Wednesday, January 28, 2015

idea hebat penerbitan internet guna android


IDEA HEBAT PENERBITAN INTERNET GUNA ANDROID

Hari minggu dan anda sedang memandu di lebuhraya persekutuan .Banyak kereta yang berpusu-pusu ke destinasi masing-masing .Anda sendiri mempunyai agenda untuk sampai ke pusat bandar sebelum tengahari .Sedang anda memandu perlahan ,tiba-tiba anda melihat kejadian sebuah lori terbalik di bahagian lebuhraya bertentangan.

Anda meletak kenderaan ditempat menunggu bas disitu dan mula merakam kejadian.Lebuhraya menjadi sesak dalam sekelip mata kerana lori yang membawa muatan gula tersebut melintang di tengah jalan ,menyekat kesemua tiga lorong lebuhraya persekutuan .Anda orang pertama yang menyaksikan dan merakam kejadian .Tidak lama selepas itu tiba pasukan bantuan .

Dalam situasi seperti ini apakah yang akan anda lakukan .Adakah anda akan menyimpan rakaman dan menunjukkannya kepada rakan anda apabila tiba di pusat bandar nanti?

Jangan begitu .Sudah tiba masanya sesuatu boleh dilakukan oleh anda untuk membantu menonjolkan diri dan memanfaatkan teknologi yang ada pada anda.Ini sudah zamannya dan ini memang masanya.Penerbitan web bukan hanya di komputer.

MASA DEPAN MOBIL WEB

Tahukah anda bahawa rakaman yang anda dapat tadi boleh ditukar menjadi duit yang menguntungkan.Jika wang bukan keutamaan anda tidak mengapa.Tetapi bayangkan dengan tindakan pantas anda menerbitkan rakaman video tadi ke Youtube,laman Facebook,Tweeter, atau mungkin laman rangkaian media tempatan yang lain ,dapat membantu individu lain yang ingin menggunakan lebuhraya berkenaan mencari alternatif lain.

Dengan alat di genggaman, anda boleh membuka pelayar,log masuk ke web cms anda milik anda , karang beberapa baris atau perenggan ayat tentang kejadian dan kemudian terbitkan ia beserta dengan rakaman yang anda lakukan tadi.Itu barulah hebat!

Dalam dunia serba pantas ini,anda mempunyai banyak peluang untuk tidak ketinggalan dan menjadi
sebahagian daripada individu yang tahu kemanfaatan teknologi .Kita memang sudah berada pada generasi mobil , dengan wujudnya iPhone,Droid,Blackberry,Apps Store,sambungan 3G dan sokongan VPN yang menjadi servis lazim masa kini.Kenapa tidak anda gunakan ia untuk menguruskan kandungan web terus dari tempat mana anda berdiri.

PERLUKAH?

Tidak pasti adakah negara kita mempunyai tawaran seperti ini.Namun luar negara seperti di Amerika Syarikat misalnya ,rakaman seperti itu bernilai ratusan atau ribuan ringgit, bergantung pada apa yang dirakam.Seseorang dengan mudah boleh membuat duit dengan apa yang dilihatnya.Mendapat dua kemanfaatan pada satu masa iaitu berkongsi untuk memberitahu masyarakat dan mendapat imbuhan daripadanya.

Sekiranya tiada tawaran seperti ini di Malaysia sekali pun ,anda masih boleh meneruskan idea penerbitan-penerbitan internet seperti ini untuk banyak perkara lain.

Jadikan ia pelaris laman web anda dan menjadi pos blog anda lebih efisien.Sebagai pengguna peranti android ,anda boleh memasang pelbagai aplikasi yang berguna pada telefon anda yang akan didedahkan dalam artikel seterusnya .

Wordpress for Android misalnya yang boleh didapati pada peranti android sejak beberapa tahun lalu
boleh dimanfaatkan untuk mendapat rentak menyediakan penerbitan web dimana sahaja.Pelayar web android sahaja sudah memadai untuk anda memulakn ini ,namun hari ini banyak tawaran aplikasi yang membenarkan anda melakukan lebih lagi.

Perkara seperti ini tidak menunggu kita,siapa cepat dia dapat. .Siapa cepat, dia akan merasakan kelebihannya menjadi orang pertama yang memuat naik satu-satu kandungan internet yang berguna dan menarik.Pasti ramai akan tertumpu terhadapnya dan anda juga boleh membina nama,sambil rasaa terdorong untuk melakukan lebih banyak lagi.

MOBIL DIDAHULUKAN

Dengan adanya peranti dan sedikit kreativiti ,anda boleh menjana pelbagai idea bagi penerbitan, internet atau web.Ia termasuk menerbit dan memuat naik kandungan ke laman web,pos ke blog,terbitkan kandungan video dan audio yang boleh disebarkan ke khalayak dan banyak lagi .Ia boleh termasuk teks,imej,video dan jenis media lain.

Untuk melakukan penerbitan internet pula anda memerlukan tiga perkara termasuk perisian pembangun web ,sambungan internet dan pelayar web.Perisian boleh jadi program rekaan professional seperti Dreamweaver atau antara muka berasaskan web yang mudah seperti Wordpress.

Tetapi nanti dulu ! Memandangkan penerbitan internet tidak memerlukan material seperti kertas,pen dan sebagainya ,kenapa tidak anda buang sahaja keperluan yang remeh-remeh dan lakukan ia secara mobil.Banyak telefon atau peranti android yang menyokong perkara ini ,jadi anda tidak perlu terikat dengan perkakasan ,tempat dan masa .Ia boleh dilakukan bila-bila masa.

Memuat naik dan pos sesuatu di laman web dan blog ,mungkin kedengaran biasa tetapi ia merupakan perkara atau platform yang lazim apabila menyebut tentang penerbitan internet .Ia memang telah lama wujud,namun ,namun dalam dalam ucapan yang disampaikan Luke Wroblewski, peneraju produk digital terkenal dan penulis tiga buku rekaan web termasuk Mobile First,dalam dunia hari ini setiap apa yang dilakukan ,perlu ditanam dalam minda 'mobil didulukan'.

Mobil membolehkan kerja-kerja yang satu ketika dulu dilakukan menerusi komputer dan sebagainya dibuat secara mudah alih ,malah ada yang menyatakan penerbitan internet menerusi peranti ini lebih fokus,memandangkan tumpuan pada skrin lebih konsentrasi dan kawalan juga hanya menggunakan jari.

Apa yang anda perlukan kini,hanya sebuah peranti android di genggaman dan anda sudah boleh memulakan pelbagai bentuk penerbitan internet yang hebat-hebat.

BLOG/LAMAN WEB

Hasil idea yang lebih gempak untuk penerbitan internet.Jadikan laman blog anda bertema dan pastikan juga peranti anda mampu menyokong kandungan yang ingin anda siarkan di laman blog atau web.

Misalnya anda ingin menerbitkan kandungan web berbentuk majalah auto.Ingin merakam aksi-aksi drift atau perlumbaan kereta.Semestinya peranti anda mesti mempunyai sokongan rakaman video dan aplikasi muat naik video .Lazimnya muat naik video daripada mobil juga lebih pantas berbanding menerusi komputer.Jadilah blogger professional.

JUAL GAMBAR

Terbitkan kandungan berbentuk imej.Dengan aplikasi android yang pelbagai ,anda boleh menghasilkan gambar yang menarik .Jangan rakam gambar yang biasa-biasa.Cuba jadi paparazi dengan menjual yang sukar dan tidak boleh didapatkan oleh orang lain .Jangan terlalu memikirkan yang kontroversi .Isu longkang tersumbat juga kadangkala boleh menjadi tumpuan dan memberi kesan lebih daripada peperangan.

TWITPIC

Anda tentu pernah dengar tentang aplikasi ini,Sama juga idea seperti TwitPic,anda boleh menerbitkan kandungan internet berbentuk cerita bergambar .Misalnya travelog anda ke Melbourne Australia boleh dijadikan rujukan orang lain dan mereka boleh mengikutinya secara bersiri yang tentu lebih mengujakan.

BUAT VIDEO KLIP

Jangan terlalu tersekat dengan idea-idea lama.Peranti android sudah ditangan anda .Terbitkan kandungan internet yang lebih menonjol dan menarik seperti sebuah video klip spontan yang dirakam yang dirakam ketika anda sedang menaiki tren pulang ke rumah.Jangan risau jika pada mulanya idea itu nampak biasa ,kerana yang ringkas itu itulah yang menarik.

BERITA

Jadi wartawan untuk laman blog anda atau mungkin forum-forum internet popular.Berita anda boleh dijual jika tinggi nilainya dan anda juga boleh menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan berita terkini .Anda juga boleh menerbitkan berita saham untuk manfaat banyak pihak.

LUKISAN

Jangan berasa pelik kerana ini juga boleh jadi media penerbitan internet yang menarik .Memang saiz skrin perlu dititikberatkan untuk perkara ini tetapi itu tidak mustahil kerana saiz skrin mobil atau tablet hari ini boleh mencecah sehingga 1280x800 WXGA, 149 piksel ppi.Melukis tentu mudah dan memuaskan hati pada skrin lebar dan kemudian terbitkannya ke web.Aplikasi lukisan pasti membantu dan banyak yang boleh dihasilkan.

INOVASI

Kemampuan peranti android seperti mampu pusing,bergerak dan dialihkan memberi peluang lebih banyak inovasi dalam penerbitan internet.Sokongan flash juga menjadikan kandungan lebih interaktif.Gambar kereta yang jika disentuh mengeluarkan audio,dipusing memberi paparan 3D dan swatches untuk menukar warna antara keseronokan yang harus ada pada kandungan penerbitan internet hari ini menggunakan android.


TIPS

Perkara yang perlu anda untuk penerbitan internet tetapi tidak terhad padanya:

1)Pengoptimum enjin carian (SEO)
2)Cara komunikasi e-mel,IM,pemesejan dan lain-lain
3) Mempelajari aplikasi web dengan segera seperti rangkaian sosial dan penanda buku
4)Mengetahui bagaimana program affiliate bertindak dan mendapatkan pautannya
5)Menentukan iklan daripada rangkaian pegiklananan seperti Google Adsense dan lain-lain
6)Sekirannya menjual produk ,ketahui cara selamat menerima transaksi kad kredit dan atau berkaitan e-commerce
7)Perlu rajin dan efektif dan cuba melakukan sendiri
8)Buat strategi dan perancangan terlebih dahulu.
64 people reached

No comments:

Post a Comment