dekat dengan bakal pelanggan kerana ia memberikan lebih keselesaan untuk berhubung sesama sendiri.

6)Majoriti pelanggan lebih selesa berhubung dengan diri sebenar penjual kerana ia lebih selamat dan mereka berpotensi untuk mencadangkan kepada rakan-rakan mereka.Jadi gunakan akaun dengan identiti sebenar ketika berkomunikasi dengan mereka.

BANK ONLINE BANTU PENGGUNA

Pembeli dan penjual dalam talian juga mendapat manfaat apabila khidmat e-perbankan kini berkembang.

Kita sedia maklum, khidmat perbankan dalam talian (e-perbankan) sudah lama wujud di Malaysia.Khidmat ini membolehkan pelanggan sesebuah institusi kewangan untuk menjalankan urusniaga atau transaksi kewangan (seperti pembayaran) di platform laman web.Pelanggan juga tidak perlu bimbang kerana khidmat ini dilindungi sistem keselamatan yang tinggi,kendalian institusi kewangan tersebut untuk kepentingan pelanggan.

BAGAIMANAKAH UNTUK AKSES?

Secara amnya untuk memiliki akses kepada internet peribadi dan perlu mendaftar dengan institusi kewangan berkenaan melalui pelbagai cara yang berbeza mengikut sistem sekuriti institusi kewangan tersebut.Bagi mendapat akses kepada e-perbankan ini anda boleh merujuk kepada institusi kewangan untuk pendaftaran kata laluan (password) dan sebagainya,Beberapa kemudahan lain juga disediakan oleh institusi kewangan untuk pengguna mengakses khidmat ini, antaranya pendaftaran di kios ,mesin ATM,panggilan,SMS dan sebagainya.

FUNGSI AM YANG DITAWARKAN
*Semakan baki dan penyata dalam talian.
*Pemindahan dana antara akaun
*Membuat permohonan untuk akaun baru ,kad kredit atau pinjaman
*Membayar bil,kad kredit, dan premium insurans
*Membina,mengubah dan membatalkan arahan tetap(standing order)
*Permintaan untuk buku cek dan semakan status cek anda
*Meminta untuk menghentikan pembayaran cek
*Memohon draf bank dan pemindahan telegraf

ADAKAH KHIDMAT INI SELAMAT

Seperti sistem-sistem lain terutamanya melibatkan penggunaan dalam talian, perbankan internet turut memiliki risiko sekiranya tidak diselaraskan dengan sistem keselamatan yang sewajarnya.Tetapi risiko sekuriti ini menjadi isu utama kepada institusi kewangan terbabit.Setiap risiko yang berpotensi boleh dikurangkan dengan pemeriksaan secara berkala oleh institusi kewangan dan memberi kesedaran isu keselamatan kepada pengguna.

Sebagai pengguna anda berhak mengetahuinya.Jika merujuk kepada sumber di Bank Negara Malaysia(BNM),ada beberapa langkah keselamatan yang di amalkan oleh institusi kewangan khususnya di Malaysia termasuklah:

1)Penggunaan beberapa teknologi keselamatan seperti penyulitan(encryption),firewall,automatic log-off dan alat pemantauan.

2)Pemasangan sistem untuk mengesan dan melumpuhkan serangan daripada penggodam.

3)Ujian tetap sistem memastikan kebolehpercayaan.

4)Peruntukan peraturan-peraturan keselamatan internet untuk memastikan infrastruktur yang selamat.

5)Menjalankan semakan berkala setiap enam bulan untuk menilai risiko yang mungkin berlaku dan mengesan kelemahan yang mungkin terdapat dalam sistem pengurusan risiko institusi perbankan negara.

TIP BELI_BELAH DALAM TALIAN

Di celah-celah kepesatan bisnes online ,ada pihak yang cuba mengambil kesempatan jika tidak berhati-hati.Apabila perniagaan dalam talian (online) semakin berkembang di seluruh dunia termasuk di Malaysia, maka ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.Jadi jika anda ingin membeli-belah secara online ada beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan untuk menjamin keselamatan anda di dunia siber.

Panduan keselamatan ini merangkumi peranti,peribadi,sistem dan beberapa isu teknikal .Mari kita lihat panduan tersebut satu demi satu .

01)SEKURITI LAMAN

Jika ingin membeli-belah di laman web biasa,perhatikan ciri keselamatan seperti penyulitan Secure Sockets Layer(SSL) dipasang pada laman tersebut.Ciri ini dapat dikesan pada alamat (URL) laman web berkenaan.Jika alamat bermula dengan HTTPS://(biasanya hanya HTTP://), ini menunjukkan bahawa laman tersebut selamat.

02)ADA TESTIMONI

Ingin membeli barangan yang dijual di Facebook? Perkara penting yang perlu dilakukan ialah lihat testimoni pelanggan terdahulu di akaun tersebut.Jangan terpedaya dengan testimoni yang sudah dipilih oleh penjual .Dapatkan pandangan rakan lain yang pernah membeli melalui penjual tersebut terlebih dahulu.

03)PENGIRIM SPAM

Cuba elakkan daripada berurusan dengan syarikat yang secara tiba-tiba menawarkan barangan atau diskaun melalui e-mel.Ini mungkin spam yang dihantar secara rambang kepada ribuan pengguna e-mel.Potensi anda ditipu adalah sangat tinggi.Ada sesetengah kes yang melibatkan kecurian nombor kad kredit dan debit pelanggan.

04)CARA BAYARAN

Kad kredit ialah cara pembayaran yang paling selamat berikutan pakej sistem keselamatan daripada institusi kewangan kad itu sendiri.Khidmat pembayaran dalam talian merupakan kaedah terbaik jika di amalkan .Jika anda diminta memasukkan bayaran ke akaun bank ,jaga-jaga dengan akaun persendirian
dan bukan syarikat.

05)POLISI PENIAGA

Sebelum membuat pembelian secara online .kaji dulu polisi laman web dan dasar pengembalian barangan yang tertera pada laman web tersebut.Setiap laman web yang memiliki kredibiliti dalam urusniaga memiliki Polisi Peribadi tersendiri.Ini akan memberikan jaminan dan perlindungan sekuriti siber kepada anda sebagai pelanggan.

06)TAWARAN PALSU

Adakalanya tawaran hebat atau potongan harga yang anda terima menerusi e-mel boleh diistilahkan sabagai tidak masuk akal atau sukar untuk dipercayai berbanding harga sebenar .Jadi jangan terlalu gelap mata, selidik terlebih dahulu berkaitan dengan caj sampingan atau polisi penjualan barangan dengan teliti.

07)KATA LALUAN

Membeli belah dengan akaun peribadi anda pada sesuatu laman sangat penting sebagai sekuriti tambahan.Ia lebih selamat berbanding membeli di laman memberikan kebebasan kepada anda untuk tidak mendaftar masuk.Apabila memiliki kata laluan sendiri ,jangan masukkan terlalu banyak butiran peribadi.

08)SEKURITI PERANTI

Sentiasa kemas kini peranti anda dengan menggunakan filter pada pelayar web.Ini dapat menyekat kegiatan phising dan sebagainya.Gunakan juga pelayar web versi terkini yang dilengkapi lapisan keselamatan baru.

09)SIMPAN PENYATA

Setiap kali urusan transaksi selesai, penyata untuk urusan berkenaan biasanya akan dihasilkan.Jadi
jangan semata-mata menunggu penyata daripada pihak penjual.Jika anda membeli sacara manual simpan slip debit daripada akaun penjual.Ini sangat penting sebagai bukti di pihak anda sekiranya timbul isu-isu berkaitan pembelian.

10)BUTIRAN PERIBADI

Jangan mudah mendedahkan butiran peribadi yang dirasakan tiada kaitan dengan urusan pembelian barangan secara dalam talian.Apa perlunya jika sesuatu laman web meminta tarikh lahir,nombor kad pengenalan dan sebagainya yang mungkin mencurigakan.Jadi anda perlu peka dan bersikap lebih serius berkaitan hak ini.

No comments:

Post a Comment