Wednesday, January 28, 2015

FAcebook hebat tapi mampukah buat duit


FACEBOOK HEBAT TETAPI MAMPUKAH BUAT DUIT?
FACEBOOk .Mengalahkan fenomena Mawi Akademi Fantasia.Malah mengalahkan fenomena perkahwinan Putera William dan Kate Middleton.Semuanya diceritakan di Facebook .Segalanya perlu dihebahkan di rangkaian sosial ini.Ada berita,Facebook.ada barang nak dijual,Facebook.Mencari kawan lama,Facebook.Malah si isteri hendak mengintip sang suami sekali pun menggunakan Facebook.

Kata-kata ‘jika tidak berFacebook,maka anda tidak wujud didunia talian,’cukup untuk menggambarkan besarnya peranan Facebook dalam masyarakat hari ini.Dan terbaru , jika anda tidak berFacebook,maka perniagaan anda tidak maju.Benarkah perkara ini atau ia semata publisiti atau Hype dunia talian?

Tidak dinafikan bahawa Facebook sememangya hebat.Sehingga kini ia telah mempunyai lebih 500 juta pengguna setia seluruh dunia. Untuk perseorangan ,untuk kumpulan ,untuk perniagaan pelbagai bentukdan saiz kini telah menggunakan Facebook.Menurut laporan Merchant Circle, sebanyak 70% bisnes kecil telah menggunakan Facebook untuk memajukan perniagaan mereka.Banyak syarikat dan peniaga kini yang menggunakan pendekatan sosial untuk ‘buat duit’.Tetapi adakah mereka ‘buat duit’.itu persoalan yang lebih penting.
Jika dalam istilah e-dagang perniagaan ,Facebook bukan bermakna menukarkan aplikasi dan servis yang terdapat dirangkaian kepada wang,itulah yang dilaporkan oleh Forrester Inc., dimana laman sosial seperti Facebook sememangnya banyak digunakan oleh perniagaan tetapi bukan untuk menjana wang.Tinjauan Forrester Inc terhadap 24 syarikat mendapati cuma 7% sahaja menyatakan rangkaian sosial merupakan sumber utama pelanggan mereka.
Program gabungan , trafik carian organik dan pengiklanan Offline lebih lagi memainkan peranan berbanding rangkaian sosial.Saluran sebenarnya yang paling efektif untuk menjana wang buat perniagaan masih lagi pemasaran berbayar,dimana 90% responden menyatakan ia tiga sumber utama pelanggan buat perniagaan hari ini.
Adakah ini bermakna perniagaan di Facebook tidak berkesan?Adakah kejayaan bisnes di flatform gergasi ini hanya semata-mata kisah yang digembar-gemburkan?
Nanti dulu, kita kembali semula dan berbalik kepada dari sudut Facebook dalam perniagaan .Facebook tidak menjana wang dengan cepat,bermaksud bukannya dalam satu klik iklan atau pautan yang anda sediakan di Facebook ,akan memberi pulangan serta-merta .Tetapi Facebook harus dilihat sebagai peralatan pemasaran yang amat berkesan sehingga membolehkan anda ‘buat duit’ tanpa anda sedar.
Lihat Facebook sebagai alat pemasaran yang paling murah (percuma) untuk anda mengiklan barangan anda ,mempromosi produk dan servis terkini serta menggalakkan respon orang ramai terhadap barangan anda .Berbanding anda perlu membayar dan membina laman web anda sendiri,pendekatan laman sosial dan teknik promosi sosial seperti ini adalah jauh lebih baik.
Malah sesetengah perniagaan besar menganggap Facebook sebagai Pengurus Perhubungan Pelanggan(CRM) yang baru ,dimana ia menjalankan tugas pelanggan yang sama dan pelanggan baru yang membeli produk dan servis anda.

Malah promosi dan jualan yang anda lakukan di Facebook ini boleh berpanjangan ke rakan dan pengguna Facebook yang lain dalam sekelip mata ,membina satu rangkaian dan komuniti bisnes yang besar.Kerana itu ,jika anda melihat Facebook dari sudut ini ,sebagai langkah permulaan promosi dan jualan berkos rendah,maka jawapannya adalah benar bahawa Facebook mampu ‘buat duit’ di talian.
Jika anda melihat laman Facebook hari ini,terdapat banyak perniagaan dan individu perseorangan yang membina akaun Facebook bagi tujuan perniagaan .Laman peminat (Fan Page) di Facebook lazimnya lebih banyak digunakan .Selain menawarkan berita dan maklumat terkini tentang barangan ,kemampuan interaktiviti Facebook seperti menyediakan kandungan bergambar ,video dan seumpamanya merupakan kelebihan terbesar laman sosial ini dalam platform pemasaran berkesan.
Tudung ,kasut,pakaian.aksesori dan sehinggakan ke jualan makanan antara beberapa bisnes yang popular di kalangan pengguna Facebook di negara ini .Membina akaun Facebook percuma dan kemudian memasukkan beberapa maklumat penting perniagaan seperti gambar,harga barangan,bagaimana mendapatknnya dan talian untuk dihubungi merupakan alatan mudah bagi memulakan dan menjana duit di laman sosial berkenaan.
Malah promosi sosial ini juga digunakan oleh syarikat-syarikat besar bagi mendapatkan lebih banyak pelangan dan jualan.Kupon,diskaun harga, pertandingan ,undian antara beberapa yang sering digunakan .Misalnya siapa yang berjaya memanjangkan status di profil tentang promosi barangan akan menerima hadiah, atau 50 respon pertama yang diterima bakal mendapat diskaun 70% untuk barangan yang dijual.Dengan lebih 500 juta pengguna Facebook hari ini ,tidak mustahil respon yang diterima adalah memberangsangkan.
Dalam tinjauan yang dibuat oleh Merchant Circle , antara 70% perniagaan kecil yang menggunakan Facebook untuk memajukan perniagaan,sebanyak 37% menamakan profil rangkaian sosial mereka sebagai teknik pemasaran paling efektif di talian selepas pemasaran di enjin carian.Oleh kerana itu tidak mustahil peralatan yang tepat seperti penggunaan rangkaian sosial hari ini dalam perniagaan mampu menjalankan tugas yang betul untuk bisnes anda.
Ringkasnya peranan Facebook hari ini adalah melebihi daripada sebuah rangkaian sosial untuk komuniti.Lebih banyak peluang dan ruang yang boleh dimanfaatkan di laman ini termasuklah untuk perniagaan.Persepsi bahawa Facebook boleh membuatkan anda kaya adalah salah.Tetapi Facebook sebagai salah satu medium atau saluran untuk memperkembangkan perniagaan anda adalah istilah yang lebih tepat.
Kesempatan seharusnya diambil oleh peniaga atau individu perseorangan untuk menggunakan aplikasi ini sewaktu populariti masih lagi melonjak .Tidak merugikan malah terbukti bahwa laman sosial merupakan teknik pemasaran online yang paling efektif ,dengan kos yang efektif dan pantas untuk melakukan sebarang promosi dan penjualan barangan hari ini.Sekiranya ada sesuatu dalam fikiran anda ,tidak salah mencubanya di Facebook.Rebut peluang menjana duit di talian seperti yang sedang hangat dilakukan oleh mereka diluar sana.BerFacebooklah

No comments:

Post a Comment